Saturday, December 02, 2006

4 haRi yaNG buSy




Mula dari hari Khamis 30 November sampailah ke hari Ahad 3 Disember ni memang aku busy giler dan tak sempat nak update blog dengan artikel - artikel terbaharu. Dengan ada beberapa hal kerja yang perlu disettlekan dan beberapa kengkawan yang datang ke KL untuk berjumpa serta beberapa aktiviti keluarga sehingga Ahad ni, schedule aku pack giler. Ni pun aku baru balik ngeteh dengan Kerbau dan Kitang serta SK dan aku gagahkan jugak bersengkang mata untuk tukar lagu dan tulis ucapan harijadi Normah yang sepatutnya aku buat semalam, walaupun jam dah tunjukkan pukol 3 pagi.

Khamis lepas aku sempat berjumpa Che Dat di padang golf di Nilai Spring dan selepas itu kami pergi ke kedai Slumber Jr dan makan malam bersama. Slumber belanja makan ayam golek Nilai kat sebuah gerai berhampiran kedainya..memang best. Selepas balik makan malam dengan Slumber aku terus ke Suzy Corner kerana Kerbau, Kitang, Padil dan Syed Hamid ajak minum teh di sana untuk bincang berkaitan grand gathering. Kat Suzy Corner pun sampai pukol 3-30 pagi barulah selesai. Habis kat Suzy tu aku ada discussion business lagi dengan member sampailah pukol 5-00 pagi kat Pandan Perdana.

Then siang Jumaat selepas sembahyang Jumaat jugak pack dengan aktiviti kerja dan malam ada family outing lagi dengan adik ipar aku sekeluarga tapi sempat jugaklah ngeteh dengan SK, Kitang dan Kerbau yang nak balik ke Temerloh pekena sup dekat Jalan Doraisamy sampai pukol 1-30 pagi tadi. So sembang-sembang pun sampai rumah dekat pukol 3-00 pagi, lalu aku capai jugak notebook ni untuk update lagu dan sedikit artikel ni. Hari ni aku akan ke PD kerana anak2 aku dah ada kat sana since pagi Jumaat gathering dengan keluarga side aku so tidur semalam kat sana dan Ahad nanti baru balik KL. Insyaallah malam Ahad nanti aku buat artikel2 baru untuk tatapan korang Isnin nanti dan ada beberapa artikel dari Awin dan FG yang pending aku tak siarkan lagi. Aku jugak nak tulis satu artikel berkaitan lagu Ayah dan Ibu ni....

5 comments:

slambe jr said...

gini lah gaya Melayu Baru..kerja, kerja & kerja tanpa mengira masa. Dgn family pun x penah lupa atau abaikan. Berjaya kerjaya, bahagia berkeluarga. Syabas inspektor shahab..

Bilal said said...

Cam mana dgn plan gathering kita.. adakah nak buat di Kuantan atau Shah Alam..

kidA said...

Bilal, lama tak dengar berita.. bila nak datang KL...boleh kita buat discussion sikit dgn comittee members on gathering.. skrg ada macam2 cadangan... Kuantan? Shah Alam n Kuala Lumpur...

kitang said...

Kida/Bilal/Kengkawan yg lain...apakata hujung minggu kat cuti Hari Krismas tu kita dinner sesada kita/family kat mana2 di KL & kita buat informal discussion pasal next gathering...dinner tu kita 'tong-tong'sesama kita

kidA said...

tu yang aku cadang nak buat dinner tu Kitang...ok jugaklah..nanti kita ngeteh kita fikir lah nak buat kat mana.. Tupai2 ke...Cerana ker...Shah Alam ker (Walid senang nak pi)...