Tuesday, December 19, 2006

faDiLat meNziaRahi daN MenYemBahYangkaN jeNaZah

Semalam sebelum menyembahyangkan jenazah arwah isteri Bulu, saya tertarik dengan penerangan yang telah diberikan oleh Ustaz yang bertugas di bilik mayat Hospital Serdang. Dalam penerangannya sebelum sembahyang, ustaz tersebut menerangkan betapa ramai orang yang datang samada dari jauh dan dekat bila mendengar sesuatu kematian dan menziarahi jenazah. Namun begitu bila saat untuk menyembahyangkan jenazah, ramai yang tidak turut serta. Sebaik-baik yang mengimamkan jenazah ialah orang yang paling dihormati dan disayangi oleh arwah seperti suaminya, anak-anaknya, kaum keluarganya.

Nabi Muhammad saw bersabda bahawa sesiapa yang menziarahi jenazah dan menyembahyangkannya, akan mendapat pahala 1 kira', manakala sesiapa yang menyembahyangkan jenazah dan mengiringi jenazah hingga ke kubur maka akan mendapat 2 kira'. Ditanya kepada Nabi saw apakah yang dikatakan kira' itu. Nabi saw bersabda, pahala 1 kira' itu seperti sebuah gunung berlian pahalanya. Sebab itulah dizaman Nabi saw, sahabat-sahabat Nabi saw menantikan orang yang meninggal dunia, kerana ingin bergegas untuk menyembahyangkannya dan mengiringi jenazah ke kubur dan sanggup meninggalkan apa saja pekerjaan yang sedang di lakukan pada masa itu.

2 comments:

Anonymous said...

ini ilmu yg kida sampaikan/panjangkan. Harap nanti ramai la yg akan menziarahi org meninggal. Dpd kejar gaji RM100-RM200 sehari tu, baik kita dptkan gunung berlian. Sebenornya menziarahi mayat ni dpt menginsafkan kita, bahawa kita jua akan pergi bila2 masa sahaja. Kena perbaiki amalan. Klu tak sedar gak, tu tua2 nak mampus namanya...Sl Jr

Anonymous said...

pedih hati koi membaca comment SlJr... itu lah kita manusia yang tak sunyi dari ke;emahan diri dan berbuat kesalahan...