Thursday, December 28, 2006

iNTeRnet seRViCe iNteRRuptiON

Hari semalam 27hb Disember 2006 berlaku gangguan internet yang mana semua website dan blog dari luar negeri telah tidak dapat di akses. Ini di katakan berpunca dari kejadian gempa bumi di Taiwan yang menyebabkan kabel internet antarabangsa di dasar laut mengalami kerosakan dan mengakibatkan terjejasnya perkhidmatan internet kepada beberapa tempat di seluruh dunia. Sehingga artikel ini di tulis perkhidmatan website seperti Yahoo masih lagi tidak dapat di akses cuma blog yang bernaung dibawah Google dapat diakses semula mulai malam semalam.

Beberapa artikel yang telah dikirimkan oleh kawan-kawan semua yang tersimpan dalam Yahoo Mail saya tidak dapat diakses lagi maka artikel-artikel tersebut masih tidak dapat saya siarkan. Insyaallah jika keadaan dapat dipulihkan semula menjelang malam ini dan esok, saya akan cuba siarkan artikel-artikel tersebut secepat mungkin. Hari ini juga merupakan genapnya 3 bulan blog ini berada di alam internet menemani kita setiap hari dengan jumlah pengunjung yang telah mencecah hampir 17 ribu dan semoga ianya akan terus memberi manfaat dan mengekalkan silatulrahim antara kita semua, Insyaallah.

1 comment:

Anonymous said...

kengkawan...
kadang2 gangguan didalam sistem komunikasi canggih dan terkini itu ada hikmahnya...cuba kita renungkan secara positif :-
1. ianya memberi ruang untuk kita berfikir untuk lebih kreatif dengan tidak berharap kepada gajet2 moden, kembali kepada pen dan pensil... saya solute abg amid.
2. dunia kadangkala taksub dengan teknologi, sekali Allah tunjuk (baru sikit) menggelabah satu dunia... siapa lah manusia untuk mencabar kuasa Allah
3. gunakan teknologi dengan betul dan selamat..,kalu perlu back-up file, berbuatlah demikian kerana storage terlalu murah dan mudah sekarang.
4. variasikan hidup anda untuk tidak terlalu taksub dengan blogging dan surfing aje... hehhehe buatlah aktiviti2 lain juga supaya apabila terjadi hal yang seumpama ini anda tidak terlalu kecewa hingga tidak lalu makan dan sebagainya.
Sekian....