Friday, June 29, 2007

jUmPa pUiS


Semalam lebih kurang pukol 12-30 tengah malam semasa saya dah nak pulang ke rumah, tiba-tiba di kejutkan dengan panggilan telefon dari Puis. Puis ni atau nama sebenarnya Mohd Khirusham dulunya ambil course DBS. Orangnya kecil molek macam dulu jugak dan tak nampak banyak perubahan fizikal. Selepas habis ITM bersama kita dulu, Puis ni telah melanjutkan pelajaran ke Nebraska State University di Amerika bersama-sama Sarip Setan DPA, Chegeng (Saharudin DBS), Pian New Zealand, Joe Malady, Antu Raya dan Apal (Senior DPA). Masa kat ITM dulu Puis ni vokalis kepada band kita orang masa buat konsert kat Kuantan dan Shah Alam. Puis dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Lepas graduate dari Nebraska, Puis bekerja sebagai Penolong Pengarah di Pejabat UPEN Negeri Pahang. Selepas berkhidmat lebih dari 10 tahun, kini Puis telah bekerja di sektor swasta pula. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengurusan Shazan Group di bawah Tg Muda Pahang. Semalam jumpa dia pun sebab dia datang ke KL mengiringi Tg Muda Pahang. Anyway kalau ada rakan-rakan nak kontek Puis no phonenya ialah 016-9354546.

tOpiK riNGan taPi beRat: bRanDed

(wallet Prada gua...hehehe)
Malam ni tak buat apa kat rumah. Tengok jugak Sports Channel Astro kejap tadi tapi rasa malas pulak nak layan TV ni. Kali ni nak bawak topik pasal branded. Branded ni selalunya di kaitkan dengan penampilan seseorang. Kalau dulu masa kat ITM tak pernah terfikir pasal branded-branded ni. Ialah sebab masa tu kalau pakai baju pun beli kat bundle depan stesyen bas pokok buluh kat Kuantan. Levis jeans pun pakai yang secondhand atau beli yang made in siam punya.

Rupa-rupanya bila zaman berlalu ni, banyak perubahan yang berlaku. Kalau tengok orang-orang zaman sekarang ni baik yang dah remaja, dewasa mahupun veteran, penampilan diri kini membawa suatu jawapan pantas untuk menggambarkan kualiti dan pencapaian seseorang. Kalau penampilan dengan seluar tak berjenama, T'shirt Cheetah atau Pagoda saja, pakai pulak kereta Proton Iswara buruk jer ( macam kereta saya lah tu) secara automatik orang akan dapat menggambarkan pencapaian diri seseorang itu.

Usah kata bagi kita yang dewasa ini, remaja sekarang pun bukan macam remaja masa kita dahulu. Jeans Levis mana nak pakai yang siam punye... original beb RM450 sehelai. Beg Guess harga RM550 satu, baju pulak Versace atau Cutter n Buck atau Bruberry harga RM700 sehelai. Handphone pulak N95 yang latest tu beb. Kereta paling kurang nak Honda Jazz atau Suzuki Swift. Tak main lah Iswara buruk atau Kancil.

Tapi kadang-kadang ada juga yang pakaian tak branded tapi kereta mesti branded. Kalau bawak BMW 328i coupe, pakai selipar jepun dengan T'shirt Pagoda pun takpe pulak sebab bila buka pintu BMW tu penampilan dia dah nampak mahal. Kena pulak Sport Rim size 20 kereta BMW tu, nak beli tayar sebiji jenis Continental pun dah sebulan gaji eksekutif beb.

Ada pepatah kata "Don't Judge The Book By Its Cover" tapi rasanya pepatah ni macam tak relevan je dah. Pepatah tu ada kebenarannya tetapi ramai rasanya dah tak menggunakan pepatah tu lagi. Dalam dunia yang penuh materialistik ni, penampilan mahal lebih di utamakan. Kalau setakat bawa kereta Perdana V6 atau Naza Citra jer tapi nak cerita pasal kontrak berjuta-juta rasanya orang susah nak percaya juga. Tapi kalau dah sahih dan nyata bawak BMW atau Mercedes V6 211 atau Brabus, apa je cakap gerenti orang akan pasang telinga dan angguk.

Tapi kadang-kadang tu susah juga la nak salahkan sesiapa. Contohnya pengalaman saya baru-baru ni, ada satu businessmen ni nak jumpa saya pasal nak beli pasir untuk projek satu public listed company di Kedah dan Penang. So, dia pun call saya menerusi seorang consultant dan ajak jumpa di sebuah Restoran Mamak kat KL ni. Ok, saya kata fine, Restoran Mamak no hal sebab saya ngeteh hari-hari kat Restoran Mamak pun. So kami pun berjumpa lah. Dia datang naik kereta Perdana V6 buruk yang dah nak roboh pun saya tengok. Takpe, saya pandang je dari jauh. Saya tengok pakaian dia, baju T'shirt biasa ala-ala Cheetah juga lah, seluar biasa, kasut biasa. Ok, takpe lah, maybe dia ni jenis low profile dan tak berapa suka bergaya. So, kami pun start sembanglah pasal nak beli pasir. Tahu tak berapa dia nak beli pasir saya. Dia nak ambil semua pasir dalam kawasan saya di tengah laut Perak dan Penang tu seluas 167 sq km ( 2 kali ganda Wilayah Persekutuan beb) yang saya anggarkan ada sejumlah 300 juta cubic meter padu bernilai RM900 juta. Tu dia, he must be a super rich person. Setaraf dengan Syed Mokhtar Al Bukhary dia ni.

Lepas tu yang tambah lawak lagi, sambil kami sembang tu dia ada tanya kawan dia, selepas ni dia ada function dengan CEO satu public listed company kat Restoran Cerana. Dia kata kita ni nak mandi kat mana sebelum dinner dengan CEO tu. Kawan dia kata mandi kat R&R atau stesyen minyak. Dia kata boleh juga atau mandi kat masjid je la. Dalam hati saya kata, kalau kawan saya yang kaya dari Johor tu setakat nak mandi ni dia akan sewa Executive Suite kat Concorde tu yang harga dia RM1,200 semalam untuk mandi sahaja. Ini dah la nak beli pasir harga RM900 juta tapi mandi dan nak bersiap pun punye lekeh tak nak sewa hotel, boleh percaya ke dia ni.

Tulah masalah kekadang dalam membawa ketrampilan diri. Branded dan penampilan dalam alaf baru ni dah menjadi suatu budaya dalam menilai seseorang. Akibat dari pengaruh materialistik, kita sudah lupa bahawa nilai dalaman seseoranglah yang lebih penting daripada hanya mengukur melalui penampilan dan ketrampilan. Tapi iyalah siapa yang mahu kelihatan selekeh sebenarnya. Semua orang inginkan kecantikan dan penampilan yang bergaya. Kadang-kadang penampilan dengan barangan Branded ni pun membawa kesan psaikologi yang mendatangkan semangat confident apabila bertemu seseorang. Cuba pakai baju Versace harga RM1,200 sehelai, seluar Cutter N Buck, wallet Prada, kasut Christine Dior, talipinggang Guess dan beg Gucci serta jam tangan Rolex Oyster Perpetual. Naik pulak BMW 525i dengan Sport Rim size 20... sape je kat KL dan Malaysia ni kita berani jumpa.

Tapi tulah kekadang Branded ni pun membawa sifat yang tidak baik seperti perasaan riak, bongkak dan sombong. Maklumlah dah pakai branded punye barang. Tapi satu kebaikan barang branded ni, ianya cantik, berkualiti dan tahan lama. Kalau orang yang memakai barang branded ni pulak tampak hensem memanjang walaupun barangan branded tu kekadang colour ntah apa-apa pun. Kalau wanitanya pulak tampak cantik dan bersih je, macam tak comot jer dan nampak bagus-bagus jer. Berbeza dengan yang pakai tak branded, nampak reput je dan comot semacam. Takpe la..nampak gayanya kena tunggu sale diskaun 95% la baru saya boleh beli barangan branded ni supaya nampak hensem sikit.....sementara tu pakai je lah baju Cheetah ni...hehehe

Wednesday, June 27, 2007

pAtuT La kitAnG tAk mAsUk bLOg, diA daH jatUh ciNta kAt beNDa LaiN


Baru-baru ini masa eMay, Kitang dan keluarga pun ada menyertai. Masa Kitang mula-mula sampai, kami semua ingatkan siapa pulak yang datang dengan superbike bunyi macam langit nak runtuh tu. Rupa-rupanya Kitang datang dengan superbike siap dengan jaket kulit hitam dan helmet fullface lagi. Berdentum-dentum bunyi motor Kitang ni. Patutlah selama ini dia menyepi diri dari blog, rupa-rupanya dia dah jatuh cinta kat benda lain. Superbike Honda Shadow 750cc. Berkilau-kilau motor Kitang ni dia punye chrome enjin. Sebab dia beli superbike tu kerana dia sekarang berulang kerja dari Temerloh ke KL setiap hari kecuali hari hujan kena la bawak Naza Ria dia yang gabak tu. Minyak motor ni Temerloh-KL-Temerloh dalam RM25 sehari kata Kitang, jadi selamatlah sikit kalau berulang dengan kereta. Dah jimat duit Tol. Katanya dia bertolak pukol 7-00 pagi dari Temerloh dan selalunya sampai lebih kurang 8-30 pagi kat ofis dia di Bangsar. Sepatutnya ada 2-3 orang lagi member budak Temerloh yang janji sama-sama beli superbike ni nak berulang kerja ke KL tapi last-last Kitang seorang je yang tahannya setakat ini. Apa-apa pun Kitang, selamat memandu dan berhati-hatilah di jalanraya.

Tuesday, June 26, 2007

PeTuA mEnGGodA SuaMi Di uSiA 40an

Kalau dulu Kida buat satu artikel pasal Petua Memikat suami (isi artikel tu original dari Kida). Kali ini SK nak paparkan satu artikel yg baru jer SK terima hari ini (isi artikel ini bukan dari SK yea dan tiada editing di buat). SK cuma nak share dengan kengkawan dan mungkin juga ada yang pernah dapat artikel ni… especially orang perempuan.

Walaupun artikel ni kelakar tapi ianya membantu dan memberi sedikit sebanyak pengajaran supaya bila kita makin berumur makin mengancam dan VOGUE...

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun. Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa. Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa. Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini. Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat! miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru. Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun. Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!" Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur. Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai. Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan. Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain. Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam. Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni.

Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang. Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah. Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong. Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel. Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman asli dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi. Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam. Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?" Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin. Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Selamat mencakar ..... Aummmm !!!!

Monday, June 25, 2007

peNyatA eMay



Alhamdulilah eMay telah selamat berlangsung dengan penuh kemeriahan dan jayanya pada 23hb Jun 2007 yang lalu. Seperti yang biasanya saya lakukan selepas setiap kali mengadakan sesuatu acara yang melibatkan sumbangan orang ramai, dibawah ini saya bentangkan penyata eMay secara ringkas. Segala penerimaan sumbangan dan bayaran makanan BUDIMAN telah di lakukan menerusi akaun saudara Bilal.

Penerimaan

Sumbangan wang tunai untuk sedekah anak yatim = RM 4,785-00
Bayaran makanan penyertaan BUDIMAN = RM 280-00
JUMLAH PENERIMAAN = RM 5,065-00

Perbelanjaan

Pembelian barangan di Kedai Mydin dan Pakaian = RM 1,571-40
Pembelian Al-Quran = RM 175-00
Makanan : catering BUDIMAN dan anak yatim = RM 600-00
KFC Kids Meal = RM 183-00
Pembelian Kain Baju Kurung dan Tudung = RM 1,046-00
JUMLAH PERBELANJAAN = RM 3,575-40

Lebihan Sumbangan Wang Tunai yang diserahkan kepada Darul Izzah = RM 1,489-60

Segala sumbangan kawan-kawan BUDIMAN semua samada dalam bentuk wang ringgit, tenaga, idea dan usaha, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih, semoga ianya akan membawa keberkatan dan rahmat kepada anda semua dan anak-anak yatim tersebut.

eMay - Ekspedisi Meraikan Anak Yatim ( siRi 12 )



Akhirnya eMay yang kita nanti-nantikan sampai jua. Pada 23hb Jun 2007, hari Sabtu yang lalu, eMay telah selamat berlangsung dengan jayanya. Ekspedisi Meraikan Anak Yatim (eMay) di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Izzah, Temerloh Pahang telah dihadiri oleh Bilal sekeluarga, saya sekeluarga, Ummi sekeluarga, Fadil Othman sekeluarga, Kudeng DSS sekeluarga, Kitang sekeluarga, Raman sekeluarga, AR dan temannya Mawi dan juga Zambran yang datang solo tak bawa 2 keluarganya. Wan Rozain sekeluarga yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur juga telah singgah sebentar di Darul Izzah. Semua BUDIMAN yang hadir telah diberikan tag nama BUDIMAN yang telah disediakan oleh saudara Bilal.

Kehadiran BUDIMAN pada petang itu telah disambut dengan mesra oleh Ustazah Nurhuda dan anak-anak yatim yang telah menunggu dengan pakaian baju kurung lengkap bewarna hijau. eMay telah dimulakan pada jam 2-30 petang dengan Segmen Motivasi yang telah dikendalikan oleh saudara Bilal yang telah memberikan beberapa panduan dan nasihat kepada anak-anak yatim tersebut. Ini diikuti oleh penerangan oleh Puan Rohani, isteri kepada Bilal kepada anak-anak yatim tersebut berkaitan panduan menjawab peperiksaan. Anak-anak yatim tersebut yang pertama kali mengikuti program motivasi sebegini begitu tekun dan penuh minat. Ustazah Nurhuda memuji BUDIMAN kerana sebelum ini tiada lagi kumpulan yang datang mengadakan segmen motivasi sebegini untuk anak-anak yatim itu.

Segmen Motivasi selesai kira-kira jam 4-30 petang dan BUDIMAN serta anak-anak yatim tersebut di hidangkan dengan minuman petang. BUDIMAN telah meraikan anak-anak yatim tersebut dengan KFC Kids Meal dan kelihatan kegembiraan terpancar di muka anak-anak yatim tersebut semasa BUDIMAN beramah mesra sambil minum petang dengan mereka. Dari apa yang di bualkan dengan anak-anak yatim itu sememangnya sebelum ini tiada kumpulan yang datang dan beramah mesra sebegini cuma yang datang hanya menyampaikan derma sahaja. Caterer kita, Raman Kerbau telah menyediakan 2 jenis kuih muih beserta bubur kacang yang amat enak dan ramai yang makan bubur kacang 3-4 kali.

Selesai solat Asar kira-kira jam 5-30 petang, segmen pertandingan mewarna dan game telah dikendalikan pula oleh AR. BUDIMAN bersama AR berganding bahu menjayakan segmen ini di mana anak-anak yatim tersebut telah dibahagikan kepada 5 kumpulan. Pertandingan mewarna di mulakan diikuti dengan game yang telah dibuat di perkarangan bangunan asrama anak-anak yatim tersebut. Anak-anak yatim tersebut begitu terhibur dengan gelagat dan kendalian AR dan mereka bernyanyi dan menari mengikut rentak yang telah di lakukan oleh AR.

Segmen bersama AR selesai kira-kira jam 6-30 petang dan BUDIMAN serta anak-anak yatim bersiap sedia pula untuk Solat Maghrib berjemaah. Kira-kira jam 7-25 malam, azan Mahgrib telah berkumandang oleh saudara Bilal dan Kudeng telah mengimamkan solat Maghrib untuk BUDIMAN bersama-sama anak-anak yatim. Selesai Solat Maghrib dilakukan pula Solat Hajat dan diikuti dengan bacaan tahlil dan Doa Selamat mendoakan kesejahteraan dan moga beroleh kejayaan dan keberkatan kepada BUDIMAN dan anak-anak yatim tersebut. Selepas itu kami menunaikan Solat Isyak bersama-sama pula.

Selesai Solat Isyak, Majlis Penyampaian Sumbangan telah dilakukan kepada anak-anak yatim tersebut dan juga kepada AJK Darul Izzah, Ustaz Zul yang turut hadir. Ustazah Nurhuda pula menerima sumbangan barangan iaitu kain untuk baju kurung dan tudung beserta peralatan riadah yang disumbangkan untuk anak-anak yatim tersebut oleh BUDIMAN. Hadiah-hadiah untuk pertandingan mewarna juga telah diberikan dan kesemua anak-anak yatim telah menerima hadiah masing-masing.

Selesai majlis ringkas penyampaian hadiah dan sumbangan, anak-anak yatim Darul Izzah bersama-sama BUDIMAN telah diraikan dengan Jamuan Makan Malam pula. Nasi putih berlaukkan Ikan Patin Masak Tempoyak, Ayam Masak Merah, sayur dan ulam-ulam kampung begitu menyelerakan. Caterer kita Raman Kerbau telah menyediakan makanan yang mendapat banyak pujian pada malam itu.

Akhirnya kira-kira jam 10-00 malam dengan perasaan yang amat berat dan terharu, BUDIMAN dan anak-anak yatim telah bersurai setelah hampir 8 jam bersama dalam suasana penuh kemesraan dan keinsafan. eMay telah berlangsung dengan jayanya walaupun berbagai kepayahan dalam mengusahakannya. Pihak pengurusan Darul Izzah begitu terharu dengan kedatangan BUDIMAN yang hadir bukan sekadar untuk menyampaikan sumbangan tetapi dengan mengadakan beberapa segmen yang menggembirakan dan menyukakan hati anak-anak yatim itu. Ada seorang anak yatim telah menangis kesayuan kerana teringatkan dirinya yang tiada berayah bila melihat BUDIMAN hadir bersama keluarga untuk meraikan mereka dan akhirnya berasa amat gembira dengan kemesraan yang di tunjukkan BUDIMAN kepada mereka.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan wang ringgit yang bukan sedikit jumlahnya, sumbangan tenaga, idea dan usaha yang tidak kenal penat lelah dalam menjayakan eMay ini. Kepada yang tidak berpeluang untuk menyumbangkan apa-apa, mungkin di lain waktu dan ketika, Insyaallah boleh berbuat demikian di program yang akan datang.

Friday, June 22, 2007

eMay ( siRi 11 )

Esok insyaallah akan berlangsung eMay yang kita nanti-nantikan. Segala persiapan berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa perkara yang masih terpaksa dilakukan pada saat-saat akhir. Walaubagaimanapun dengan kerjasama berpasukan insyaallah semuanya akan siap sedia menjelang eMay pada hari Sabtu nanti.

Penyertaan BUDIMAN turut bertambah dengan kehadiran Kitang sekeluarga dan Fadil Othman sekeluarga yang telah mengesahkan penyertaan mereka dengan Bilal pada petang semalam. Saya anggarkan kira-kira 30 orang BUDIMAN dan ahli keluarga yang akan turut serta ke Darul Izzah pada petang esok.

Masalah baju kurung yang tiada bekalan telah pun diselesaikan setelah Raman Kerbau berbincang dengan Ustazah di Darul Izzah yang telah memaklumkan bahawa mereka mengalu-alukan jika dapat diberikan kain sahaja yang satu corak supaya boleh di buat baju kurung untuk anak-anak yatim tersebut. Ianya nanti bolehlah menjadi satu pakaian rasmi atau seragam mereka untuk menghadiri apa-apa majlis lain yang akan di anjurkan atau apa-apa keramaian yang perlu dihadiri oleh mereka. Oleh itu Bilal dan isteri akan mencarikan kain yang bersesuaian serta tudung sekali dan jika masih ada lebihan kewangan kita akan berikan kepada Darul Izzah untuk wang upah membuat baju kurung itu nanti. Insyaallah ianya akan diserahkan kepada Darul Izzah pada petang Sabtu nanti.

Fadil Othman malam tadi telah menemui Slambe di Kedai Mydin Nilai untuk mengambil barangan yang telah dibungkus dan disiapkan oleh Slambe dan insyaallah malam ini saya akan berjumpa Fadil untuk diagihkan sebahagian barangan itu untuk di bawa ke Temerloh nanti. Terima kasih tidak terhingga kepada Slambe yang walaupun sibuk dengan pelbagai urusan audit di kedainya telah bersusah payah menyiapkan barangan tersebut. Terima kasih juga kepada Fadil Othman yang telah mengambil barangan itu dari Nilai untuk dibawa ke Temerloh nanti.

