Saturday, August 30, 2008

bReakiNg neWS 3 - apAMz

Miza telah selamat melahirkan baby perempuan sebentar tadi ( waktu yang tepat belum dapat disahkan dengan Apamz lagi ). Kedua-dua emak dan baby di beritakan dalam keadaan selamat dan sihat. Syukur alhamdulillah, dapat juga Apamz dan Miza baby perempuan untuk jadi penyeri keluarga mereka. Ummi sekeluarga serta Kitang sekeluarga dalam perjalanan semasa artikel ini ditulis untuk menziarahi Apamz dan Miza serta Baby Merdeka di HTAA pada lewat petang nanti. Terima kasih atas keprihatinan sebilangan kengkawan budiMaN dan doa yang dipanjatkan sehingga semua ini berjalan dengan selamat dan sejahtera. Insyaallah, berita lanjut akan terus disiarkan apabila gambar dan informasi terkini di perolehi.

bReakiNg neWS 2 - apAMz

Sebentar tadi Apamz ada sms kepada saya memberitahu bahawa Miza, insyaallah akan bersalin dalam pukol 2 petang nanti. Semoga semuanya dipermudahkan, selamat dan sihat. Harap kengkawan semua dapat mendoakan untuk Apamz dan Miza sekeluarga.

bReakiNg neWS - apAMz

Kira-kira jam 12-30 tengahmalam tadi Apamz ada sms saya memberitahu bahawa Miza, isteri beliau telah di masukkan ke HTAA sebentar tadi dan kira-kira jam 1-30 pagi tadi, Apamz mengesahkan bahawa Miza akan bersalin dalam masa terdekat ini. Namun sehingga artikel ini ditulis, masih tiada lagi khabar terbaharu dari Apamz. Ummi pun ada sms kepada saya kira-kira jam 2-30 pagi memberitahu bahawa beliau telah mendapat berita tersebut dan akan menziarahi Apamz pagi ini. Apamz juga meminta kawan-kawan mendoakan agar Miza dan baby yang akan di lahirkan nanti selamat, sihat dan dipermudahkan. Sama-sama kita tunggu kelahiran BABY MERDEKA Apamz.

Thursday, August 28, 2008

beRitA aPaMZ

Pagi tadi Apamz ada menelefon saya untuk memberitahu bahawa pada hari Rabu (semalam) sewaktu beliau berniaga di pasar malam, seorang rakan budiMaN batch Jan 86 telah bertemu beliau. Menurut Apamz, nama rakan tersebut ialah Syamril telah bertemu dan bertanyakan khabar beliau sekeluarga. Selain itu Syamril juga turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM500 hasil sumbangan beberapa rakan-rakan batch beliau yang berada di Kuantan. Terima kasih kepada Syamril dan rakan-rakan yang telah menunjukkan keprihatinan kepada Apamz sekeluarga dan bertemu sendiri dengan beliau. Apamz juga ada memberitahu bahawa Miza akan menjalani pemeriksaan di HTAA pada 9hb September ini dan hasil pemeriksaan tersebut akan menentukan samada Miza akan dimasukkan ke wad kembali untuk melahirkan anak mereka nanti. Sama-samalah kita berdoa semoga Apamz sekeluarga akan sihat dan sejahtera dan semoga Miza dipermudahkan apabila bersalin nanti.

Wednesday, August 27, 2008

tabuNG aMaL budiMaN

Isnin lepas, Bendahari budiMaN, saudara Kitang ada menghubungi saya memberitahu bahawa sehingga hari Isnin, jumlah sumbangan di dalam akaun Tabung Amal budiMaN berjumlah RM610 hasil sumbangan daripada beberapa rakan budiMaN. Namun begitu seperti yang dinyatakan oleh Kitang, penyumbang telah meminta/berhajat supaya sejumlah tertentu di sumbangkan kepada Apamz dan penoreh getah. Oleh itu seperti yang diminta oleh penyumbang tersebut, sebanyak RM400 akan di sumbangkan kepada keluarga Apamz manakala RM100 untuk keluarga penoreh getah. Kitang memberitahu berkemungkinan hujung minggu ini beliau akan menyampaikan sumbangan tersebut terus kepada Apamz dan penoreh getah apabila beliau menziarahi mereka nanti. Terima kasih kepada penyumbang dan Kitang.

