Wednesday, December 20, 2006

peRBinCaNGan seCaRa iLmiAH : fORum

Saya ada satu cadangan di sini iaitu untuk mengadakan satu topik yang akan diperbicangkan secara ilmiah dengan pandangan dan pendapat dari kawan-kawan semua. Kiranya macam forum lah seperti yang ada di beberapa website yang lain-lain tu. Tajuk akan saya berikan atau maybe kawan-kawan juga boleh cadangkan kepada saya. Tajuk tersebut boleh berkisar dari isu-isu semasa, masalah-masalah kehidupan atau apa saja yang dirasakan sesuai untuk di bincangkan di sini. Saya harap perbincangan ini dapatlah di jalankan secara rasional, ilmiah dan tidak emosional. Kalau boleh perbincangan tersebut janganlah terlampau merapu kerana dari perbincangan tersebut mungkin akan terhasil satu idea atau kesimpulan yang boleh membawa pengajaran, manfaat dan panduan kepada kita semua. Pendapat dan pandangan terhadap sesuatu tajuk itu bolehlah di berikan didalam ruangan komen di bawah artikel tersebut.

Sebagai percubaan saya berikan satu tajuk agar dapat di perbincangkan antara kita semua dengan pandangan dan pendapat yang bernas daripada anda semua. Tajuknya ialah :

KENAPAKAH SEBILANGAN BESAR PENGUNJUNG BLOG INI ADALAH KAKI SKODENG SAHAJA TANPA INGIN MENGENALKAN DIRINYA ATAU BERHUBUNG SEMULA DENGAN KAWAN-KAWAN LAMA MEREKA ATAU TIDAK INGIN ORANG TAHU LATARBELAKANG TERKINI TENTANG DIRINYA. BAGAIMANAKAH MENARIK KAKI SKODENG INI AGAR TAMPIL BERKAWAN DENGAN KITA SEMULA SEPERTI DULU.

13 comments:

mat dwan said...

imfereriority complex..
atau kurang yakin pada diri dimana beliau merasakan kawan-kawan lain lebih berjaya dalam hidup seperti kerjaya dan harta kemewahan... Maklum saja sudah 20 tahun membawa haluan masing-masing tentu ada cerita2 yang terlipat didalam sejarah hidup masing2.

Kla said...

ape ke name komplek yg mat dwan sebut tu, pertama komplek, komplek teruntum... betul juge tu. mungkin juga faktor masa, maklumlah kita sekarang berbeza kerjaya dan cara hidup seharian. Dulu semua jumpa kak zah atau fauzi (kalau x silap). tapi bagaimanapun, kalau setakat telefon atau post something kat sini, x kan x buleh kot...

normah said...

Ade ler tanya 2 orang apasal tak nak join atau bg info..katanya seganlah sebab bila intai kat blog tu seme bukan gang yang mereka tak brp kenal so malulah kata mereka..malu tapi mau.....tu dok skodeng je tu..bab tak menyinggah kat gerai taman gelora plak pasal kadang tu tak ada citer nak sembang so dok pakat skodeng citer org je la...

Slambe Jr said...

secara ilmiahnya, sesiapa yang tak ada citer nak sembang, masuk dulu dlm c-box. Lepas tu chatters lain akan menggunakan kemahiran masing2 utk membuat anda bersembang. Itulah yg diamalkan oleh walid, niazor, SK dsb. Mereka ni belajar dari karam singh walia skill tu.

kida said...

Kalau sebab "bukan gang', sebenarnya saya dengan Bulu, Lan kentei, Kitang, FG, Slambe, Dona..dan banyak lagi lah..seme tu masa kat ITM saya jarang atau tak pernah bertegur sapa pun dan tak pernah gang pun..tapi kini seme tu dah jadi best fren saya...Saya rasa inilah peluang terbaik di sini di masa ini untuk mengenali lebih dekat apa-apa yang pernah kita tertinggal untuk lakukan masa di ITM dahulu iaitu "mengenali semua kawan-kawan kita di ITM dulu"

abang amid said...

yo testng

Lan Kentei said...