Program kita esok akan bermula seperti berikut :

2-30 hingga 4-30 petang : Program Motivasi oleh Bilal
4-30 hingga 5-15 petang : Minum Petang, Solat Asar disertai oleh BUDIMAN dan anak yatim
5-15 hingga 6-30 petang : Pertandingan Mewarna dan Game oleh AR dan BUDIMAN
6-30 hingga 7-15 malam : Rehat dan bersedia untuk Solat
7-15 hingga 8-00 malam : Solat Maghrib, Tahlil dan Doa Selamat
8-00 hingga 8-30 malam : Majlis Pemberian Sumbangan
8-30 malam : Jamuan Makan Malam

Kepada BUDIMAN yang akan menyertai nanti agar dapat memakai T'Shirt kolar putih dan seluar Jeans atau Khakis biru gelap atau hitam supaya menampakkan keseragaman kita seperti ekspedisi Johor dulu. Saya akan bertolak kira-kira jam 9-00 pagi dari Kuala Lumpur dan maybe kalau ada kawan-kawan dari KL yang nak pergi sekali agar dapat menghubungi saya. Kalau tidak ada then kita berjumpa di Darul Izzah sekitar jam 4-30 petang atau sebelum Acara Minum Petang nanti. Saya akan mula berada di Darul Izzah sekitar jam 2-30 petang nanti.

Kepada yang ingin menyumbang pakaian lama atau barangan lama seperti buku cerita agar dapat membawa sendiri ke Darul Izzah esok. Lokasi Darul Izzah terletak di Jalan Maran dimana berdekatan dengan Hospital Temerloh tedapat simpang ke Kg Berhala Gantang dan ianya terletak lebihkurang 150 meter dari simpang tersebut.

Selamat Berjumpa di Darul Izzah kepada BUDIMAN yang akan menyertai. Amanah yang akan dipikul oleh kita untuk menyampaikan sumbangan-sumbangan yang telah dihulurkan oleh BUDIMAN moga-moga akan terlaksana dengan sempurna. Meraikan dan menyukakan hati anak-anak yatim yang terbiar ini insyaallah akan menjadi suatu usaha murni yang akan membawa keberkatan kepada kita semua dan akan menjadi kenangan manis kepada kita dan anak-anak yatim tersebut.

Thursday, June 21, 2007

eMay ( siRi 10 )


Petang semalam saya sempat ke Kedai Mydin di Nilai bertemu Slambe Jr untuk membeli beberapa barangan eMay yang akan di bawa ke Temerloh nanti. Saya sampai di Nilai kira-kira jam 3-30 petang dan sempat ngeteh dulu dengan Slambe. Kemudian kami berdua pun memulakan pencarian barang-barang yang di perlukan untuk eMay. T'Shirt dan Track Bottom telahpun di sediakan oleh Slambe mengikut saiz yang telah saya berikan kepadanya tempoh hari. Itu pun beliau terpaksa mengambil stok dari Mydin USJ di Subang Jaya. Jadi kesemua 25 T'shirt dan Track Bottom telahpun diperolehi.

Saya kemudian bersama Slambe dan seorang staffnya mengelilingi di dalam kedai beliau mencari barangan yang bersesuaian untuk dijadikan hadiah bagi acara pertandingan mewarna dan game. Saya beli 18 pensil warna dan 7 water color beserta brush dan palet seperti yang diperlukan oleh AR sebagai peralatan untuk segmen itu nanti. Sebanyak 25 hadiah untuk acara game telah saya belikan yang kebanyakannya adalah barangan kanak-kanak yang saya rasakan bersesuaian sebagai goodies untuk game yang diadakan nanti. Bagi acara Colouring pula seperti yang dipinta oleh AR saya menyediakan 5 hadiah untuk 5 group yang akan dipecahkan antara anak-anak yatim itu dimana hadiah-hadiah berupa hamper makanan.

Saya juga turut membeli beberapa peralatan riadah iaitu satu papan carom, satu papan congkak, shahiba atau scrabble, saidina, chess set dan satu 4 in 1 game set. Selain itu saya juga membeli 4 raket badminton jenama Wilson beserta satu tabung shuttle cock sebagai sumbangan BUDIMAN untuk kegiatan riadah anak-anak yatim tersebut. Kesemua barangan tersebut didapatkan dengan harga yang didiskaunkan oleh Slambe dan kesemuanya berjumlah RM944-00 sahaja.

Selesai memilih barangan dan membuat pembayaran, Slambe memaklumkan bahawa untuk urusan pembungkusan yang saya pilih untuk diletakkan di dalam sebuah Paper Bag, beliau akan mengarahkan staffnya untuk berbuat demikian. Slambe minta saya untuk datang semula ke Nilai bagi mengambil barangan tersebut sebelum hari Jumaat nanti.

Selesai di kedai Slambe kira-kira jam 7-00 petang dan saya bergegas pula ke Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur untuk menghadiri satu mesyuarat bersama client saya 3 orang Mat Salleh Australia yang saya janjikan pada pukol 8-00 malam. Selesai mesyuarat sekitar jam 9-30 malam dan saya menelefon Bilal yang berada di Dorsett Regency untuk bertemu beliau bagi mendapatkan maklumat terakhir penyertaan BUDIMAN dan ahli keluarga yang akan hadir pada Sabtu nanti. Bertemu Bilal dan kami makan malam bersama sambil berbincang persiapan terakhir untuk eMay.

Saya juga meminta pertolongan Ummi pada hari Sabtu nanti untuk mengambil barangan Avon yang di sumbangkan oleh Lily di Kedai Avon beliau di Mentakab. Saya juga telah dimaklumkan oleh Rozain bahawa pembekal baju kurung beliau tidak mempunyai bekalan dan beliau minta tolong saya sekiranya mempunyai cara untuk menyelesaikan masalah baju kurung yang akan di sumbangkan melalui sumbangan kawan kita di luar negara. Saya telefon Zambran untuk minta pertolongan beliau mencarikan pembekal di Temerloh. Zambran berjanji akan cuba mendapatkan pembekal tersebut dan akan menghubungi saya balik pada petang Khamis nanti.

Dengan lebihan kewangan yang kita perolehi, saya akan cuba mendapatkan sehelai lagi T'shirt dan Seluar baru untuk anak-anak yatim tersebut selain dari yang sudah dibeli di Kedai Mydin Nilai.

Saya juga minta Raman Kerbau memberikan menu makanan yang akan dibekalkan nanti dan beliau telah menghubungi saya dan menyatakan menu makanan yang akan dibekalkan adalah seperti berikut :

Minum Petang : Kuih 2 jenis, Bubur Kacang, Air Teh O dan Sun Quick. KFC Kids Meal 25 set
Jamuan Makan Malam : Nasi Briyani dan Nasi Putih dengan lauk Ikan Patin Masak Tempoyak (Kalau kat Restoran Temerloh Tepi Sungai tu RM6 seketul ), Ayam Masak Merah, Sayur Campur, Ulam-Ulam Kampung, Sambal, Buah-buahan, Puding Buah dan Air Oren.

Namun begitu sehingga petang tadi yang confirm dan telah membuat bayaran makanan di kalangan BUDIMAN untuk pergi hanyalah Bilal sekeluarga seramai 5 orang, Saya sekeluarga seramai 4 orang, Ummi sekeluarga seramai 5 orang, AR seramai 2 orang sahaja. Apa nak buat, apa yang ada terpaksalah kita hadapi jua demi mengharumkan nama bekas-bekas pelajar Universiti Teknologi MARA cawangan Pahang untuk berbakti di bumi Pahang, tanah tumpah darah kita yang tercinta, tempat kita di besarkan dan dilahirkan, kepada anak-anak yatim dari tanah tumpah kita sendiri yang memerlukan.

Wednesday, June 20, 2007

seSSi tEh taRiK eMay ( siRi 2 )


Sessi teh tarik eMay yang berlangsung malam tadi di Restoran Nasi Lemak, Jalan Kelab Sultan Sulaiman telah bermula pada pukol 8-30 malam dengan di hadiri oleh Bilal, Fadil Othman, Kudeng dan Fadil Sutoq. Pekena nasi lemak bungkus panas berlaukkan sotong, daging rendang, sambal petai ikan bilis dengan teh O ais, memang menyelerakan dalam rintik hujan gerimis. Ada yang pekena sampai 3 bungkus seorang.

Selesai pekena nasi lemak, kami sempat berbincang beberapa perkara berkaitan eMay. Antaranya Bilal telah memaklumkan bahawa jumlah sumbangan terkini telah meningkat kepada RM3,105. Ini berikutan sumbangan yang diterima daripada beberapa kawan BUDIMAN kita dan juga dari senior. Ini juga tidak termasuk sumbangan sebanyak RM1,190 untuk pembelian baju kurung dari rakan BUDIMAN di luar negara. Alhamdulillah akhirnya usaha BUDIMAN untuk mengumpulkan sumbangan bagi program eMay ini dipermudahkan oleh Allah swt.

Kudeng telah membawa 25 naskah Al-Quran yang akan di sumbangkan kepada setiap anak yatim tersebut dan diserahkan kepada Bilal untuk dibawa ke Temerloh nanti. Kudeng juga mencadangkan agar penyata perbelanjaan untuk program eMay nanti di bentangkan di blog ini seperti yang di buat semasa program banjir di Johor dulu. Insyaallah apabila semuanya selesai, saya akan membentangkan penyata perbelanjaan wang sumbangan eMay seperti yang saya lakukan semasa ekspedisi banjir Johor dahulu.

Barang-barang yang akan di sumbangkan kepada anak-anak yatim nanti belum lagi saya sempat untuk membelinya lagi. Kesibukan tugas dan beberapa urusan masih menghalang saya. Walaubagaimanapun saya telah membuat tempahan dengan Slambe Jr untuk membeli barangan tersebut di Pasaraya Mydin beliau di Nilai. Insyaallah mungkin sebelum Jumaat ini saya akan cuba menyiapkan segala keperluan barangan yang akan dibawa nanti. Beberapa barangan yang perlu disediakan adalah seperti T'shirt dan Track Bottom, peralatan untuk riadah seperti papan carom, raket badminton, scrabble, saidina dan hadiah-hadiah serta peralatan untuk pertandingan mewarna dan game. Bilal juga akan berjumpa dengan Raman Kerbau untuk urusan catering makanan pada hari Khamis ini serta untuk menyerahkan bayaran makanan anak-anak yatim dan staff yang akan ditanggung oleh kita nanti.

Setelah berbincang, kami juga berpandangan sekiranya terdapat lebihan tunai maka ianya akan diserahkan kepada Pengetua Rumah Anak Yatim Darul Izzah untuk keperluan anak-anak yatim tersebut. Ini kerana sumbangan tunai yang diterima adalah atas niat untuk sedekah kepada anak-anak yatim tersebut maka oleh itu sewajarnyalah kesemuanya di sedekahkan kepada mereka.

