Monday, December 18, 2006

uRgeNt : keaDaaN wiFe bULu sEdaNG naZAk


Malam tadi, saya, SK, Jepun dan Shema serta Lan Kentei dan family telah mengunjungi Razani @ Bulu di Hospital Serdang. Kami sampai lebih kurang pukol 9-00 malam di sana. Bulu menyatakan bahawa doktor yang merawat isterinya di ICU telah memberitahu beliau pada tengahari semalam bahawa keadaan isterinya semakin tenat dan meminta kaum keluarga untuk membaca yassin di wad ICU tersebut. Keadaan isteri Bulu amatlah tenat namun begitu menurut Bulu isterinya tahu bila kaum keluarganya datang menziarahi kerana apabila kaum keluarganya bercakap-cakap, kelihatan airmata isterinya mengalir perlahan.

Doktor sekali lagi telah membuat pemeriksaan keatas isteri Bulu pada pukol 10-30 malam tadi semasa kami semua berada di sana dan doktor telah meminta untuk bercakap dengan Bulu seorang tanpa ahli keluarga yang lain. Sebelum kami meninggalkan Hospital Serdang pada pukol 11-30 malam tadi, Bulu telah memberitahu bahawa doktor telah bercakap dengannya dan memberitahu bahawa keadaan isterinya sudah terlalu nazak dan isterinya hanya menunggu masa untuk pergi selama-lamanya. Terlalu sedih rasanya apabila Bulu menyampaikan berita tersebut kepada kami dan amat berat untuk kami meninggalkan Bulu di situ dengan keadaan macam tu. Bulu memberitahu bahawa internal bleeding di dalam badan isterinya amat ketara dimana sebentar tadi darah telah disedut keluar dari mulut isterinya.

Kepada kawan-kawan yang membaca artikel ini, marilah terus berdoa untuk isteri Razani @ Bulu dan kalau ada kesempatan marilah kita bersembahyang hajat dan membaca yassin memohon kepada Allah swt agar isteri Bulu dapat diselamatkan.

1 comment:

Anonymous said...

marilah kita panjatkan doa agar kesejahteraan dan keselamatan isteri beliau dirahmati NYA.

maaf..walid x dpt pegi sbb YM ada klass n walid sendri demam truk.