Thursday, December 21, 2006

bLoG BuDAk ItM PaHaNG

Sejak Isnin minggu ini kita telah dikejutkan dengan kehadiran Dona, senior kita dari batch Januari 1985 yang telah turut serta bersembang bersama-sama kita di Gerai Taman Gelora. Kehadiran Dona bukan sahaja telah memeriahkan blog ini yang telah menerima kunjungan yang tidak putus-putus dari serata pelusuk dunia malah ianya telah melengkapkan generasi budak ITM Pahang sesuai dengan nama blog ini. Kita juga ada Amir dari batch junior, Awin dari batch yang lagi junior, maka kehadiran mereka-mereka ini bukanlah sebagai tetamu tetapi mereka-mereka ini adalah sebahagian dari kita yang menamakan diri Budak ITM Pahang.

Blog yang dinamakan Blog Budak ITM Pahang ini sememangnya telah di asaskan pada mulanya untuk di dedikasikan kepada batch Julai 1985 kerana artikel dan bahan-bahan penyiarannya terhad kepada batch Julai 85 sahaja. Namun begitu dengan perkembangan terkini dan kehadiran semua golongan yang memeriahkan blog ini maka bersesuaian dengan namanya Blog Budak ITM Pahang, maka semua individu yang pernah menjadi Budak ITM Pahang adalah berhak ke atas blog ini dan dengan sukacita dan rendah diri saya mempersilakan dan meminta untuk turut serta memeriahkan dan meramaikan lagi blog ini.

Kepada para pengunjung yang mungkin berasa segan kerana bukan dari batch Julai 85, baik senior mahupun junior, tak kira di mana anda berada, Argentina, United Kingdom, Sweden, Thailand, Australia, UAE, Norway, Kg Balet Nyor, Salak South, Salak Selatan, Bukit Rambai... Marilah, perkenalkanlah diri anda dan marilah kita memperbaharui persahabatan kita semula tak kira apakah pangkat, kedudukan dan dimana kita berada kerana walaupun kita tidak pernah bertegur sapa di masa ITM dahulu bukan bermakna kita tidak akan bertegur sapa sampai bila-bila dan di usia kita yang sebegini jaringan persahabatan tanpa mengenal usia, senior, junior bukanlah penghalang untuk kita bersemuka semula.

1 comment:

Pokcik Zam said...

That's it. Do not narrow our scope & our target group. Let it be global then it will be more cheerful & more feedback. mana2 rodong ITM tu blh ler join cbox ni