Pengesahan untuk menyertai eMay di Temerloh masih lagi di buka sehingga pukol 5-00 petang ini ( Rabu 20 hb Jun 2007) bersama bayaran RM10 sekepala untuk makanan. Sehingga tengah malam tadi yang mengesahkan untuk hadir ialah Saya sekeluarga, Bilal sekeluarga, Raman Kerbau sekeluarga, AR, Ummi sekeluarga, Fadil Othman sekeluarga dan Zambran. Niazor hanya akan singgah sekejap sahaja untuk urusan baju kurung. Dari Kuala Lumpur hanyalah Fadil Othman sekeluarga dan saya harap kawan-kawan di KL yang kelapangan marilah beramai-ramai kita ke Darul Izzah pada Sabtu ini membawa anak dan isteri kita untuk bersama-sama meraikan anak-anak yatim tersebut. Silalah telefon atau sms kepada Bilal untuk mengesahkan penyertaan anda sekeluarga dengan bayaran makanan. Kalau tak dapat membuat sumbangan tunai pun, marilah kita bersama-sama pergi menziarahi anak-anak yatim tersebut yang mana kedatangan kita sebagai bekas pelajar Universiti Teknologi MARA akan membawa satu semangat yang tinggi kepada mereka. Sebagai BUDIMAN yang rata-ratanya adalah anak-anak jati Negeri Pahang, peluang berbakti di tanah tumpah sendiri begini seharusnya tidak dilepaskan.

Monday, June 18, 2007

seSSi tEh taRiK eMay

Satu sessi teh tarik untuk membincangkan beberapa perkara khususnya berkaitan eMay akan di adakan esok malam seperti berikut :

Tarikh : 19hb Jun 2007
Hari : Selasa
Waktu : 8-30 malam
Tempat : Restoran Nasi Lemak, Jalan Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, KL

Harap kepada kawan-kawan yang kelapangan dapat menghadirkan diri. Rasanya dah lama juga kita tak mengadakan sessi teh tarik beramai-ramai antara BUDIMAN ni. Jadi ajaklah kawan-kawan BUDIMAN semua hadir untuk bersilatulrahim sambil beramal.

Sedikit makluman berkaitan eMay, setelah berbincang dengan Raman Kerbau, Caterer yang akan membekalkan makanan untuk eMay nanti maka harga bayaran makanan sekepala di putuskan sebanyak RM10 sekepala sahaja. Sebelum ini bayaran tersebut adalah RM15 sekepala. Raman Kerbau telah bermurah hati untuk mengenakan bayaran hanya RM10 sekepala dan lebihan perbelanjaan akan di sedekahkan oleh beliau. Bayaran ini adalah untuk Minum Petang dan Jamuan Makan Malam kepada BUDIMAN dan keluarga yang ingin menyertai eMay ke Temerloh nanti. So jika anda sekeluarga seramai 5 orang, bayarannya ialah sebanyak RM50 sahaja.

Oleh itu marilah kita beramai-ramai menyertai eMay ini dengan satu tekad untuk bersilatulrahim sambil beramal kebajikan. Dengan kehadiran BUDIMAN yang ramai akan dapat menunjukkan kesatuan teguh dan bersatu hati serta menjadi contoh teladan kepada anak-anak yatim yang akan di ziarahi oleh bekas-bekas pelajar Universiti Teknologi MARA yang tentunya akan menimbulkan semangat yang tinggi kepada mereka. Seperti semasa kita semua berekspedisi ke Johor melawat mangsa-mangsa banjir dahulu dimana mangsa banjir amat terharu melihatkan betapa ramainya BUDIMAN sanggup datang dari jauh menziarahi mereka.

Oleh kerana BUDIMAN belum mempunyai pakaian rasmi maka kepada BUDIMAN yang akan menyertai ekspedisi eMay nanti agar dapat berpakaian T'shirt kolar berwarna putih dan berseluar jeans atau khakis biru gelap atau hitam sepertimana yang kita lakukan semasa ekspedisi Johor dahulu. Segala penyertaan sila telefon dan sertakan bayaran penyertaan kepada Bilal sebelum pukol 5-00 petang Rabu 20hb Jun 2007 ini. Maklumat akaun dan no phone Bilal seperti berikut :

Penama Akaun : Azmi Abu Bakar (Bilal)
Bank : Maybank
No Akaun : 101254011503
Tel : 013-9864049

Sunday, June 17, 2007

eMay ( siRi 9 )

Alhamdulillah, sehingga pagi Sabtu jumlah sumbangan untuk eMay telahpun melepasi tahap sasaran dan kini jumlahnya telah terkumpul sebanyak RM1,780 yang telah di sumbangkan oleh 7 orang penyumbang. Ini tidak termasuk sumbangan yang telah diterima dari penyumbang luar negara berjumlah RM1,090 ( sumbangan melalui wire transfer ) untuk sumbangan baju kurung baru bagi 25 orang anak-anak yatim tersebut. Kesemua penyumbang-penyumbang ini terdiri dari BUDIMAN dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dengan sumbangan tersebut. Merealisasikan impian untuk eMay ini semakin hampir menjadi kenyataan, insyaallah. Walaubagaimanapun sumbangan-sumbangan yang lain dijangka akan terus diterima kerana beberapa kawan-kawan BUDIMAN seperti Fatimah/Mohideen dan Antu sedang mengusahakan kutipan dari beberapa sumber lain lagi.

Menjawab beberapa komen dan kenyataan seperti dari beberapa Anonymous dan Meg ( ruangan chatbox GTG) yang tidak berpuashati dengan tindakan saya menganjurkan dan meminta sumbangan derma untuk anak-anak yatim ini, saya terima dengan hati yang terbuka. Tujuan saya mengadakan blog ini selain dari tujuan untuk mengembalikan silatulrahim antara kawan-kawan semasa di Uitm dulu sememangnya untuk mengajak kawan-kawan semua membuat seberapa banyak amal kebajikan seperti ini. Pada saya dari kita hanya mengembalikan silatulrahim tanpa sebarang aktiviti yang bermanfaat, adalah lebih baik halatuju kita difokuskan dalam bersilatulrahim sambil membuat kebajikan.

Pada saya tak payah lah kita nak tunggu Meg jadi YB baru kita nak bersedekah. Saya sendiri sebelum ini pun dah lama membuat kerja-kerja kebajikan sebegini sebelum BUDIMAN ditubuhkan lagi. Begitu juga beberapa kawan-kawan yang lain seperti Bilal. Bila adanya BUDIMAN saya rasakan elok kerja-kerja kebajikan begini dipanjangkan pula disini selain dari apa yang saya buat bersama-sama kawan-kawan korporat saya yang lain. Pada saya inilah contoh teladan yang baik yang seharusnya ditinggalkan kepada anak-anak cucu kita sebagai mengenang kita semua apabila kita semua telah tiada nanti bahawa kita semua suka dan selalu beramal kebajikan di masa hidup kita.

Saya juga tidak mencari nama dalam membuat amal kebajikan sebegini. Saya tidak memasuki mana-mana parti politik dan setakat ini tidak berminat lagi untuk menyertai atau mencampuri bidang tersebut. Kegiatan kebajikan yang saya anjurkan ini tidak ada kaitan samada untuk mempopularkan diri atau BUDIMAN. Itu sebabnya bila saya anjurkan sebarang kegiatan amal, pada saya lebih suka jika ianya dijalankan antara kita sahaja, dengan kutipan dan sumbangan daripada kita sahaja ahli BUDIMAN, mana yang termampu oleh kita. Kalau kita lihat kerja amal yang kita buat, ianya tidak memerlukan peruntukan kewangan yang banyak sangat pun. Sebenarnya kalau kita bersatu hati, sikit seorang, jumlah yang terkumpul menjadi banyak.

Saya juga tidak mengheboh-hebohkan kegiatan amal yang kita jalankan. Bukan tujuan mencari publisiti. Kalau nak ikutkan, saya juga ada kenalan seperti Newscaster NTV7 dan Astro, teman rapat saya, tapi sepanjang kerja amal yang saya buat saya tak pernah melibatkan mereka semua mahupun kegiatan amal yang saya jalankan bersama kawan-kawan korporat saya. Pada saya dan kawan-kawan saya, biarlah takde siapa yang tahu sumbangan kecil kami semua, kerana niat kami ikhlas membantu mana yang termampu. Ada satu kisah di mana kami buat satu majlis amal di mana ada YB dari UMNO dan wakil dari PAS nak join kami untuk tumpang publisiti dimana saya dan rakan-rakan korporat saya halau mereka macam tu je suroh balik, ADUN kena halau, sebab kami bukan cari publisiti dan tidak perlukan mana-mana parti politik untuk buat kerja amal.

Saya ni pun bukan manusia yang alim dan baik pun. Pada saya inilah jalan terbaik untuk saya dan kawan-kawan semua membuat sedikit kebaikan bagi mengimbangi kesalahan-kesalahan yang kita lakukan. Kalau kita lihat banyak fadilat bersedekah dan membuat amal kebajikan ni. Antaranya sabda Rasulullah saw : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan".

Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 271 :
" Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang) maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan ".

Insyaallah, jika kita semua bulatkan tekad bersilatulrahim sambil membuat kerja amal sebegini, ianya akan membawa keberkatan kepada hidup kita semua.

Berbalik kepada program eMay kita nanti, pada pagi Sabtu tadi saya juga telah menghubungi AR, Bilal, Raman Kerbau, Rozain dan pada sebelah malamnya Kudeng DSS juga ada mengubungi saya. Bilal telah memaklumkan kutipan sumbangan yang terkumpul setakat ini iaitu berjumlah RM1,780. Beliau juga memberitahu bahawa urusan wire transfer dari sahabat kita di luar negeri juga telah selesai dan wang sebanyak RM1,090 untuk pembelian sepasang baju kurung bagi setiap anak yatim berjumlah 25 orang telahpun sedia.

AR pula saya telah maklumkan untuk menyediakan list dan budget bagi program Colouring Contest dan Game yang akan dijalankan nanti. Saya memperuntukan sebanyak RM300 untuk peralatan dan hadiah untuk program ini.

