Monday, August 04, 2008

khabAR apAMz

Minggu lepas juga saya sempat bercakap dengan Apamz melalui telefon dan saya bertanyakan beliau tentang persediaan beliau menyambut baby ke 3 sekitar Ogos ini. Beliau memberitahu saya memang pada mulanya doktor ingin melakukan pembedahan bersalin anak ke 3 beliau pada bulan Ogos ini tetapi baru-baru ini doktor telah membuat keputusan supaya pembedahan di buat apabila umur bayi tersebut cukup 9 bulan 10 hari sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kepada bayi nanti. Jadi pembedahan tersebut akan di lakukan pada pertengahan September nanti dalam bulan puasa. Menurut Apamz lagi, keadaan Miza, isteri beliau sihat dan katanya bersemangat untuk menyambut kelahiran ini. Saya tanya Apamz dah scan untuk tahu jantina .... Apamz kata doktor tak dapat pastikan .... saya kata harap perempuan setelah ke dua-dua anak beliau sebelum ini lelaki ... tapi tak kisahlah kan ... janji Miza dan baby selamat dan sihat nanti. Sama-samalah kita doakan agar Apamz dan keluarga sentiasa sihat dan tabah menempuh hari-hari yang mendatang.

2 comments:

ummi said...

Salam..ada gak call Apamz sehari selepas Kida n Kitang call aritu..Wife dia dh confirm le kena operate nnt kan..maybe end of Sept or early Oct..Miza x banyak makan nasi gitu..hanya minum susu je...tapi alhamdulillah ikut Doktor, baby sihat.

Tapi Apamz risau jugak bila anak sulung dia yang dh x duk hostel sebab nak jaga Miza dah mula merosot sikit pelajarannya...Sian Along nk kena pikul tugas student dan anak yang bertanggungjawab lagi. Ya lah, Apamz dah x bawa Miza setiap kali berniaga sekarang sbb keadaan Miza tu..so Along kena take over jaga ibu kat rumah..

Harap Miza sihat dan akan selamat melalui detik2 menunggu kehadiran ahli baru dalam family.

**psstt - Kida, apa2 plan terkini, harap maklum ya..

lan kida said...

Salam Ummi,
Insyaallah kalau ada plan apa2 nanti kita calling kat sini yer.