Thursday, December 21, 2006

kUDin meKaNiK




Aku pun tak tahu apa nak tulis hari ini sebab banyak hal yang aku kena selesaikan tetapi pada tengahari semalam aku sempat jugak singgah kat workshop Kudin DBS di Taman Jasa, Selayang. Sempatlah jumpa Kudin yang tengah sibuk membaiki beberapa buah kereta. Nampaknya sakit beguk yang dialami oleh beliau beberapa minggu yang lalu telah pulih sepenuhnya. Kepakaran Kudin dalam membaiki kereta nampaknya bukan terhad kepada kerosakan-kerosakan kecil tetapi kepada kerja-kerja penukaran enjin atau upgrade enjin pun boleh di lakukan oleh Kudin. Semalam Kudin kata Apek pun ada datang baiki kereta di tempat dia. Sementara kereta Syed Hamid Mazda Astina aku tengok dah lama berlapuk kat bengkel Kudin tu. Dengar cerita Kudin kata Syed Hamid nak jual kereta tu. Kalau kawan-kawan nak cari kereta-kereta secondhand pun Kudin kata dia boleh tolong uruskan, begitu juga urusan insuran dan roadtax kereta serta urusan pinjaman kenderaan dengan pihak bank. Pendek kata segala urusan berkaitan kereta boleh dilakukan di bengkel Kudin di Selayang ini, jadi kengkawan semua yang duduk berdekatan bolehlah berkunjung ke bengkel tersebut sambil bantu kawan-kawan. Kalau kereta rosak tengah jalan call Kudin at 012-3909591.

4 comments:

Anonymous said...

Steady kudin.... Tapi sebenornye lame dah kudin ni berjinak2 dgn dunia mekanik ni, rase aku dlm thn 2000 dulu dia ade offer aku kalau nak tukar brek belakang kete aku guna disc brake, tapi aku kate tak payah leee... sbb kete aku tu charade aura je, bukannye laju sgt... pakai drum brake pun kira ok laa... Anyway, selamat maju jaya...

LaN KidA said...

Aku lupa nak beritahu..tadi Kudin call beritahu nama bengkel dia kat Taman Jasa tu..Bengkel SIMA ( siang malam)..sesuai dengan perkhidmatan yang ditawarkan selama 24 jam khas kepada kengkawan sahaja... Aku berani gerenti harga adalah amat berpatutan dan tak boleh didapati dimana-mana bengkel lain di Malaysia... betul wa cakap lu

Anonymous said...

betoi Kida.. koi bukan nyer nak promo gak.. tapi itu laa.. Kedeng punya harga reasonable and affordable.... utk rodong2 yg di sayangi

Anonymous said...

Selamat Maju Jaya Kudin... Semoga usaha2 murni anda diberkati Allah., Kalu koi nok tuko Iswara jadik Ferari boleh...? hehehheh