Raman Kerbau pula saya telah hubungi untuk memberitahu beliau berkenaan catering makanan yang akan di bekalkan oleh oleh beliau nanti. Raman akan membekalkan minum petang dan jamuan makan malam untuk BUDIMAN dan anak-anak yatim nanti. Jumlah anak yatim dan staff seramai 32 orang. Untuk minum petang saya juga minta beliau sediakan KFC Kids Meal sebanyak 25 bungkus untuk anak-anak yatim nanti. Saya memperuntukan lebih kurang RM550 bagi membiayai makanan seramai 32 orang anak yatim dan staff termasuk KFC Kid Meals yang bernilai RM8-80 setiap bungkus.

Rozain juga saya hubungi untuk bertanyakan harga baju kurung yang akan beliau bekalkan nanti. Beliau berjanji kepada saya untuk memberikan harga tersebut pada hari Selasa minggu depan. Peruntukan ini diperolehi dari rakan BUDIMAN kita di luar negara yang dikirimkan melalui wire transfer berjumlah RM1,090.

Kudeng DSS pula menghubungi saya untuk memaklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir ke eMay nanti kerana keluar 3 hari fisabilillah pada tarikh tersebut. Saya ada pesan dengan Kudeng 10 naskah Al-Quran untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim nanti. Kudeng kata dia akan mendapatkan naskah tersebut dan dia sedekahkan saja 10 naskah itu untuk BUDIMAN bagi program eMay ini. Terima kasih untuk Kudeng.

Saya juga ada menghubungi Slamber dan bertanyakan beliau untuk membeli T'shirt dan Track Bottom untuk anak-anak yatim yang saya peruntukkan RM30 sepasang untuk 25 orang berjumlah RM750. Saya juga akan belikan beberapa alatan permainan indoor seperti 2 papan carom, scrabble, saidina, 4 raket badminton dan saya peruntukan sebanyak RM300.

Lily isteri kepada Kitang juga ada menghubungi saya pada Jumaat lepas dan memberitahu bahawa beliau akan menyumbangkan sebanyak 30 pack hamper barangan Avon bernilai RM30 setiap satu untuk cenderahati kepada anak-anak yatim tersebut. Malangnya beliau dan Kitang sekeluarga mungkin akan lewat atau tidak dapat menghadiri eMay kerana mempunyai urusan di sekolah anaknya di Jerantut pada hari tersebut.

Berdasarkan peruntukan perbelanjaan saya seperti di atas maka ianya berjumlah RM1,900 lebih kurang dan jika ada lebihan mungkin akan saya fikirkan untuk memberikan sumbangan tunai kepada anak-anak yatim tersebut. Bagaimanapun semuanya akan dibincangkan nanti dalam suatu sessi teh tarik yang akan diadakan pada hari Selasa malam minggu depan di Kuala Lumpur bersama-sama kawan-kawan BUDIMAN.

Setakat ini juga belum ada sesiapa lagi yang mengesahkan untuk menyertai eMay di Temerloh nanti selain dari keluarga saya, Bilal, Raman Kerbau dan AR yang terlibat secara langsung dalam eMay ini. Penyertaan kawan-kawan dan bayaran makanan hendaklah dibuat dengan Bilal selewat-lewatnya sehingga petang Rabu minggu depan 20hb Jun 2007. Selepas tarikh itu saya tidak dapat menerima lagi penyertaan kerana urusan catering makanan tidak boleh dilakukan. Jadi minta kawan-kawan yang nak datang confirmkan segera dengan Bilal. Janganlah datang terkejut nanti pada hari Sabtu, susah plak, nak pelawa makan pun salah, tak pelawa makan pun salah, jadi sendiri mau ingat lah beb. Detail akaun Bilal boleh semak balik dalam artikel eMay yang terdahulu.

Saturday, June 16, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: pEtuA meMikAt sUaMi

Setelah kita semua dihidangkan dengan topik Gejala Takut Bini baru-baru ini yang mendapat sambutan memberangsangkan dari BUDIMAN semua, kini saya ingin membicarakan satu topik yang biasanya kita lihat di dalam majalah-majalah wanita seperti Majalah Jelita, Wanita dan lain-lain lagi. Selalunya perspektif yang diberikan menerusi tajuk ini adalah menurut sudut pandangan wanita kerana kebanyakan penulisnya adalah wanita. Kini saya ingin mengemukakan dari sudut pandangan seorang lelaki pula.

Kalau dalam artikel Gejala Takut Bini, kita lihat ada suami yang tak berani keluar malam, susah nak jumpa kawan-kawan untuk ngeteh dan sebagainya akibat dari kena tanya bini dulu. Ada pula yang dikatakan menikus di depan bini tetapi di luar dialah raja, kat ofis dialah paling garang, kat kedai mamak dialah yang paling kuat bersiul mengurat awek. Tapi depan bini pijak semut tak mati. Tu pun kira takut bini jugalah tu.

Masalah kat sini rasanya ramai yang tak berterus terang dengan bini. Selalunya mungkin ada rekod kena tangkap dan terperangkap. Cerita jer kat bini kita ni ada kawan ramai, stewardess ada, executive ada, manager ada, kawan lelaki, kawan pompuan. Sepatutnya kalau nak keluar rumah tu cakap je terus terang dengan bini. Malam ni nak pergi karaoke, nak pergi disko, nak pergi ngeteh dengan member, nak jumpa kawan..apa salahnya berterus terang dengan bini, insyaallah dia tak marah, lagipun kita bukan minta kebenaran dia, kita cuma inform dia sahaja. Lainlah jenis yang memang dah lupa daratan tak ingat rumahtangga, tak ingat anak bini, tak peduli makan minum anak bini. Ni sekali sekala, mungkin seminggu 2 kali balik lewat pagi, terus terang gerenti bini tak marah punyer. Takdelah tengah syiok sembang dengan member, berdering-dering telefon suroh balik.

Balik kepada petua memikat suami ni, kepada wanita, ada pelbagai petua dan pandangan untuk memikat suami. Kata orang nak pikat suami, pikat perutnya yakni masak sedap-sedap macam Chef Jun. Tu yang ada sampai perut boroi ke depan sebab terlebih pikat perut. Ada yang nak bagi jangan suami keluar rumah selalu, katanya wanita kena berhias dan bersolek kat rumah bagi suami tak pandang wanita lain. Lain-lain petua pun ada macam-macam, petua tradisional pun ada, petua sihir menyihir pun ada. Macam-macam cara wanita nak pikat hati suami ni.

Tapi saya rasa kebanyakan wanita sesetengahnya belum begitu memahami sifat-sifat seorang lelaki. Jiwa seorang lelaki. Naluri seorang lelaki. Lelaki ni sebenarnya secara amnya mempunyai sifat-sifat dan naluri yang sama. Baik dia seorang lelaki muda berumur 20an, 30an mahupun yang dah berumur 60an dan 70an. Baik dia seorang kerani, baik dia seorang jurutera, ahli perniagaan, Tan Sri, Datuk, Dato' Seri, Menteri, KSU dan apa sajalah kedudukan dan pangkat yang dia ada.

Seorang lelaki ni mempunyai suatu sifat yang tak akan hilang dari umur kanak-kanak sehinggalah umur ke penghujung hayatnya. Suatu sifat yang takkan hilang sampai bila-bila. Sifat tersebut ialah sifat keanak-anakan. Sifat keanak-anakan ini merangkumi sifat kenakalan, sifat merapu, sifat nak berkawan dan sifat membuat sesuatu yang dilarang. Sifat ini kekal dalam diri seorang lelaki sampai bila-bila dan tak kira apa kedudukannya. Tak percaya cuba intai suami masa dia tengah teh tarik dengan member-member dia. Gerenti 360 darjah turnover dari apa yang dia paparkan kat rumah dan di pejabat. Tan Sri ke Datuk Seri ke...saya pun pernah tengok kelaku keanak-anakan mereka ni..lagi teruk pun ada.

Berbeza dengan wanita yang penuh dengan sifat-sifat kematangan dan keibuan, wanita akan berubah sifatnya bila mereka meningkat umur dan mempunyai tanggungjawab yang berlainan. Sebab itulah bila wanita meningkat umur, perubahan diri dan kematangan fikiran akan membuatkan mereka menjadi kurang mesra dengan suami. Kalau suami nak merapu sikit dengan mereka, mereka kata suami dah buang tebiat dan macam-macam lagi la.

Lelaki ni sebenarnya bila meningkat umur dia perlu dibelai, dimanja lebih lagi dari masa zaman muda dulu. Dia perlukan seorang yang bergelar kawan yang boleh mengikut kemana saja dia nak pergi dan apa saja yang dia nak buat. Sebab itu isteri kena up to date dengan kemahuan suami. Jangan ingat masa muda dulu suami pendiam dan tak bersosial bermakna bila meningkat umur dia masih begitu. Keadaan berubah dan begitu juga sifat-sifat suami.

Kalau ikutkan suami yang mencari wanita lain bukanlah kerana nafsu fizikal sangat. Ianya kerana mereka perlukan companion yang memahami dan sanggup mengikut kemana saja mereka pergi serta dapat menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran. Sebab itu kalau kita tengok Tan Sri ke atau Datuk ke atau sesiapa sajalah yang mempunyai girlfriend, mereka bawa girlfriend mereka jalan-jalan, pergi holiday, shopping... takdenya ada girlfriend tapi untuk nafsu fizikal semata-mata. Banyak masa diluangkan untuk menjadi companion yang dapat melayan mereka dengan mesra, dengan manja.

Untuk itu isteri haruslah mengekalkan bentuk fizikal mereka agar sentiasa seperti dulu semasa suami mengurat mereka dulu. Ini ada yang tak jaga makan, ada yang tak jaga berat badan, berpakaian dan sebagainya. Kadang-kadang di salahkan suami katanya suami juga berpakaian selekeh selepas kahwin. Kenapa? Sebabnya isteri juga tak jaga diri mereka. Cuba kalau bagi suami tu girlfriend..mesti dia berpakaian kemas dan segak 24 jam, perfume penuh satu badan.

Jadi untuk memikat suami, sesekali ajak suami tu holiday berdua, ajak pergi teh tarik malam-malam berdua, pergi tengok wayang berdua ker atau ajak kawan-kawan lain bersama-sama suami mereka pergi in grouping...karaoke ker, hard rock cafe ke, planet hollywood ker, aloha ker, The Loft ke...sekali sekala..janganlah selalu..nanti jemu. Atau kalau tak nak ke tempat macam tu ajak suami berdua-duaan pergi dengar ceramah agama kat Masjid Kg Baru ker, Masjid Jamek. Bila berjalan berdua dengan suami tu, peluk pinggang dia, lentok sikit kat bahu dia, pakai uptodate sikit, jalan macam boyfren dan gefren kata orang tu....

