Friday, December 22, 2006

mUsiM keNDuRi kaHWin

Musin-musim cuti sekolah ni memang banyak kenduri kahwin yang diadakan. Tadi masa saya tengah tunggu anak-anak saya di rumah emak SK sempatlah saya tengok-tengok album lama gambar-gambar majlis perkahwinan adik-adik SK. Dalam pada itu, saya tengok juga album gambar kahwin saya dengan SK pada 1hb Jun 1991 iaitu kira-kira 15 tahun dahulu. Bila tengok album tu, barulah saya recall balik kawan-kawan ITM Pahang yang menghadiri majlis perkahwinan saya dulu di Kuala Lumpur. ( Gambar-gambar tu maybe saya akan scan later)

Pengapit saya masa bersanding ialah Norhisham @ Apamz dan masa majlis akad nikah dan kenduri kahwin saya lihat yang hadir ialah Mat Dwan, Jepun, Puis, Antu, Kla-Kla, Mail Rodzi, Hakim, Azmi Mahmud, Man Troq, Syed Hamid dan Bob MG. Tak silap saya mereka semua ni telah bersama-sama saya dari rumah saya di Temerloh lagi kerana malam sebelum akad nikah tu kami buat Bachelor Party kat Mentakab. Geng perempuan yang hadir ialah Rozmah dan Shema.

6 comments:

Anonymous said...

Kida...macamana aku x dijemput...masa ni aku ngan Lan Kentei(kalu x silap)ada kat Mayban Mentakab...maybe le masa tu kita x kamcheng lagi!...Anyway now,aku memang happy betul...dapat kengkawan yg mana x sempat aku berkawan masa belajor dulu...Sesungguhnya terimakasih aku kepadaNya

Anonymous said...

Masa tu bukan tak kamceng tapi tak tahu cam mana nak kontek kot..kalau ko ada melintas depan aku masa tu mmg aku jemput nya...yang syed hamid pun tak beritahu aku ko ada kat mentakab masa tu ( hehehe..salahkan syed hamid jugak...)

Pokcik Zam said...

Koi pun x dijemput, sedangkan ofis koi kat Aked MARA T'loh tu. Kida, to be fair to all friends, why dont u bersanding sekali lagi. Samada dgn yg sekarang ni atau dgn yg baru. Sure meriah kali ni...sumer rodong pasti datang..betul tak rodong2!

Anonymous said...

Tak pun Slambe macam awk kata tu boleh jugak...kita buat gathering semua pakai baju songket..bersanding balik... meriah jugak tu...

Pokcik Zam said...

Kida, awak panggil seberapa ramai couple yg ada. Nanti koi panggil kwn koi kat news.

Anonymous said...

kalu gitu .. baik kita pakat bersanding skali lagi beramai-ramai (cuma pasangan jer lain sket)..