Salam to all permanent/regular chat box friends as well as all the Skodengers yg malu2, segan2 or on whatever reasons, not being able to go online, stopping by @ the Gerai Tmn gelora.. I believe it is kind of simple & straight forward, why this blog comes into our life or comes about into picture, that is; to rebridge our relationship, for those of us who knew each other pretty well during those days when we were all in UiTM Phg.. Anddddddd, to provide the rooms to whoever you are, the citizen of UiTM Phg those days or even newly registered with UiTM Phg, to share your thoughts/ideas/academic point of views/biz point of views & all other necessary & equivalent matters for our self development & progress in life, pls feel free to come aboard.. Kindly set aside your "small self" or your "too BIG self" for you to be able to be with the others in this blog.. The simplicity is this, "talent & effort are nothing without FOCUS & DETERMINATION".. Pls focus on the objectives of this Blog then.. So,to all my friends out there, pls come aboard & share with us to prosper our life & to hand over our collective BIGGGGGG hands to the needy ones.. I do agree with Lan Kida, this Blog & the chatbox do serve to get us together again regardless of who & where we are now..
Regards to all... :-D

LAN KENTEI aka LAUGHING HORSE & JUNE( my wife who was previously didn't know and didn't come into the picture at all those days.. Alhmdllh currently, she's 1 of the regulars in this blog via the chatbox.. Why??? To update me while I'm busy at work finding the REZEKI for the family.. She said, it's wonderful to be a part of this Blog & wish to make & meet more friends via this mode of communication which is very simple, short & precise..)

pyan said...

lan..tergeliat lidah aku membaca ulusan kamu.....suka aku nengok gambo kamu masa muda2 dulu...teringat zaman tunjuk buckle..shhhhhhh.....hehehehhe....

ZM said...

koi setuu dengan mat dwan. Tapi kadangkala kita kena lihat kesalahan kita sewaktu chat @ artikel @ komen yg adakala boleh membuat member lama rasa terluka dan rendah diri..

LaN KidA said...

Rasanya at our age ni kita have to be more wiser in our thinking... life begin at 40 bermakna kita harus memulakan hidup dgn daya fikiran yang baru yang telah lengkap kedewasaannya, sanggup menerima open criticsm, tidak mudah tersentuh dgn pendapat dan pandangan org lain, menerima pandangan dengan hati terbuka, bersikap lebih positif dan yang penting sekali bertindak dengan lebih matang. Sifat-sifat tidak matang seharusnya sudah tiada lagi dalam kamus hidup kita atau kita cuba buangkan jauh-jauh kerana anak-anak kita menjadikan kita role model mereka. Kalau bapak sendiri cepat terluka, tersentuh, saya rasa anak-anak juga akan mengikut perasaan macam tu...

Dan seharusnya apabila kita sudah mencapai umur sebegini, perasaan rendah diri untuk berjumpa orang lain, segan berhubung dengan kawan lama sudah tidak ada lagi kerana kalau kita rasa begini maknanya orang yang kata dirinya rendah diri ni, sebenarnya mempunyai sifat nak menunjuk-nunjuk kepada kawan-kawannya barulah dia rasa tak rendah diri untuk berjumpa orang. Maknanya dia rendah diri kerana dia kekurangan..jadi kalau dia lebih dari orang lain baru dia tak rendah diri, maknanya kalau dia boleh menunjuk2 kat org lain baru dia tak rendah diri... sebab itu saya kurang faham kalau org kata rendah diri nak berjumpa sesama manusia.

Sifat rendah diri tak seharusnya ada sesama manusia kerana sifat rendah diri sepatutnya hanya untuk Allah swt sahaja. Manusia hanya merendah diri kepada Allah swt sahaja dan bukan merendah diri kepada manusia lain.

SK said...

Kentei...Wah speaking London nampak!

Kida...Allow me to put my thought in english...*wink*

Pian...hopes when you read this...won't twist your tounge again...hiks!

I believe everyone does agree that frienships are important and part of life.

I guess people who have inferiority complex (mentioned by mat dwan) is because we devalue ourselves and feel that we don't have much to offer!

I agreed with LK...put aside your egos and inferiority complex and take this opportunity to build back friendship by regularly visit this blog and STAY CONNECTED! (sounds like nokia's motto huh!)hehehehe...

p/s if friendships mean a lot to you, make sure you put forth the effort to stay in touch. You'll probably regret it a few years down the road if you don't.....

Slambe Jr said...

seusia kita ni jgnlah sensitif sgt. mmg ada ckp sesedap rasa samada sengaja atau terlepas ckp, tapi masih tetap kwn2 kita. bak pepatah, mana yg terluka, kita tulis di pasir pantai. Bila angin kemaafan bertiup, ia akan lenyap. mana2 yg membuat kebaikan atas kita, kita pahat di atas batu. biar angin atau taufan dtg, ia tetap terpahat disitu. apalah nak berkira sgt, mungkin satu hari kita atau anak kita akan memerlukan pertolongan kwn2 lain..

walid said...

same like walid.....i don know skipping London...so....who cares.....if u r my fren...u r my fren...tarak kira apa u punya tpt duduk.....heee

kita ni satu jer...manusia....tau asal usul..syukur n alhamdullilah.