Sunday, August 24, 2008

beRitA laGi

1. Semalam 23hb Ogos 2008, Man Troq sekeluarga telah berangkat ke Jakarta untuk bertugas selama 3 tahun di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Pada Selasa 19hb Ogos 2008, saya bersama beberapa rakan-rakan budiMaN seperti Walid, Fadil Sutok, penoreh getah (kebetulan beliau datang untuk membuat pendaftaran dengan Petronas Dagangan di KLCC) dan Lan Kentei telah meraikan Man Troq dalam satu acara perpisahan di Kuala Lumpur. Kitang yang pada mulanya telah bersetuju untuk hadir tetapi terpaksa balik ke Temerloh di saat-saat akhir. Kami bersembang hampir 5 jam sebelum kami semua mengucapkan selamat kepada Man Troq sekeluarga semoga penghijrahan ke Jakarta menjadi titik permulaan kepada perubahan kehidupan yang lebih sempurna dan sejahtera.

2. Pada Khamis malam juga saya sekeluarga telah pulang ke Temerloh untuk menghadiri kenduri kahwin cucu kepada datuk saudara saya di Paya Pulai pada hari Sabtu. Sempat menjenguk untuk mengetahui keadaan rakan-rakan lama di Kampung Bukit Kelulut. Nampaknya ramai yang sedang sibuk berkempen sempena pemilihan cawangan dan bahagian UMNO yang sedang berlangsung sekarang. Macam-macam cerita dan meriah juga dengan pelbagai cara kempen walaupun di Temerloh. TokEmpat, Ketua Kampung memang kenyanglah di hidangkan dengan berbagai-bagai acara dan hiburan. Ahli Majlis pun ada sekali. Banyak wang terpaksa di belanjakan untuk berkempen merebut pelbagai jawatan.

3. Semalam juga iaitu hari Sabtu, Rumah Anak Yatim Darul Izzah di Temerloh mengadakan gotong royong membersihkan kawasan kerana Pondok Orang-Orang Tua yang terletak berhadapan bangunan Darul Izzah telah siap untuk diduduki dan persediaan untuk kedatangan warga tua yang menginap di situ perlu dilakukan. Makcik (emak tiri saya) saya sendiri membeli sebuah pondok di situ berharga RM20 ribu sebuah dengan tujuan untuk di wakafkan suatu hari nanti. Orang-Orang tua yang akan menginap di situ akan mendalami pengajian agama di surau yang telah siap di bina di atas tanah yang diwakafkan oleh Tuan Haji Idris dan Tuan Haji Abdul Wahab. Ianya serupa seperti konsep rumah pondok Orang-Orang Tua di Pangsenam, Temerloh cuma di Pangsenam pondoknya sebuah-sebuah manakala di Darul Izzah dibuat dalam bentuk rumah teres. Di Pangsenam, makanan terpaksa di sediakan sendiri oleh orang-orang tua manakala di Darul Izzah, ianya akan di masak oleh pihak sekolah. Banyak pihak menyampaikan sumbangan di Pangsenam manakala di Darul Izzah masih mengharapkan sumbangan orang ramai.

Tuesday, August 19, 2008

baBy

Baru-baru ini saya sekeluarga menziarahi adik SK yang telah mendapat baby baru. Baby baru itu merupakan anak sulung adik SK dilahirkan di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju. Kita semua di budiMaN pula mungkin ternanti-nanti baby baru dari Miza isteri Apamz yang bakal di lahirkan tidak lama lagi. Tadi saya cuba menghubungi Apamz tetapi mungkin sudah terlalu lewat. Beliau yang biasanya baru sampai ke rumah dari berniaga di pasar malam tidak menjawab panggilan saya. Saya ingatkan nak bersembang bertanya khabar beliau dan Miza sekeluarga serta bertanya-tanya persediaan kelengkapan baby yang beliau telah ada. Hasrat saya mungkin boleh membantu beliau jika masih ada kelengkapan yang belum dibeli lagi. Saya percaya dengan keadaan beliau, masih banyak kelengkapan baby yang tiada. Insyaallah mungkin esok pagi atau tengahari saya akan bertanyakan beliau lagi. Kalau ada kengkawan lain yang telah bertanya kepada Apamz berkenaan perkara ini, haraplah dapat memberitahu saya supaya kita boleh coordinate sumbangan yang diperlukan Apamz nanti.