Itu sekadar pandangan saya menurut persepsi saya. Mungkin pada pandangan orang lain berbeda pula persepsinya. Walaubagaimanapun sebagai isteri, andalah yang lebih mengenali suami anda ataupun cuba tanya diri anda betul ke dah 100% kenal atau sebenarnya masih banyak lagi rahsia yang masih rahsia dan kekal rahsia....

Friday, June 15, 2007

eMay ( siRi 8 )

Sehingga petang semalam jumlah sumbangan untuk eMay hanya dari 4 penyumbang sahaja berjumlah RM450. Sasaran untuk mendapatkan sekurang-kurangnya RM1,450 bagi membiayai ekspedisi ini nampaknya masih jauh lagi. eMay cuma tinggal 7 hari sahaja. Penyertaan untuk pergi ke eMay juga nampaknya masih tiada lagi. Harap-harap minggu depan keadaan berubah sikit. Namun pengesahan untuk pergi dan bayaran makanan RM15 seorang sehingga 20hb Jun 2007 iaitu pada hari Rabu minggu depan sahaja. Ini kerana pada hari Khamis itu kita nak bagi duit pada caterer untuk urusan beliau seterusnya.

Maklumat daripada Rumah Anak Yatim Darul Izzah pula bahawa tiada alat permainan samada outdoor atau indoor di situ. Kesian dengar anak-anak yatim tu takde peralatan untuk beriadah. Dah la mereka ni takde siapa yang bawak keluar berjalan-jalan pada hujung minggu atau masa cuti sekolah. Sedih beb. Yang ada cuma 2 biji bola netball sahaja menurut Ustazah di situ. Jadi saya bercadang jika ada sumbangan nanti untuk membelikan sedikit peralatan riadah untuk mereka seperti 2 papan carom, 4 raket badminton, scrabble, monopoly dan lain-lain jika termampu oleh kita nanti. Dah la mereka ni pakaiannya serba kekurangan. Mentang-mentanglah tempat tu di wakafkan oleh calun PAS Ustaz Idris, langsung pihak2 kerajaan ni tak ambik peduli. Memang kejam betul la. Serupa macam yang saya pernah pergi kat Rumah Anak Yatim di Kedah dan Perak pun sama macam ni. Iskh..Iskh.

Jumlah anak yatim dan staff yang akan kita biayai minum petang dan makan malam mereka nanti berjumlah 32 orang. Saya cadang untuk anak-anak yatim tu nak bagi KFC Kids Pack untuk minum petang dan BUDIMAN serta yang lain akan dihidangkan dengan kuih muih dan minuman. Sementara untuk makan malam pula saya rasa antara Nasi Tomato atau Nasi ala kampung lauk Ikan Patin bergantung kepada penyertaan anda semua nanti.

Untuk pertandingan mewarna dan game, kita akan beri cenderahati dan hadiah kepada anak-anak yatim itu. Kita juga akan bagi sehelai T'Shirt dan sehelai Track Bottom kepada anak-anak yatim itu kerana mereka kekurangan pakaian riadah. Selain itu kalau ada lebihan sumbangan, saya juga bercadang nak sedekahkan 10 naskah Al-Quran. Kalau ada sesiapa nak sedekah buku-buku cerita kanak-kanak lama pun elok juga. Pack elok2 dan bawa sekali masa eMay nanti. Pakaian lama pun begitu juga, pack dan bawa sekali pada hari tu nanti. Sebelum tu confirm dulu la nak datang dengan Bilal dengan bayaran makanan, jangan plak nanti mai terkejut lagu tu, susah juga la, tak nak bagi makan karang kata apa plak, bagi makan karang kata apa plak yang lain tu. Sendiri mau ingat la beb.

Kalau ada ramai nak pergi dari KL atau Kuantanl, kan ke seronok jugak tu. Boleh kita buat konvoi ramai-ramai bawak family dan anak-anak tunjuk kat dia orang kesusahan anak yatim ni. Sabtu tu kita kumpul kat Tol Gombak ker, konvoi ramai2 macam pi Pregtahering tu kan seronok buat kerja amal ni. Anyway..jom cepat confirm..sembang banyak2 kat sini pun tak guna jugak kan... kurangkan cakap, mai buat action, Towkey Maidin, Towkey Wire Harness, GM CIMB, GM Maybank, Manager Account Sanyo, GM Proton dan yang lain-lain tu..tunggu bapak apa lagi...mai jom cepat.

Wednesday, June 13, 2007

eMay ( siRi 7 )

Malam tadi lebih kurang jam 8, Bilal ada call memberitahu bahawa setakat ini baru ada 3 penyumbang untuk akaun eMay berjumlah RM400. Untuk catering makanan eMay saya telah berbincang dengan Raman Kerbau dbS untuk beliau menyediakan quotation dan menu makanan yang akan di bekalkan nanti. Saya juga minta tolong beliau untuk berjumpa dengan Ustazah di Darul Izzah minta beliau dapatkan butir-butir lanjut tentang jumlah anak yatim dan staff Darul Izzah yang kita perlu bayarkan untuk makanan mereka nanti. Selain itu saya juga minta Raman untuk dapatkan butiran jika ada keperluan-keperluan lain yang mungkin kita boleh belikan untuk mereka seperti peralatan permainan indoor atau apa saja keperluan penting yang amat diperlukan tetapi tiada di sana. Itupun jika barang-barang tersebut menepati sumbangan kewangan yang kita ada.

Saiz pakaian T'Shirt dan Track Bottom telah saya perolehi dari Bilal untuk anak-anak yatim itu iaitu Saiz L 4, M 5, S 4, XXL 4, XXXL 1, size 37- 2, 36- 2, 32- 1, 30- 1, SS 1. Kita juga ada penderma baju kurung baru dari seorang sahabat kita di luar negeri yang akan di bekalkan melalui Nizaor (penjual baju kurung). Harap Niazor boleh uruskan hal tersebut nanti. AR pula akan menyediakan program untuk pertandingan mewarna dan game untuk kanak-kanak. Mungkin dalam minggu depan jika sumbangan mencukupi bolehlah kita membeli peralatan, barangan dan pakaian yang akan disedekahkan kepada anak-anak yatim itu.

Program kita nanti akan di adakan pada hari Sabtu 23hb Jun bermula jam 2-30 petang. Itupun ianya akan bermula dengan program dari Bilal dan BUDIMAN akan hanya menyertainya pada sessi minum petang sekitar jam 4-30 petang. Pada sebelah pagi tu kalau ada kawan-kawan yang nak tolong atur Golfing Reunion pun elok juga. Boleh kita buat di Maran atau di Temerloh.

Sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan yang budiman dan pemurah yang saya tahu mempunyai simpanan yang banyak di dalam bank-bank amatlah di alu-alukan. Tak dapat sedekah banyak, sedekahlah barang RM10...masukkan je dalam akaun Maybank Bilal (mesin Maybank ni kat Petronas Petrol Pump pun ada) ..lepas tu sms je kat Bilal...kalau rasa malu pasal sedekah RM10... pakai telefon anak sms kat Bilal (supaya nombor telefon tu Bilal tak dapat kesan)..ataupun dah sedekah RM10 tu..takyah sms pun takpe...kira niat nak sedekah kan. Kalau ikutkan jumlah pengunjung blog ini ada dalam 200 orang atau lebih lagi. Kalau 200 orang sedekah RM10 pun dah dapat RM2,000. Tulah, kalau kita semua bersatu hati, yang kecil boleh menjadi besar dan banyak manfaat yang boleh diperolehi.

tOpiK riNGan taPi beRat: GeJaLa taKUt biNi

Mata saya ni tak mahu lelap pulak lagi. Mungkin sebab dah dekat seminggu tak pukol bola golf dan badan jadi tak letih sangat. Tambah pula lepas kenduri hari Ahad tu saya mendapat demam selsema pula dan terpaksa berehat. Ni agaknya pasal dah terlampau cukup rehat, dah tak boleh tidur pulak. Nak tengok Golf Channel, di siarkannya BC Open yang dah saya tengok baru-baru ni. Jadi saya pun buka lah laptop ni mengarang-ngarang apa yang terfikir di kepala.

Gejala takut bini ni sebenarnya banyak berlaku di kalangan kawan-kawan lelaki. Ada yang kata bukan aku takut bini tapi sebenarnya bini tak takut aku dan macam-macam lagi. Berbagai ragam dan cara sebenarnya masing-masing menangani masalah rumahtangga masing-masing terutama cara nak handle bini.

Ada yang kata bukan aku takut bini tapi malas nanti bini aku bising-bising. Tu pun sebenarnya takut bini lah sebab takut bini bising. Ada yang kata sebab dah tua-tua ni malas nak bergaduh dengan bini. Tu pun takut bini jugak lah sebab takut bergaduh dengan bini walaupun atas perkara yang betul dan sahih. Takut kat bini.

Ada yang takut bini sampai nak keluar ngeteh dengan kawan-kawan pun tak boleh. Ada yang takut bini sampai nak balik jauh malam sekali-sekala pun tak boleh. Ada yang takut bini sampai nak berkawan pun kena ikut cakap bini. Nak keluar rumah pun kena ikut cakap bini. Nak main golf pun kena mintak kebenaran bini. Nak jumpa rodong pun kena tanya bini dulu. Macam-macam kes orang takut bini ni.

Ada kawan saya pernah cakap... apa yang dia buat, kalau dia beritahu bini dia, sebenarnya dia cuma inform bini dia saja, bukan untuk minta kebenaran bini, bini suka ke atau tak suka ke..itu hak dia... sebagai suami dia tak perlukan kebenaran isteri untuk melakukan sesuatu perkara. Kata kawan saya lagi kalau dia call isteri dia untuk beritahu dia balik lewat, dia cuma beritahu.. "I'm going out with my friends tonite at Concorde Hotel and I'm gonna be late." Kalau bini dia kata jangan lewat sangat balik dan dia akan jawab " I'm telling you not to get a permission but just to inform you, so I've already told you that I'm late."

