Monday, December 04, 2006

bUdaK pOmPUaN DIA


Kitang ada berikan saya gambar lama lawatan pelajar-pelajar DIA batch kita ke Terengganu masa kita belajar kat ITM dulu. Saya perhatikan dari gambar tu nampaknya budak-budak perempuan DIA begitu ramai bilangannya. Tapi apa saya fahamkan dari Kitang cuma Khairul Aziah sahaja yang kini bertugas di DBKL yang dapat dihubungi oleh beliau. Yang lain tu tak dapat dikesan. Dalam kita membuat perancangan untuk mengadakan grand gathering ini, penyertaan dari semua bekas-bekas pelajar amatlah dinanti-nantikan. So kalau sesiapa yang tahu di mana mereka semua ini berada harap dapatlah menghubungi saya menerusi e-mail atau phone atau berhubung dengan kengkawan DIA yang lain seperti Kitang dan Walid agar dapat kita ketahui dimana anda berada sekarang. Buangkanlah perasaan segan dan malu kerana kawan-kawan semua amat tertunggu-tunggu, ternanti-nanti dan amat rindukan anda semua yang telah hilang sekian lama.

5 comments:

Anonymous said...

koi kenai Mek Jaa je....yg lain2 tu ingat2 lupa

Anonymous said...

Apa punye classmate lah ko ni Mid...Mek Jaa je ko ingat yer...tapi aku pun kenal Bahu jer...kekekeke

Anonymous said...

Nama2 budok pompuan DIA batch Julai'85 :- Noor Hafilah,Sharifah Orkid,Nor Zulaifah,Kamariah,Siti Rahmah,Rozana,Sharifah Sabidin,Harlina,Noor Liza@Mek Jaa@Bahu,Sumarni,Maznah & Khairul Aziah@Yah DBKL

Anonymous said...

Budok pompuan 3rd batch(Jan'86) pun join sekali dlm lawatan ni...tu pasal nampok ramai/meriah je..kalu x silap aku hujung sebelah kiri depan tu org panggil Z,budak junior DIA.
2,3 gambor koi semenye koi dok kat belakang dgn gaya rock giler!...nasib baik le dah tua ni jadik orang gak...hehehe

Anonymous said...

koi pun ada ler juga ingat nama girls DIA...tapi rasanya yg paling popular ialah Noraisah (budak kuantan dan pemain pancaragam Sek Tun Fatimah JB)...budak DPA tahu ler kan nama ni...dgr khabar dia ada masuk Maktab Perguruan....