Saturday, December 09, 2006

oNLinE tRaCkiNg : skO-deNGeRs

Setelah sekian lama mencari software yang sesuai untuk tracking para-para skodengers yang mengintai-ngintai blog ini, maka pada hari Jumaat lepas saya dan SK telah menemui satu software yang sesuai iaitu NeoWorx. NeoWorx berfungsi untuk mengesan para online yang memasuki blog ini daripada mana-mana sahaja di dunia ini. Dengan fungsi mapping tracking, sesiapa yang memasuki blog akan dikesan melalui IP address dan line telefon yang digunakan.

Setelah dipasang mulai Jumaat lalu, barulah diketahui bahawa para skodengers blog ini bukan sahaja terdiri daripada mereka-mereka yang berada di Lembah Kelang mahupun Kuantan tetapi tracking telah berjaya mengesan pengskodeng dari Tokyo, Mountain View CA, Kg Balet Nyor, Ipoh, Kg Gajah Mati, Kg Tuman, Jerantut dan lain-lain lagi. Saya sebelum ini telah difahamkan bahawa blog ini telah diikuti setiap hari oleh para-para junior dan senior kita juga.

Blog juga ada menerima kunjungan daripada anak-anak kita seperti daripada anak Apamz, anak Kitang dan anak saya sendiri. Nampaknya blog ini telah menarik perhatian ramai peminat-peminatnya dan saya harap blog ini akan dapat menarik lebih ramai kawan-kawan kita untuk lebih menonjolkan diri mereka agar kawan-kawan yang lain mengetahui dimana mereka berada dan dapat menghubungi mereka untuk menjalin kembali ikatan persahabatan yang lebih mesra lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Mula2 project 'skodeng the skodengers' pas tu,, project 'terjah the skodengers' ok tak kidA? tapi yg kat japan tu saper nak terjah?