Thursday, August 28, 2008

beRitA aPaMZ

Pagi tadi Apamz ada menelefon saya untuk memberitahu bahawa pada hari Rabu (semalam) sewaktu beliau berniaga di pasar malam, seorang rakan budiMaN batch Jan 86 telah bertemu beliau. Menurut Apamz, nama rakan tersebut ialah Syamril telah bertemu dan bertanyakan khabar beliau sekeluarga. Selain itu Syamril juga turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM500 hasil sumbangan beberapa rakan-rakan batch beliau yang berada di Kuantan. Terima kasih kepada Syamril dan rakan-rakan yang telah menunjukkan keprihatinan kepada Apamz sekeluarga dan bertemu sendiri dengan beliau. Apamz juga ada memberitahu bahawa Miza akan menjalani pemeriksaan di HTAA pada 9hb September ini dan hasil pemeriksaan tersebut akan menentukan samada Miza akan dimasukkan ke wad kembali untuk melahirkan anak mereka nanti. Sama-samalah kita berdoa semoga Apamz sekeluarga akan sihat dan sejahtera dan semoga Miza dipermudahkan apabila bersalin nanti.

2 comments:

ummi said...

Salam..
Alhamdulillah suka dengar dah bertambah ramai yang prihatin kepada insan2 yang susah di kalangan BUDIMAN dan tanpa banyak bicara ataupun telahan telah mengambil tindakan bijak begini..X perlu nak berdolak dalik dalam hal2 camni..semoga diberikan pahala dan ganjaran yang lebih besar buat Syamril dan rakan2nya..

Ada sikit, kita hulur sikit sorang kan..Semoga ini menjadi permulaan yang baik dalam melangkah ke bulan Ramadhan al Mubarak yang penuh mulia dan keberkatan..Ameen!

Anonymous said...

Terima kasih kepada Samrael Hassan (Dol) bersama rakan-rakannya Azhar (G Roy), Khairi (Jim), Sere dan Nasaruddin (Stone) yang bersama-sama menyumbang sedikit sebanyak untuk meringankan masalah kengkawan Itm yang lain. Batch DIA 86 ada membuat perjumpaan tahun lepas di Balok, tahun ini di Kuang Selangor.