Tabung Amal budiMaN yang telah dilancarkan pada 27 Jun 2008 yang lalu setakat ini telahpun memperolehi sumbangan berjumlah RM850. Sebanyak RM300 telahpun di sumbangkan kepada Apamz semasa isterinya Miza di masukkan ke Hospital HTAA tempohari dan kini baki Tabung Amal budiMaN berjumlah RM550. Ingin saya tegaskan, setakat ini tiada sumbangan lagi di berikan kepada penoreh getah atau program amal yang lain dari Tabung budiMaN.

Cuma saya difahamkan ada penyumbang individu yang telah menghubungi saya dan saya berikan nombor telefon penoreh getah untuk beliau hubungi sendiri telahpun membuat sumbangan individu kepada penoreh getah berjumlah RM300. Penoreh getah memberitahu saya perkara ini dan memanfaatkannya dengan membeli barangan keperluan dapur untuk makanan keluarganya dan selebihnya di simpan untuk keperluan anak-anak beliau nanti. Perbelanjaan lain yang mana beliau datang ke KL dan sebagainya masih lagi atas ihsan beberapa rakan-rakan di KL untuk tambang bas dan makan minum serta tempat tidur. Kedatangan beliau ke KL pun adalah pelawaan sebilangan rakan-rakan budiMaN bagi membantu beliau mendapatkan pekerjaan dan sedikit peluang perniagaan. Moga-moga niat ikhlas kengkawan budiMaN yang ingin membantu beliau beroleh kejayaan.

Masih banyak lagi kerja-kerja amal selain sumbangan kepada rakan budiMaN yang memerlukan di harap dapat dilaksanakan terutama menjelang Ramadhan nanti. Untuk itu saya dengan tidak pernah merasa penat dan jemu dan malu, merayu kepada rakan-rakan budiMaN semua supaya sudilah kiranya menghulurkan sumbangan setakat mana yang termampu. Ingatlah kepada Apamz, Penoreh Getah dan Maahad Tahfiz Darul Fikri yang ketiadaan makanan. Memberi makan kepada mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan nanti tak perlulah saya huraikan kebaikan yang akan diperolehi.

Saturday, August 16, 2008

beRita 2

1. Apamz ada sms kepada saya memberitahu bahawa Miza telah selamat pulang ke rumah mereka di Taman Balok Makmor. Beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah sudi membantu walaupun akhirnya Miza disahkan baik cuma false alarm sahaja. Bil hospital pula berjumlah RM27 sahaja dan terima kasih kepada Niazor yang telah berusaha mengecualikan beberapa bayaran dari pihak hospital. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan terutama kepada Ummi (bertungkus lumus sejak Miza dimasukkan ke wad), Bilal, Rozain, Bob MG(tukang sampaikan sumbangan), Kitang dan semua yang telah memberikan perhatian dan sumbangan demi membantu Apamz sekeluarga.

2. Bendahari Kitang telah memaklumkan kepada saya sehingga semalam Jumaat 15hb Ogos 2008, sumbangan di dalam Tabung Amal budiMaN masih tidak berubah berjumlah RM550 sahaja hasil sumbangan dari 2 orang budiMaN. Jumlah yang amat mendukacitakan lagi kerana insyaallah budiMaN akan mengatur beberapa kerja amal dalam masa terdekat ini terutama pada bulan Ramadhan nanti. Sejak Rabu minggu lepas apabila saya merayu dengan menghantar e-mail kepada sebilangan sahabat budiMaN dengan ditambah usaha oleh Bilal menghantar sms kepada sebilangan rakan-rakan merayu agar dapat menyumbang, jumlah hits blog meningkat kepada 200 hits setiap hari. Jikalau terdapat 100 orang budiMaN yang mengikuti blog ini dan menyumbang RM10 seorang, insyaallah sudah ada RM1000 jumlah sumbangan namun kepada sesetengah budiMaN pintu hati mereka masih belum di buka Allah swt untuk melakukan sedemikian. Saya berdoa semoga pintu hati anda semua dibuka Allah swt agar timbul rasa untuk membantu kengkawan budiMaN yang tidak bernasib baik serta melakukan kerja-kerja amal bersama budiMaN.

