Tuesday, December 05, 2006

NostALgia bUdAK ITm - ePisOD 4 (edisi belum edit)

Aku cepat-cepat menyelitkan surat tersebut ke dalam beg kuliah. Rupanya Mat Rapu dengan Mat Pendang baru balik dari Dewan Makan. Aku tanya mereka … Korang nampak Sabri Cigak tak? Mat Rapu kata tak nampak masa kat Dewan Makan tadi. Mat Pendang pun tak nampak. Mana pulak pergi si Sabri ni….

Aku keluar bilik. Lorong tingkat 4 Asrama Remaja Blok C dipenuhi dengan kawan-kawan yang baru balik dari Dewan Makan. Ada yang tengah pekena rokok kat verandah tepi tangga. Kat situ aku lihat ada Pian, Joe, Puis dengan Amran, Meg dan Ajis sambil hisap rokok dan pasang mini compo Panasonic Amran dengar lagu Twisted Sister – I Believe In You.

Aku lalu kat bilik Slumber. Aku lihat Slumber dengan Kerbau tengah sembang. Depan bilik Slumber aku lihat Zainal Raider tengah buka pintu biliknya. Aku lalu lagi ke bilik depan dan aku lihat Bilal, Syed Hamid dan Apamz berada dalam bilik dia orang. Zambran aku lihat baru sampai bersama Muslim.

Depan bilik Bilal, aku lihat Che Dat, Zulhairi, Inspektor dan Apek masing-masing tengah baring kat atas katil. Inspektor tengah kilatkan kasut kulitnya. Apek macam biasalah tetap dengan kain pelikatnya tak berbaju tengah kumat kamit baca apa aku tak tahu. Zuhairi tengah study kat meja dekat pintu.

Aku terus ke hujung verandah di tepi tangga. Aku lihat Syed Mahdi dan Mat Trouble tengah berjalan menuju ke biliknya berdepan bilik aku. Aku tengok Pian, Joe, Puis, Meg, Meran dan Ajis masih di verandah. Noni pun ada dengan Hanif tengah main gitar sambil dengar lagu Twisted Sister. Mana Sabri Cigak ni? Aku tanya dia orang tapi semua tak tahu…

Sabri Cigak mesti tahu pasal surat ni…. Mana pulak melekatnya Sabri ni…..

Bersambung….

9 comments:

LaN KidA said...

Walid, Bilal n Apek..korang ingat tak sape penghuni tkt 4 blok C tu masa kita part 1....aku dah tak boleh recall la..sebelah bilik Bilal sape yer...Bilik Slumber sape duduk selain Puis dgn Kerbau? Bilik Zainal Raider sape duduk yer..sebelah bilik Che Dat sape duduk yer...Sarip, Pian, Joe duduk bilik mana yer?

kida said...

Slumber..awak pun ingat lagi tak...kalau ingat beritahulah kawan..kawan need that info utk cerita NBI kawan ni...

ZM said...

kida..depan bilik koi bukan bilal @ group..kalau tak silap depan bilik koi ialah amran dan maybe sebilik dgn chegeng, joe (lupa ha...). kalau nak tahu penghuni setiap bilik tanya aje Muslim sebab rasanya dia hafal...

Muslim a.k.a FG said...

"Depan bilik Bilal, aku lihat Che Dat, Zulhairi, Inspektor dan Apek masing-masing tengah baring kat atas katil". Kida.... Depan bilik Bilal (bersama di dalamnya Apamz, Walid dan Zambran), adalah bilik kami iaitu Fadil, Alias, saya dan(Nazery Ahmad Ghulam masa kita 1st semester ada, then pindah Shah Alam ambik DCS). Fadil, selama aku kat blog ni, hang tak pernah pun contact aku. Aku tau hang chat malam...

kidA said...

ZM..Meran bilik hujunglah..sebab aku ingat radio besar dia tu kat belah2 ke tangga depan.. aku ingat bilik kat tangga depan sebelah ke inderapura tu Noni, shahrul...depan bilik tu bilik Meran...sebelah bilik Noni bilik Ajis dgn Meg lepas tu aku tak ingat dah..

slambe jr said...

weh tak ingat dah...dah tua-tua ni..

ZM said...

erm...ntah lah kida...tapi yg koi ingat depan bilik koi ler orang yg menjadi dalang dalam april fool..(artikel yg koi nak antar pd awok tapi tak jadi juga ada kisah ini)...yg pasti bilik tu ada satu mamat pakai cadar mahal (masa tu ler)..dan apa pun bilal bukan bertentangan dgn bilik koi tapi sebaris...spt hussain DPA, jimmy DPA

slambe jr said...

haa.. yg april fool tu koi ingat. diaorg guna fire extinguisher. berlaku dpn mata koi. kecoh jap masa tu, smp nak gaduh. ZM, awok anto la kisah tu..

mAt dWan said...

kita orang dato bahaman... kelas bawahan... tul tak kla,?