Tuesday, December 12, 2006

NostALgia bUdAK ITm - ePisOD 8 (edisi belum edit)

Perjalanan ke Kuantan balik dari Kuala Lumpur ku rasakan begitu perlahan sekali. Berat rasanya hati nak meninggalkan Kuala Lumpur. Sayu rasanya melihat wajah Rizie apabila melepaskan genggaman tanganku di Hentian Puduraya tadi. Semalam dan hari ini setiap waktu aku bersamanya, setelah dua bulan kami tidak bertemu.

Kami makan tengahari di The Ship pada hari Sabtu. Kemudian berjalan di sekitar Kompleks Pertama bersamanya. Malamnya kami berdua makan malam di Restoran Hanamasa di Ampang Park sebelum memandu perlahan ke Damansara menuju ke Hard Rock Café di Taman Tun Dr Ismail. Sambil mendengar dendangan muzik dari Kumpulan Search yang pada masa itu di anggotai oleh Man Kidal, Yazid, Yan dan Din serta penyanyi Amy, Search mendendangkan alunan lagu-lagu seperti Wasted Sunset dari Deep Purple, How Long dari Van Den Berg, Parisienne Walkways dan lagu-lagu metal seperti Iron Maiden, Black Sabbath, Metallica serta Ronnie James Dio.

Aku pulak kalau ke Hard Rock ni memang makanan kegemaran aku Fajitas atau Nachos. Rizie kata dia tak larat nak makan Fajitas dah sebab kalau fly memang kat hotel tulah makanan favourite stewardess. Asyik-asyik Fajitas…hehe. Rizie memang suka makan, buat lawak dan suka keluarkan perkataan yang pelik-pelik… “Sesuatu – Sesuatu lah budak tu” “Masin ganda dua”..macam-macam perkataan lagilah.

Aku sebenarnya bimbangkan kesihatan Rizie yang masih lagi keletihan akibat terlalu banyak travel. Kebanyakan stewardess senang mendapat sakit akibat terlalu kerap mengalami perubahan cuaca ialah kejap kat Taipei lepas tu pergi LA lepas itu balik KL semula, macam-macam cuaca mereka tempuh. Lepas tu waktu tidur juga tak menentu kerana perubahan masa sebab itulah kebanyakan stewardess bila balik KL mesti balas dendam tidur cukup-cukup. Lepas tu malam selalu tak boleh tidur, apa lagi pergi melepak lah.

Tapi Rizie ni jenis yang memang kuat berjaga. Aku pernah tanyakan dia seronok ke kerja stewardess ni. Rizie kata dia suka dan seronok dengan kerja-kerja travel macam tu. Walaupun kerja nya macam waitress kat restoran, menyediakan makanan dan minuman untuk penumpang dan melayan karenah penumpang yang bermacam-macam tetapi dia suka. Itu sebabnya banyak stewardess yang tak tahan kerja lama kerana mereka sememangnya tak berminat dengan kerja-kerja macam waitress tu. Biasanya selepas 2 tahun kerja dan dah pergi ke serata pelusuk dunia, banyak yang berhenti dan mencari kerja lain.

Sejuk pendingin hawa bas tak terasa padaku. Half Winter Jacket yang diberikan sebagai hadiah oleh Rizie bewarna biru yang dibelinya di LA sebelum aku menaiki bas tadi memberikan sedikit kepanasan. Aku juga mengenggan erat saputangan key Levis bewarna merah yang juga merupakan pemberian Rizie…

Bersambung….

2 comments:

Slambe Jr said...

Ni la hard rock + metal + cintun namanya. Cinta tak mengenal mat rock ke mat metal ker. Cuma bibir tak nak mengaku..hati mengelodak habis.

walid said...

tul tu slmber J.......berkelocak bak kata P.Ramlee..dub dab..dub dab