3. Malam semalam, Kudin Mekanik bersama-sama Syed Sham dsS telah bertehtarik di Ampang Point dengan Man Troq yang akan berangkat ke Jakarta pada minggu depan. Oleh kerana saya mempunyai urusan yang tidak dapat di elakkan maka saya tidak dapat menghadiri tehtarik tersebut walaupun keinginan untuk berjumpa Syed Sham yang saya tidak pernah jumpa sejak meninggalkan UitM Kuantan dahulu. Minggu depan insyaallah akan ada satu sessi teh tarik lagi bersama Man Troq.

Thursday, August 14, 2008

beRita

Ada beberapa berita yang ingin saya sampaikan kepada kengkawan semua.

1. Apamz ada sms kepada saya lewat petang tadi memberitahu bahawa isteri beliau, Miza telah dibenarkan pulang ke rumah kerana beliau telah sihat dan tidak mengalami contraction lagi. Kandungan Miza yang baru mencecah 32 minggu perlu menunggu sehingga sekurang-kurangnya 35 atau 36 minggu untuk dilahirkan, insyaallah. Semoga Apamz dan Miza serta anak-anak mereka akan tabah dalam menanti saat-saat kelahiran baby baru itu nanti.

2. Semalam Bendahari budiMaN, saudara Kitang ada menelefon saya memberitahu bahawa sumbangan di dalam Tabung Amal budiMaN kini berjumlah RM550. Sebelum ini sebanyak RM300 dari Tabung Amal budiMaN telah di sumbangkan kepada Apamz sewaktu Miza di masukkan ke Hospital tempohari. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan insyaallah apabila keadaan memerlukan nanti Tabung tersebut akan di salurkan kepada mereka-mereka yang memerlukan dan akan di siarkan di dalam blog ini nanti.

3. Program AGGP ( All Guys Golfing Party) yang di cadangkan untuk di adakan di Maran Golf Club samada pada 23 atau 16 Ogos nanti di tangguhkan dahulu kerana tarikh yang sesuai tidak dapat di tentukan. Sebilangan golfers budiMaN yang ingin menyertai AGGP ada mencadangkan tarikh-tarikh tertentu tetapi bercanggah antara satu sama lain. Antara yang ingin menyertai dan menghubungi saya seperti Che Dat, Antu, Mat Taib, Anuar Mangkuk diB, Fadil Sutok, Charlie Koi, Man Troq dan 2-3 orang kengkawan yang lain ( saya dah lupa siapa .... hehe..dah tua, asyik lupa je). Insyallah dalam 1-2 hari ini akan saya umumkan samada AGGP akan diteruskan dalam 2 minggu terdekat ini atau di tangguhkan dahulu sehingga selepas Aidilfitri.

4. Man Troq diA juga ada menghubungi saya memberitahu bahawa beliau sekeluarga akan berangkat ke Jakarta untuk berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pada 23hb Ogos ini. Sebelum itu beliau akan membawa beberapa barangan rumahnya untuk di simpan di Kuantan pada 16hb Ogos ini. Mungkin minggu depan jika ada masa yang sesuai satu sessi teh tarik farewell boleh di adakan untuk Man Troq sebelum beliau berangkat ke Jakarta. Abg Mie diB (Suhaimi) yang bekerja di Kementerian Pertahanan ada menghubungi memberitahu beliau ingin berjumpa Man Troq dan ingin turut serta jika ada teh tarik farewell ni. Insyaallah akan di usahakan.

Tuesday, August 12, 2008

khabAR apAMz 3

Salam semua...