Gejala takut bini ni sebenarnya saya rasa salah satu sebab adalah kerana masing-masing iaitu suami dan isteri tidak tahu tanggungjawab dan hak masing-masing mungkin kerana terlampau banyak pendedahan akibat dari pengaruh modenisasi dan lain-lain lagi. Zaman dulu rasanya seperti di zaman Sultan Melaka dulu jarang kita dengar gejala takut bini ni. Tapi kalau dah sampai nak jumpa kawan pun kena tanya bini, nak buat sesuatu pun kena tanya bini, nak keluar malam pun kena tanya bini pada saya itu dah melampaui batas. Nak derma anak yatim pun kena tanya bini..lagi melampau.

Dalam Buku Alamat As Saa'ah tulisan Al Hafiz Imam Ibn Kathir mukasurat 10 di bawah tajuk Bencana Yang Akan Menimpa Umat Islam di Akhir Zaman ada tertulis :

Dari Ali bin Abi Talib, Rasulullah bersabda " Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka azab akan menimpa mereka" Salah satu antara 15 perkara itu ialah : Lelaki mentaati isterinya dan mendurhakai ibunya. Jadi marilah kita semua termasuk diri saya beringat ke atas pesanan Rasulullah seperti diatas.

Gejala takut bini ni sepatutnya tiada dalam diri seorang suami. Perasaan takut kepada isteri tidak boleh ada di dalam hati. Isteri mestilah dididik dan tahu hak dirinya sebagai seorang isteri. Jangan lah sampai kita nak buat apa saja semuanya kena tanya isteri dulu, atau pun tak boleh nak melakukan sesuatu perkara kerana takut di marahi isteri. Kalau seorang suami sudah hilang kekuasaan sebagai khalifah kepada rumahtangganya, apa lagi kehormatan dan maruah yang ada dalam dirinya. Apatah lagi kalau nak bernikah satu lagi..... nak keluar ngeteh dengan rodong pun kena minta kebenaran bini...

Tuesday, June 12, 2007

eMay - Ekspedisi Meraikan Anak Yatim ( siRi 6 )

Pada hari Ahad lepas Bilal ada menghantar sms membuat rayuan untuk kutipan sumbangan eMay daripada kawan-kawan semua. Setakat malam tadi (Isnin 11hb Jun 2007) jam 8-00 malam, cuma ada 2 penderma sahaja dengan kutipan sebanyak RM300. Bilal menjangkakan mungkin boleh mendapatkan sekitar RM500 dari sumbangan kawan-kawan. Itu jumlah untuk sumbangan manakala kawan-kawan yang nak menyertai eMay ke Temerloh masih tiada lagi.

AR telah saya hubungi dan beliau menyatakan kesediaan untuk mengendalikan program bersama-sama anak-anak yatim nanti.

Kita masih lagi kekurangan sumbangan yang kita anggarkan berjumlah RM1,450 untuk membiayai eMay ini dan saya benar-benar berharap kita semua dapat menyumbang sedikit seorang bagi menampung eMay itu nanti. Ini lah peluang untuk kita beramai-ramai membuat sedikit amal kebajikan secara terus dengan anak-anak yatim. Saya rasa kawan-kawan yang terdiri dari ahli-ahli korporat seperti Towkey Mydin, Towkey Kilang Wire Harness, Kontraktor Kelas A Kuantan, Usahawan di Maran, usahawan-usahawan dan kawan-kawan yang berjawatan tinggi seperti di Proton, CIMB, Maybank, Sapura, Sanyo, Nestle, kawan-kawan yang bekerja kerajaan yang baru menikmati kenaikan gaji dan kawan-kawan lain lagi mungkin boleh membantu. Sedekahlah sikit untuk anak anak yatim yang memerlukan. Tak dapat sedekah banyak sedekahlah RM10 pun takpe. Takkan nak tunggu Cikgu Murni mai baru nak bagi kot macam Haji Bakhil.

Maklumat akaun eMay seperti di bawah :

Penama Akaun : Azmi Abu Bakar (Bilal)
Bank : Maybank
No Akaun : 101254011503
Tel : 013-9864049

Monday, June 11, 2007

aNak kLa2




Kla-Kla atau Shamsul Amri DBS ada menghantar e-mail memberitahu bahawa isteri beliau telah selamat melahirkan anak ke 4 iaitu lelaki yang telah dinamakan Iman Hardy Adruce pada 18hb Mei 2007. Dia pun ada menyertakan foto anaknya itu untuk tatapan kawan-kawan semua.

mAi maKaN keNDuRi 2


Ahad lepas telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan adik SK Mohd Noorkhairi dengan Zati Hulwani di Dewan Perkasa, Masjid Imam Ash Shafie, Taman Maluri, Kuala Lumpur. Majlis menyambut kedua pengantin yang tiba dari Seremban telah berlangsung dengan meriahnya. Saya dan SK yang bertindak sebagai penyambut kepada rombongan pengantin dari Seremban telah tiba bersama pengantin di Dewan Perkasa lebih kurang jam 1-30 tengahari.

Beberapa kawan-kawan BUDIMAN turut hadir seperti Kudin Mekanik dan Lan Kentei sekeluarga. LK dan Jun tiba agak lewat pada kira-kira jam 4-00 petang semasa majlis telah tiba ke penghujungnya. Namun begitu mereka sempat juga dihidangkan dengan nasi minyak kenduri.

Beberapa kawan-kawan SK juga telah menghadiri majlis tersebut seperti novelis terkenal Noor Suraya bersama suami, Anis Ayuni bersama suami dan rakan-rakan blogger.

Anyway terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi hadir memeriahkan majlis perkahwinan tersebut.

Friday, June 08, 2007

eMay

Sedikit berita pasal eMay, Bilal ada memaklumkan kepada saya bahawa surat rasmi untuk mengadakan eMay telahpun di sampaikan kepada Pengetua Darul Izzah dan tarikh 23hb Jun 2007 telahpun dipersetujui. Jumlah anak yatim yang akan diraikan adalah seramai 25 orang pertambahan 2 orang dan 8 darinya terdiri dari pelajar sekolah menengah dan selebihnya seramai 17 orang pelajar sekolah rendah, kesemuanya perempuan. Kita juga telah mendapatkan confirmation dari sahabat kita (yang tidak mahu dikenali) yang akan menyumbang wang bagi membeli sehelai baju kurung baru yang akan dibekalkan oleh Rozain( penjual baju kurung). Bagaimanapun kita masih mengharapkan sumbangan kawan-kawan untuk lain-lain perbelanjaan (lihat artikel eMay yang lepas) berjumlah RM1,450 untuk membiayai eMay ini dan harap kawan-kawan semua sudi menghulurkan sumbangan. Untuk acara permainan dan pertandingan mewarna, saya minta AR jika tidak keberatan untuk mengendalikan acara tersebut dan harap dapat AR menghubungi saya. Saya rasa mungkin kalau ada kelapangan dapat kiranya kawan-kawan yang ingin menyertai eMay ini untuk mengadakan perbincangan dalam satu sessi teh tarik sekitar minggu depan supaya kita dapat menguruskan beberapa perkara dengan lebih lancar. eMay hanya tinggal kira-kira 2 minggu sahaja lagi dan harapan saya agar semuanya dapat berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Sedikit fakta eMay seperti dibawah :

Tarikh : 23hb Jun 2007
Masa : 2-30 petang
Tempat : Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Jalan Maran, Temerloh, Pahang.
Peserta : Anak Yatim seramai 25 orang kesemuanya perempuan berumur antara 8-14 tahun.

Aturcara program :
2-30pm : Ceramah Motivasi oleh Bilal kepada anak yatim
4-30pm : Solat Asar dan Minum Petang ( Anak Yatim dan BUDIMAN )
5-15pm : Pertandingan Mewarna dan Permainan
6-30pm : Berhenti rehat dan bersedia untuk Solat Maghrib berjemaah
7-15pm : Solat Maghrib berjemaah
7-30pm : Penyampaian Hadiah dan Sumbangan
8-15pm : Solat Isyak berjemaah
8-45pm : Jamuan Makan Malam

Penyertaan setiap individu yang ingin menyertai adalah RM15 untuk Jamuan Makan Malam dan Minum Petang. Kita memerlukan sebanyak RM1,450 untuk membiayai program ini yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan sedekah kawan-kawan semua. Sumbangan sedekah dan penyertaan eMay bolehlah disalurkan :

Penama Akaun : Azmi Abu Bakar (Bilal)
Bank : Maybank
No Akaun : 101254011503
Tel : 013-9864049

mAi maKaN keNDuRi

Saya dan SK dengan sukacitanya menjemput kawan-kawan semua ke Majlis Perkahwinan adik SK yang ke4 iaitu Mohd Noorkhairi Mahmud dengan Zati Hulwani seperti berikut :


Tarikh : 10hb Jun 2007
Masa : 12tgh - 4 ptg
Tempat : Dewan Perkasa, Masjid Al-Imam Ash Shafie, Jalan Perkasa, Taman Maluri, KL


Harap mana-mana kawan-kawan yang kelapangan dapat hadir. Saya dan SK hari tu akan menjadi penyambut untuk rombongan pengantin perempuan dan membawa mereka ke rumah persinggahan dan seterusnya membawa mereka ke Dewan Perkasa untuk majlis persandingan. Jadi saya dan SK mungkin akan lewat sikit berada di Majlis Kenduri tu, maybe dalam pukol 1 kami sampai di situ. Apa-apa pun datanglah kalau kelapangan, no hal punye.

Tuesday, June 05, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Musim cuti sekolah ni ramai kawan-kawan bercuti balik kampung kerana kenduri saudara mara atau adik beradik kahwin. Saya pun balik kampung ke Temerloh pada hari Sabtu lepas dan sempat pergi kenduri di Paya Pulai.

Ummi sekeluarga khabarnya bercuti ke Kuala Lumpur dan sempat bertemu Jun dan LK sekeluarga pada hari Ahad lepas di Gombak. Raman pula balik kampung sebelah ayahnya di Kuala Terengganu seminggu kerana sepupu beliau kahwin. Apamz pula pada Ahad lepas balik kampung sebelah mertuanya di Luit, Maran. Miza dan bertambah sihat sedikit dan Miza ingin berjumpa dengan ayahnya di kampung.

Program eMay pula insyaallah akan di adakan pada 23hb Jun 2007 ini dan saya sempat berbincang dengan Raman bagi urusan catering makanan.

Saya dan SK pula akan menghadapi minggu yang sibuk dari Khamis hingga Ahad ini kerana adik SK akan melangsungkan perkahwinan. Bermula pada hari Khamis ini dengan kenduri akikah anak saudara SK, Jumaat malam upacara akad nikah di Seremban, Sabtu kenduri sebelah pengantin perempuan di Seremban dan Ahad kenduri sebelah pengantin lelaki di Kuala Lumpur. Kami menjemput semua kawan-kawan dan insyaallah, malam nanti saya akan siarkan kad undangan secara rasmi dalam blog untuk mengundang semua kawan-kawan nanti.

