Tuesday, August 12, 2008

khabAR apAMz 3

Salam semua...

Dari pagi tadi Ummi dan SK bercalling2 untuk tahu perkembangan Miza. Dan baru jer sebentar tadi Ummi called SK, memberitahu yang isteri Apamz, Miza meracau2. Condition sebenar tak tahu sebab Ummi pun dapat tahu dari anak Apamz yang sulong tu (tahun ni nak amik PMR). Simpatinya pada anak Apamz tu. Shafiq kot tak silap namanya. Berat betul dugaan mana nak belajar lagi dan mana nak tengok adik dan ibu lagi. Tak silap SK Shafiq tak dok hostel dah. Sekarang ni terpaksa dok dgn Apamz sebab perlu menjaga ibu dan adiknya.

Tapi apa yang SK nak sampaikan di sini ialah SK mohon dan minta sahabat2 BUDIMAN doakan dan kalau boleh buat solat hajat untuk Miza. Moga diringankan kesakitan. Dan pada BUDIMAN sekalian terutama sekali yang duduk dekat Kuantan, ramai rasanya yang dok kat Kuantan tolong2 lah tengok2kan Apamz sekuarga. Dapat jenguk sekejap pun jadilah.

Maaflah SK tulis pun cincai2 jer sebab tak leh lama kat starbuck ni org dok tgk budak ni bukan tak order coffee pun tapi dok bertenggek kat sini nak curi wifi plak.

5 comments:

ummi said...

Salam..

Baru balik hospital tadi..x dapat masuk tgk Miza pun tengahari ni..Bertanya dengan Apamz je kat luar labour room..

*Pembetulan sikit komen ummi terdahulu - sebenarnya Miza dipindahkan ke wad biasa awal pagi tadi (bukan malam tadi) sebab contraction dah xda, tp bila sampai je di wad biasa, Miza dah sakit semula pulak..So, bawa masuk semula ke labour room pagi tadi.*

Sehingga tengahari tadi, Doktor still xleh decide nak buat operation ke tidak lagi..sebab kandungan belum masuk 34 minggu pun lagi..baru 32 minggu (6 bulan lebih)..jadi agak bahaya..
Apamz pun x dibenarkan balik untuk memudahkan urusan dengan pihak hospital dan Doktor.

Along anak Apamz pun dah x pergi sekolah hari ni..risaukan ibu dia..

ummi said...

..Oh ya, mmg Miza masih meracau2 lagi..ada la jugak sebut nak makan nasi ayam dan minum laici, tapi Doktor dah letak dia "standby" untuk operation, kira Miza dah kena puasa la...siannyaa...

ummi said...

Salam Rabu..
Jam 11.30 tadi Apamz sms bagitau Miza telah dipindahkan ke wad biasa di Wad Melor 1C. Keadaan Miza masih sama. Tapi dia dah xda contraction tu..Nampaknya Miza memang akan berada dalam pemerhatian pihak hospital untuk satu tempoh yang agak lama..sehingga sekurang2nya tempoh kandungan mencapai 34 minggu.

waleed said...

salam.....
xder lawatan dari KL ke?

lan kida said...

Salam,
Walid, elok juga kalau ada lawatan dari KL terutama sempena cuti sekolah minggu depan. Kengkawan pun ramai juga akan balik ke Pahang yang aku dengor.

Man Troq ada kat Kuantan pada 16 dan 17. Charlie pulak dengar kabor 21hb ni ada kat Pekan.

Awak tak nak balik kampung ker ...ngeteh kat Ketapang dan pekena murtabak Pekan .... nyum..nyum..nyum tu Walid... bregestone.