Dari pagi tadi Ummi dan SK bercalling2 untuk tahu perkembangan Miza. Dan baru jer sebentar tadi Ummi called SK, memberitahu yang isteri Apamz, Miza meracau2. Condition sebenar tak tahu sebab Ummi pun dapat tahu dari anak Apamz yang sulong tu (tahun ni nak amik PMR). Simpatinya pada anak Apamz tu. Shafiq kot tak silap namanya. Berat betul dugaan mana nak belajar lagi dan mana nak tengok adik dan ibu lagi. Tak silap SK Shafiq tak dok hostel dah. Sekarang ni terpaksa dok dgn Apamz sebab perlu menjaga ibu dan adiknya.

Tapi apa yang SK nak sampaikan di sini ialah SK mohon dan minta sahabat2 BUDIMAN doakan dan kalau boleh buat solat hajat untuk Miza. Moga diringankan kesakitan. Dan pada BUDIMAN sekalian terutama sekali yang duduk dekat Kuantan, ramai rasanya yang dok kat Kuantan tolong2 lah tengok2kan Apamz sekuarga. Dapat jenguk sekejap pun jadilah.

Maaflah SK tulis pun cincai2 jer sebab tak leh lama kat starbuck ni org dok tgk budak ni bukan tak order coffee pun tapi dok bertenggek kat sini nak curi wifi plak.

bReakiNg neWS - apAMz

Sebentar tadi kira-kira jam 12-15 malam, saya menelefon Apamz untuk mengetahui perkembangan Miza isteri beliau yang dimasukkan ke Hospital Tg Ampuan Afzan Kuantan sejak tengahari semalam. Keadaan Miza masih lagi tidak berubah dan beliau masih di tempatkan di Wad Penjagaan Khas. Contraction yang dialami beliau sedikit berkurangan dan doktor masih membuat pemerhatian sebelum mengambil sebarang langkah berikutnya. Apamz berseorangan menunggu di luar wad setelah menghantar pulang ke dua anaknya ke rumah beliau di Taman Balok Makmor dan beliau akan menunggu Miza sehingga pagi esok.

Seperti yang telah di ceritakan oleh Ummi dalam ruangan komen artikel di bawah, kita berharap Miza akan selamat dalam mengharungi semua ini dan semoga Apamz sekeluarga akan tabah dan cekal.

Dari tengahari semalam Ummi telah bersusah payah ke HTAA untuk menemui Apamz yang berseorangan menunggu Miza dan dengan bantuan Ummi yang menghubungi Wan Rozain dbS yang bekerja di HTAA dapatlah beliau menemui Miza dan Apamz. Apamz sebelum itu telah membawa Miza ke Pusat Kesihatan Balok dan pegawai di situ menasihatkan beliau membawa isterinya ke HTAA. Setelah menunggu hampir 3 jam di Balok barulah ambulan sampai dan membawa mereka ke HTAA.

Sumbangan dari Tabung Amal budiMaN segera di berikan kepada Apamz melalui Ummi pada tengahari semalam. Ummi juga akan cuba mendapatkan bantuan daripada pegawai yang menjaga kebajikan pesakit di HTAA untuk menguruskan perbelanjaan perubatan Miza nanti. Pada sebelah petangnya Bilal dan Bob MG juga turut menziarahi Apamz dan melalui Bob MG juga, sedikit lagi sumbangan dari Tabung Amal budiMaN turut di serahkan.

Selepas mendapat tahu perkara ini tengahari semalam, saya terus menghubungi Apamz dan saya dapati dari ceritanya bahawa bantuan kewangan segera amatlah diperlukan oleh beliau. Keadaan cuaca hujan setiap petang di Kuantan menjejaskan teruk pendapatan perniagaan pasar malam beliau. Anak sulong beliau pula terpaksa tinggal di rumah dari duduk di asrama Sekolah Intergrasi kerana terpaksa menjaga adik dan ibunya. Kini, Miza pula menghadapi masalah ini dan Apamz yang terpaksa menjaga isterinya di hospital sudah tentulah kehilangan pendapatan kerana tidak dapat berniaga sedangkan itu sajalah punca pendapatan mereka sekeluarga. Bagaimanakah pula apabila baby lahir nanti, apakah kita semua sebagai sahabat budiMaN tidak dapat merasakan kegetiran yang bakal di hadapi Apamz nanti?