Monday, June 04, 2007

MajLiS uLaNgTaHuN kE 2 KaKi nOVeL & PeLaNcARaN nOVeL TeRbaRu KaKi noVeL



Baru-baru ini SK mendapat jemputan dari Kaki Novel Enterprise ke majlis menyambut ulangtahun Kaki Novel Enterprise yang ke 2 dan juga pelancaran novel terbaru karya Izzul Izzati berjudul Ku Seru Kasih Mu. Kedua-dua majlis ini di sambut serentak dan di adakan di Pusat Persidangan dan Penginapan Anjung Rahmat. Novel Ku Seru Kasih mu ini merupakan novel kedua Izzul Izzati terbitan Kaki Novel. Novel pertama beliau ialah Bukan Cinta Biasa.


Pada 17 Jun nanti jika tiada apa-apa halangan insyaallah SK akan menghadiri majlis tersebut. Wah terujanya nak pergi sebab dah dapat green light dari kida ngeeee...

*kuarkan sume2 baju dari wardrobe* mmmhh nak pakai yang mana satu ek? *catwalk depan cermin* yes! amik yang nilah merah putih.

Saturday, June 02, 2007

sELaMat bERpeKSa Lk

Semalam banyak ucapan Selamat Ulangtahun yang saya dan SK terima dari kengkawan. Terima kasih saya dan SK ucapkan. Lan Kentei pun ada sms kepada saya semalam semasa beliau tengah study kat Library Shah Alam untuk menghadapi peperiksaan semester beliau. Lan Kentei ni tengah ambil Master Business Administration kat UIA. LK ni memang kuat study dari dulu lagi masa ambil DIA kat UiTM. Anyway selamat berperiksa kepada LK dan sepanjang berperiksa ni harap Jun masak sedap-sedap sikit supaya cik Abng LK boleh jawab peksa dengan lebih baik lagi.

eMay - Ekspedisi Meraikan Anak Yatim


Semasa di Kuantan baru-baru ini sempat berbincang dengan Bilal dan kawan-kawan yang lain seperti Puis, Antu, Joe Malady dan Apamz berkaitan rancangan untuk mengadakan eMay. Setelah berbincang maka eMay akan dilaksanakan pada 23hb Jun 2007 iaitu pada hari Sabtu. Program yang akan di buat adalah seperti berikut :

Tarikh : 23hb Jun 2007
Masa : 2-30 petang
Tempat : Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Jalan Maran, Temerloh, Pahang.
Peserta : Anak Yatim seramai 23 orang kesemuanya perempuan berumur antara 8-14 tahun.

Aturcara program :

2-30pm : Ceramah Motivasi oleh Bilal kepada anak yatim
4-30pm : Solat Asar dan Minum Petang ( Anak Yatim dan BUDIMAN )
5-15pm : Pertandingan Mewarna dan Permainan
6-30pm : Berhenti rehat dan bersedia untuk Solat Maghrib berjemaah
7-15pm : Solat Maghrib berjemaah
7-30pm : Penyampaian Hadiah dan Sumbangan
8-15pm : Solat Isyak berjemaah
8-45pm : Jamuan Makan Malam

Kita bercadang untuk menyumbang sepasang pakaian sukan kepada 23 orang anak yatim tersebut. Disamping itu kita juga ada penyumbang sepasang baju kurung baru dari seorang penderma dari kawan BUDIMAN kita. Selain itu pakaian-pakaian lama jika ingin disumbangkan oleh kengkawan bolehlah dibawa sekali pada hari itu dan eloklah dibungkus elok-elok. Kita tidak akan mengadakan collection center dan harap kepada kawan-kawan yang ingin menyumbang pakaian lama dapat datang sendiri menyertai program ini.

Kita juga akan mencari kewangan bagi membiayai pembelian 23 pasang baju sukan yang saya kira berjumlah lebih kurang RM700. Kita juga akan membiayai sedikit hadiah untuk pertandingan mewarna dan permainan lebih kurang RM300. Kita juga akan membiayai kos makanan iaitu untuk minum petang dan Jamuan Makan Malam yang saya anggarkan untuk seramai 30 orang (anak yatim dan staff di situ) berjumlah RM15 sekepala bermakna lebih kurang RM450. Ini bermakna lebih kurang RM1,450 haruslah diperolehi untuk membiayai program ini. Insyaallah rasanya kawan-kawan BUDIMAN akan menyumbang untuk anak-anak yatim ini. Jika ada lebihan sumbangan mungkin kita akan membuat sumbangan tunai kepada anak-anak yatim tersebut.

Kepada kawan-kawan BUDIMAN yang ingin menyertai harap dapat memberitahu seawal yang boleh kerana bagi kawan-kawan BUDIMAN perlu membayar untuk makanan iaitu RM15 sekepala juga. Oleh itu sila nyatakan jumlah ahli keluarga yang akan hadir dan harap dapat membuat penjelasan bayaran terlebih dahulu kerana kita akan berurusan dengan pihak caterer yang akan menyediakan makanan tersebut. Penyertaan dan bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 20hb Jun 2007 sebelum jam 5-00 petang.

Insyaallah, walau macam mana pun sambutan kawan-kawan BUDIMAN, program ini akan tetap dilaksanakan, tidak kiralah jika tiada sumbangan sekalipun akan tetap saya usahakan juga untuk berjaya. Bila mengetahui bahawa anak-anak yatim tersebut terbiar tanpa peruntukan kerajaan dan tidak mempunyai pakaian yang mencukupi, rasanya menjadi tanggungjawab yang wajib untuk mencarikan keperluan mereka itu.

Segala sumbangan untuk eMay ini bolehlah disalurkan menerusi akaun seperti dibawah :

Penama Akaun : Azmi Abu Bakar (Bilal)
Bank : Maybank
No Akaun : 101254011503
Tel : 013-9864049

Sila call atau sms kepada Bilal selepas anda membuat sumbangan. Pembayaran untuk penyertaan dan makanan ahli keluarga juga sila gunakan akaun yang sama seperti diatas dan sila maklumkan kepada Bilal melalui call atau sms jumlah ahli keluarga yang menyertai dan jumlah bayaran yang telah dibuat.

Friday, June 01, 2007

teRiMakaSih daRi aPaMZ

Apamz ada menghantar e-mail kepada saya semalam untuk memberikan ucapan terima kasih kepada kawan-kawan BUDIMAN yang telah menunjukkan sikap prihatin kepada beliau sekeluarga.

Assalamualaikum semua,
Setelah sekian lama, baru hari ni aku dapat gi cc untuk menjenguk-jenguk kat kita punya blog. Aku sangat terharu dan berterima kasih atas keprihatinan serta sokongan dari kawan kawan semua. Tak sangka begitu sekali luasnya liputan terhadap masalah aku terutamanya masalah yang menimpa wife aku baru baru ni.

Untuk pengetahuan semua keadaan wife aku sekarang ni, beransur ansur pulih dari sehari ke sehari, walaupun kelihatan sekarang dia tak sekuat sebelumnya. Dah boleh makan bubur kosong dan menjamah nasi sedikit demi sedikit, makanan pejal yg lain belum berani lagi, alhamdulillah, harap ia berterusan meningkat dari hari ke hari, tiubnya pun dah cabut setelah habis tempoh antibiotiknya.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih, kepada semua kawan kawan Budiman yang amat budiman yang tak henti henti memberi sokongan dikala aku ditimpa masalah, Panggilan telefon tak henti henti diterima dari sahabat semua memberi sokongan moral, ada yang call tengah malam, yang call dari oversea pun ada, bagi semangat supaya aku terus tabah menghadapi semua ini. Yang datang melawat kat hospital Ummi & Abg Nu, Rozain, Man Gelap (meekari dia best) , Antu (yg tolg settlekan hospital bill),...sape lagi.. ye. Ramai juga yang bagi sumbangan dari segi kewangan, walaupun berat aku nak terima. Yang buat aku terharu jugak, yang menghulurkan bantuan tu masa kat ITM dulu tak pernah pun bertegur sapa tapi masih sudi membantu (banyak pulak tu). Belum lagi cerita yang datang ziarah ke rumah, dgn membawa bermacam macam buah tangan, bukan itu sahaja, siap dengan tolong kemas rumah aku yang berselerak tu... Kida/Anim & family, Kitang/Lily & family, Ummi dan anak, sorrylah dengan layanan yang tak seberapa di rumah hari tu, Apalah nilainya iceblended 5 6 cawan dengan ingatan serta sokongan dari korang semua. Tak lupa juga yg berusaha Bilal & family yang susah payah dapat mengumpulkan sebilangan sahabat untuk solat hajat, Wakil pioneer iaitu slumber sr, zul jengka, sheena & norma (DSS)yang datang kerumah waktu aku berniaga kat tmn tas then pegi pulak ke taman tas semata mata nk bagi sokongan moral dan sedikit sumbangan, Kla-Kla, Charlie Coy, Ucin Moh, Pyan yang call dr oversea, Walid yg kabo nk balik tp tak balik2, Kentei, Puis, Joe Malady, Zaibu, Fatimah & Mohaideen, Bob, Donna, ASP Mail Rozi, Tg Wazwan (yg tolong doakan depan Kaabah) dan ramai lagi la, tak dpat aku sebutkan nama satu persatu, sorryla klau tak tersebut nama. (macam ucapan menang award pulak ni....:-))

TERIMA KASIH sahajalah yang mampu aku ucapkan, semuga ALLAH SWT sahajalah yang dapat membalas segala budi baik korang semua.

aNNiVeRSaRy gUA La beB

Hari ini 1hb Jun 2007 adalah Hari Ulangtahun ke 16 perkahwinan gua dgn SK. So hari ni SK cuti, anak-anak cuti sekolah dan gua pun cuti jugak la. Golf, Socializing semuanya kena cancel. Takde plan anything big tapi maybe ada some activities pada sebelah petang sampai ke malam. Sarah and Aimin ada bagi present to me and SK. Sabtu insyaallah balik Temerloh sebab adik-beradik ramai balik kerana cuti sekolah dan bolehlah budak-budak berjumpa dengan bapa dan mak saudara dan sepupu-sepupu serta Tokki, Nenek dan Moyang mereka.