Thursday, August 07, 2008

beRitA keNGkaWaN

Pada sebelah pagi hari ini saya terima panggilan dari seorang sahabat budiMaN yang ingin mengetahui nombor akaun sahabat kita penoreh getah yang di dalam kesusahan seperti yang saya ceritakan dalam artikel sebelum ini. Beliau ingin membuat sumbangan peribadi kepada penoreh getah tersebut. Saya berikan beliau nombor telefon penoreh getah tersebut untuk beliau hubungi sendiri dan bercakap dengannya.

Sebenarnya mudah sahaja kalau nak menyumbang untuk kengkawan budiMaN. Nombor telefon saya ada di dalam blog ini, tak perlu nak berselindung dengan nama Anonymous la dan tanya macam-macam soalan. Kalau apa-apa yang tak jelas, hubungi saya atau sms saya terus, kalau tidak sia-sia je la saya letak nombor telefon saya kat situ. Tapi kalau itupun berat dan macam-macam nak tanya dalam blog ni dan tak mahu nak hubungi saya, saya rasa itu saja nak cari susah la. Kalau seseorang itu ikhlas, insyaallah ianya dipermudahkan.

Bulu @ Razani diA juga ada hubungi saya melalui sms lebihkurang pukol 10-00 malam tadi memeberitahu bahawa isteri beliau telahpun selamat melahirkan anak lelaki. Ini merupakan anak pertama Razani dari isterinya ini setelah beliau kematian isteri pertama kira-kira setahun setengah yang lalu. Ini juga merupakan anak lelaki pertama beliau dari 3 orang anak perempuan yang terdahulu. Tahniah di ucapkan kepada Bulu @ Razani yang kini berkhidmat dengan Proton di Shah Alam.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,
Malam tadi (Jumaat malam Sabtu), saya terima panggilan lagi dari seorang sahabat budiMaN bertanyakan nombor akaun penoreh getah. Saya berikan nombor phone dan suruh beliau menghubungi dan bercakap sendiri dengan penoreh getah tersebut.

Kini sudah ada 2 orang budiMaN yang menghubungi saya menunjukkan kesungguhan dan keperihatinan mereka dengan nasib yang menimpa kawan kita penoreh getah.

Penoreh getah juga ada menghubungi saya melalui sms memberitahu amat terharu dengan keprihatinan kengkawan terhadap beliau. Beliau memberitahu bahawa ada yang akan membantu dengan memberikan pekerjaan kepada beliau nanti. Insyaallah akan saya maklumkan perkembangan berita penoreh getah ini nanti.

Walaubagaimanapun harap kengkawan juga tidak lupa dengan matlamat asal kita di sini untuk mengadakan Program Amal budiMaN yang mana sumbangan amal itu nanti akan lebih meliputi sahabat2 budiMaN yang kesusahan serta masyarakat yang memerlukan. Harapan saya agar kengkawan dapat memberikan sumbangan agar perancangan untuk bersedekah dan beramal di bulan Ramadhan nanti oleh semua budiMaN beroleh kejayaan.