Kerana itulah saya terus menghubungi bendahari budiMaN Kitang untuk menyampaikan sumbangan dari Tabung Amal budiMaN sebanyak RM100 kepada Ummi dan RM200 kepada Bob MG untuk di salurkan terus kepada Apamz di HTAA, Kuantan. Tabung Amal budiMaN hanya mempunyai kewangan sebanyak RM350 sahaja dan setelah RM300 di serahkan kepada Apamz, kita sangat-sangat memerlukan sumbangan lagi dari anda semua rakan budiMaN. Sumbangkanlah setakat yang termampu dan sebarkanlah perkara ini kepada rakan-rakan budiMaN yang mungkin tidak mengetahui.

Apamz dan penoreh getah mungkin dahulunya tidak pernah kita tegur atau sapa semasa di UitM dahulu tetapi mereka adalah rakan-rakan kita yang perlu dibantu bukan sahaja dengan kewangan tetapi semangat dan sokongan dari kita semua rakan-rakan budiMaN.

Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada Ummi yang paling banyak bertungkus lumus membantu Apamz, Wan Rozain, Kitang, Bob MG, Bilal dan semua yang turut membantu Apamz semalam. Episod ini tidak akan berakhir lagi, ianya adalah permulaan untuk menentukan permuafakatan budiMaN di sini.

Monday, August 11, 2008

khabAR apAMz 2

Assalamualaikum semua,

Masa lunch tadi SK terima call dari kida. Ada berita mengenai Apamz yang perlu SK sampaikan dengan segera pada sahabat2 semua. Ofis SK dah lama block personal website jadi SK bergegas ke starbuck kat GE mall tempat SK kerja ni tuk cari wifi. Jadi berita ni boleh siar untuk tatapan sahabat semua. Dan yang pasti SK berharap sangat pada sahabat2 semua agar sudi sama2 membantu meringankan beban sahabat kita, Apamz.

Sebenarnya Kida menerima message dari Ummi (tak pasti exact time) mengatakan Miza isteri Apamz bleeding. Miza kini di hospital Kuantan dan masih dalam perhatian doktor. Kalau SK tak salah dengar dari kida tadi, kemungkinan Miza akan menjalani operation.

Oleh itu pada sesiapa yang ingin menghulur bantuan bagi meringankan bebanan sahabat kita apamz amat2lah di alukan. Segala sumbangan bolehlah di bank in melalui akaun Maybank seperti butiran di bawah:-

Bank : Maybank
No Akaun : 114254123223
Nama Akaun : Zainordin Awang Samah
Telefon : 03-22972584, 019-7567799
EMail : zainordin@maybank.com.my

Lepas ni SK nak hubungi Wan Rozain (Niazor). Sebab WR keje kat Hosp Kuantan, kot2 kalau leh bantu apa yang patut. SK juga nak hubungi Kitang sbb kida call dari tadi tak dapat2.. mungkin meeting kot...

Insyaallah ada apa2 latest news SK update nanti.

SK dahului ucapan terima kasih pada sesiapa yang sudi membantu apamz sekeluarga.
Dan SK doakan semoga anda semua dilindungi Allah swt dan di berkati di dunia dan akhirat.

ammeeeennnn...

bReakiNg neWS

Malam tadi kira-kira pukol 11-15 malam saya terima sms dari sahabat budiMaN penoreh getah memberitahu beliau mengalami kesukaran bernafas dan sakit dada. Lebihkurang pukol 12-00 malam saya terima sms lagi memberitahu beliau dalam perjalanan ke hospital. Dan semasa artikel ini ditulis, beliau baru sahaja keluar dari bilik X-ray dan masih menunggu keputusan doktor. Semasa saya berjumpa beliau pada minggu lepas, beliau ada memberitahu bahawa beliau sukar bernafas, mengalami rasa menyucuk di dada sebelah kiri dan berasa lenguh serta kebas di bahagian badan sebelah kiri. Saya ada beritahu beliau supaya pergi ke hospital kerana boleh mendapat pemeriksaan lengkap. Harap-harap beliau tidak mengalami sesuatu yang serius. Insyaallah akan saya maklumkan perkembangan sahabat kita itu dari masa ke semasa nanti.

