Friday, December 29, 2006

HadtaMiZi DiB


Hadtamizi A. Bakar ni batch Jan 86 course DIB. Aku pun tak tahu nama penuh dia cuma aku kenal sangat dengan dia ni dengan nama Mizi je dulu. Dia ni pengikut Joe Malady dengan Pian yang setia. Kekadang Mizi ni selalu ikut Meg jugak terutama bila Meg nak pinjam motor Raider dia. Mizi ada hantar e-mail kat aku ceritakan sikit latarbelakang dia selepas keluar ITM. Bawah ni aku siarkan e-mail dia.

Asalamualaikum,Kehadapan Saudara Mazlan,Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan taniah dan terima kasih di atas usaha kreatif saudara membentuk sebuah website budak itm pahang yang dapat memberi manafaat kepada kita semua. Pada mulanya saya tidak menyedari kewujudan website ini sehingga la baru-baru saudara Amiruddin Esa dari USA memberitahu melalui email.Bagi memudahkan saudara Mazlan dan kawan-kawan yang lain (senior dan junior) mengingati saya semula yang setelah hampir 20 tahun tidak pernah berjumpa, berikut adalah beberapa highlight tentang saya semasa di ITM Pahang yang difikirkan boleh membantu ingatan kita.Saya memasuki ITM Pahang pada Januari 1986, kursus DIB. Masa part I, saya stay di Hostel Remaja, sebilik dengan Megat (DIB), Jimmy dan seorang lagi saya tak berapa ingat namanya, budak DPA dari Kota Tinggi, Johor, maybe Husin kotMasa part II semua budak lelaki dipindahkan ke Hostel Bukit Sekilau. Dalam apartment 4 bilik tu saya sebilik dengan Joe Malady, Pyan dan Muzafar (DPA). Saudara Apamz dan Sabri (DIA) di bilik yang satu lagi. Yang 2 bilik lagi tu sori la, saya tak dapat nak recall sebab banyak termakan kepala ikan. Masa di ITM saya guna motor Honda Raider JBK9171 atau lebih dikenali dengan Great Johore.Selepas menamatkan pengajian di ITM Shah Alam, saya bekerja disekitar Johor Bahru sehingga la tahun 1995, lama juga. Dari 1989 hingga 1991 saya telah bertukar kerja sebanyak 5 kali, kerana gaji yang ditawarkan pada ketika itu tidak begitu memberangsakan untuk memenuhi naluri muda saya pada ketika itu. Any company offer gaji lebih sikit aje saya akan terima.Kerana terlalu inginkan gaji lebih besar, maka pada 1996 bermula la era pekerjaan dan penghidupan saya di luar negeri:

1996 - 2000 - di Manila, Philippines
2000 - 2004 - di Rome, Italy
sekarang - di Songkhla, Thailand

Sepanjang bekerja di 3 negara ini, saya telah mengambil kesempatan untuk melancung ke Hong Kong, Swiss, France, UK, Germany, Hungary, Chech Republik, Austria, Monaco, San Marino, Vatican City, Albania, Cyprus, Syria dan Algeria.

Okay la saudara Mazlan, saya berhenti di sini dulu, nak kemas pakaian sebab esok (27/12/2006) lepas waktu ofis saya nak terus balik ke KL. Kalau tak banyak speed trap, jangka sampai KL dalam sekitar jam 10 malam. Kat KL tak lama, cuma 2 hari aje, lepas tu balik ke kampong di Batu Pahat untuk sambut Hari Raya Aidiladha. Balik semula ke Songkhla, Thailand pada 3/1/2007. Nanti next saya bercerita panjang lagi. Bersama-sama ini disertakan butiran peribadi saya, fact file of Songkhla dan gambar-gambar yang dirakamkan semasa di luar Negara untuk tatapan semua. Salah satu gambar tu adalah gambar kami dengan YAB Dato Najib Tun Razak sebelum tee-off.Saya mengambil kesempatan ini mengucapan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Tahun Baru 2007 dari saya untuk semua budak ITM Pahang. Kalau balik kampong tu, pandu la berhati-hati. Kalau ada yang teringin nak bernikah lagi, jemput la datang ke Songkhla. Saya ada menyediakan pakej nikah dari Tok Imam, saksi hingga ke pelamin.......he.....he.....he

Best regards,

Hadtamizi Abu Bakar
Songkhla, Thailand.

12 comments:

Anonymous said...

mizie.........saye dah ingat kou sbb dulu bawa moto mase kat bukit sekilau...agaknyea kalau pegi songkla bole elooo laaa yaa-bob@MG@nizam mpktn

Amir-Isa said...

Welcome abroad Mizi a.k.a Ciplet:
Harap ianya akan menjadi new begining untuk Batch-Jan 86 dan member2 kita yang lain untuk turut serta memeriahkan community blog ini.

Cheers.

Amir-Isa

LaN KidA said...

Mizi.. ko hantar 3 gambar tapi yang 2 lagi tu besar sgt saiznya dan kerana internet slow masa ni aku tak boleh nak load gambar sebesar 1mb lagi..later aku loadkan.

Slambe Jr said...

bab pakej di sogkhla tu ramai yg minat. tapi kena pakai bahasa kod bile nak cite ttg ni, x pun ramai kaum ibu yg melenting. Kida, kod aap nak guna Timekentat?

walid said...

koi sokong pasal kod2 ni.....YM da mulanak masuk blog ni...so kena pakai kod e-morse @ timekontact..apek any idea??

Anonymous said...

Mizi,
Jangan nak memandai bukak sindiket pernikahan pulak, nanti teman repot kat Syed Hamid......

Anonymous said...

Mizi,
Seperkara lagi, teman tak sangka pulak awak tu junior teman bertugas sebumbung di KLN

Slambe Jr said...

Yo, tu la ghupa Mizi ada iras2 Amid la. Amid Jr ker?

pyan said...

hehehehe......aku ingatkan siapa tadi...rupanya kau mizi....:)bole tak nanti aku , joe and pa..:)jadi room mate kau balik kat songkla..:). keep in touch

Mizi said...

sori la lambat reply coz saya bercuti di Mesia, tak sempat nak buka internet.
Lan Kida - no problem, nanti saya akan kecilkan saiz photo.
Pyan - lama benor tak dgr khabar dari kau. Last kita jumpa di JB tahun 1989. Bila nak ke Songkhla? Tempat aku tak jauh dari Hatyai, 30km aje.
The rest - klu berminat dgn pakej kahwin tu, boleh la contact +66869607100 atau sms kat 0126210000

syarmis said...

hi mizi...
betul ke u ade provided any pakej nikah at songkla or anyplace at thailand.. i need more info regarding this pakej... boleh tak u email me personal a syamis789@gmail.com.... thanks for ur support...

fuad said...

amir--isa kau kat mana sekarang from fuad dbs06 satu roomaate dengan tok sheikh.Aku sekarang kat maybank temerloh.mana man banting sekarang dah lama tak dengar berita.