Sunday, August 10, 2008

aLL guyS goLfiNG paRty (aGGp)

Tahun ini nampaknya banyak aktiviti budiMaN agak slow sikit. Selalunya setiap tahun juga kita akan mengadakan acara AGGP atau All Guys Golfing Party. Saya ada bersembang dengan beberapa golfers budiMaN dan memang ada yang teringin untuk mengadakan AGGP seperti tahun-tahun yang lepas. Namun begitu saya tidak pasti apakah sambutan untuk tahun ini jika ianya di adakan. Dengan kenaikan harga minyak dan taraf hidup kini, di khuatiri ianya akan memberi kesan sedikit sebanyak. Namun begitu kalau ianya di adakan di tempat yang jauh, kalau berkongsi kereta, mungkin kosnya tidak begitu membebankan.

Ada 2 tempat yang saya fikirkan sesuai jika AGGP ingin di adakan sebelum bulan Ramadhan ini. Ianya samada di Maran Golf Club, Maran atau kalau di Kuala Lumpur di Kinrara Golf Club. Selalunya sebelum ini AGGP di buat di Bukit Beruntong Golf Club tetapi rate di sana agak mahal kini dan jarak dari KL agak jauh. Kalau di Maran agak center kerana kengkawan samada di Kuantan atau di Kuala Lumpur dalam jarak yang hampir sama (actually dari KL jauh lagi). Kalau di Maran mungkin kita boleh minta tolong Che Dat, Pegawai Belia Daerah Maran untuk tolong-tolong sekali.

Kalau di KL pula saya rasa Kinrara Golf Club sesuai terutama pada hari Isnin bilamana ada promosi dengan golfing dan buffet dinner dalam rate yang berpatutan. Kalau pada hari weekday yang lain agak mahal, lagi-lagi kalau weekend. Kalau di Maran ratenya tidak berubah samada weekday atau weekend namun rate tersebut seperti KL juga.

Jadi saya rasa Maran Golf Club lebih sesuai tambahan pula ianya di tengah-tengah dan kita juga boleh mengadakannya pada hari weekend samada Sabtu atau Ahad. Jadi saya cadangkan AGGP 2008 di adakan dengan butiran seperti berikut :

Venue : Maran Golf Club
Tarikh : 23hb Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 1-00 tengahari
Bayaran : RM100 seorang
Acara : Golfing, Dinner dan Teh Tarik

Jadi kepada kengkawan budiMaN yang ingin menyertai sila call, sms atau e-mail saya seberapa segera. Kepada budiMaN juga, sila beritahu/sebarkan kepada kengkawan golfers budiMaN yang tidak dapat mengikuti blog ini. Kalau dalam perkiraan saya golfers budiMaN jumlahnya agak ramai juga seperti Antu, Che Dat, Hamdan Boly, Mat Taib, Raman, Charlie Koy, Hanif, Mat Rock, Jepun, Lan Kentei, Man Troq, Fadil Sutok, Arash, Bilal, Kitang, Amin dsS dan mungkin ada beberapa yang lain lagi. Kalau dapat 2 flight pun dah elok tetapi kalau dapat lebih, lagi cantik.

Thursday, August 07, 2008

beRitA keNGkaWaN

Pada sebelah pagi hari ini saya terima panggilan dari seorang sahabat budiMaN yang ingin mengetahui nombor akaun sahabat kita penoreh getah yang di dalam kesusahan seperti yang saya ceritakan dalam artikel sebelum ini. Beliau ingin membuat sumbangan peribadi kepada penoreh getah tersebut. Saya berikan beliau nombor telefon penoreh getah tersebut untuk beliau hubungi sendiri dan bercakap dengannya.

Sebenarnya mudah sahaja kalau nak menyumbang untuk kengkawan budiMaN. Nombor telefon saya ada di dalam blog ini, tak perlu nak berselindung dengan nama Anonymous la dan tanya macam-macam soalan. Kalau apa-apa yang tak jelas, hubungi saya atau sms saya terus, kalau tidak sia-sia je la saya letak nombor telefon saya kat situ. Tapi kalau itupun berat dan macam-macam nak tanya dalam blog ni dan tak mahu nak hubungi saya, saya rasa itu saja nak cari susah la. Kalau seseorang itu ikhlas, insyaallah ianya dipermudahkan.

Bulu @ Razani diA juga ada hubungi saya melalui sms lebihkurang pukol 10-00 malam tadi memeberitahu bahawa isteri beliau telahpun selamat melahirkan anak lelaki. Ini merupakan anak pertama Razani dari isterinya ini setelah beliau kematian isteri pertama kira-kira setahun setengah yang lalu. Ini juga merupakan anak lelaki pertama beliau dari 3 orang anak perempuan yang terdahulu. Tahniah di ucapkan kepada Bulu @ Razani yang kini berkhidmat dengan Proton di Shah Alam.

Monday, August 04, 2008

khabAR apAMz

Minggu lepas juga saya sempat bercakap dengan Apamz melalui telefon dan saya bertanyakan beliau tentang persediaan beliau menyambut baby ke 3 sekitar Ogos ini. Beliau memberitahu saya memang pada mulanya doktor ingin melakukan pembedahan bersalin anak ke 3 beliau pada bulan Ogos ini tetapi baru-baru ini doktor telah membuat keputusan supaya pembedahan di buat apabila umur bayi tersebut cukup 9 bulan 10 hari sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kepada bayi nanti. Jadi pembedahan tersebut akan di lakukan pada pertengahan September nanti dalam bulan puasa. Menurut Apamz lagi, keadaan Miza, isteri beliau sihat dan katanya bersemangat untuk menyambut kelahiran ini. Saya tanya Apamz dah scan untuk tahu jantina .... Apamz kata doktor tak dapat pastikan .... saya kata harap perempuan setelah ke dua-dua anak beliau sebelum ini lelaki ... tapi tak kisahlah kan ... janji Miza dan baby selamat dan sihat nanti. Sama-samalah kita doakan agar Apamz dan keluarga sentiasa sihat dan tabah menempuh hari-hari yang mendatang.

Sunday, August 03, 2008

teh taRik

Malam Khamis lalu, saya, Kudin, Fadil Sutok, Kitang dan penoreh getah yang berjaya saya bawa ke KL berteh tarik di Taman Seri Gombak. Bersembang rancak dan berakhir lebihkurang pukol 1-00 pagi. Esoknya saya bawa penoreh getah tersebut untuk menyelesaikan urusan beliau di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Petangnya bagi meraikan beliau dan berkenalan dengan beberapa sahabat, saya bawa beliau makan malam bersama Dato Amir (Syabas), Sani, Dato Edy (anak raja Johor), Amir (towkey syarikat kereta Lamborgini Malaysia) dan beberapa sahabat lain di Heritage Row. Semuanya duduk setaraf dengan bercakap lu, gua dan tiada lagi darjat penoreh getah. Nampak beliau ceria walau duka di hati hanya beliau dan Allah swt sahaja yang mengetahui.

Petang Sabtu pula, Kitang memberitahu saya bahawa beliau mengadakan teh tarik bersama kengkawan budiMaN di Restoran NZ di Wangsa Maju. Antara lain bagi meraikan Lt Komander Man Troq diA yang akan berpindah ke Kedutaan Malaysia di Jakarta pertengahan Ogos ini. Sayang sekali saya mempunyai urusan yang tidak dapat di elakkan dan tidak dapat menghadiri pada waktu tersebut. Antara yang hadir ialah Walid, Man Troq dan Mat Rock. Insyaallah kalau ada kelapangan mungkin kita akan buat satu lagi farewell kepada Man Troq bersama lebih ramai lagi kengkawan budiMaN sebelum beliau berangkat ke Jakarta.