Monday, December 11, 2006

NostALgia bUdAK ITm - ePisOD 5 (edisi belum edit)

Aku balik semula ke bilik ku. Sampai di bilik kulihat Mat Rapu dengan Mat Pendang sedang berbaring diatas katil masing-masing sambil berbual. Aku lihat ada sekeping poskad di atas katilku. Aku ambil poskad tersebut. Aku terus bertanya Mat Rapu .. Kau ke yang ambil poskad ni Rapu dari ofis hostel kat bawah? Mat Rapu menganggukkan kepala. Terima kasih Rapu.

Aku kembali meneliti poskad tersebut. Setem pos dari USA dan ada cop dari Los Angeles California. Mesti poskad dari Rizie ni. Aku paling poskad tu dan dibelakangnya memang sah tulisan Rizi.

Lan,
I baru sampai kat LA dari Taipei. Letihnya flight 12 jam.Chief Steward I tak sporting langsung. I ada beli untuk you something. Jumaat 20-8-1985 malam I balik KL. Jumpa I kat KL ye nanti. Call my house ye.

Rizie

Jauh poskad kau datang..sapa Mat Rapu. Member lama Rapu, masa aku sekolah kat Ipoh dulu. Aku tengok jam. Hari ini Khamis 19hb Ogos. Alamak aku kena beli tiket bas pergi KL ni. Aku bergegas ke tempat parking motor dan aku memecut ke stesyen bas Kuantan.

Aku sampai semula ke Hostel Remaja setengah jam kemudian. Aku bergegas naik ke bilik aku. Dalam perjalanan ke bilik, aku terserempak dengan Sabri Cigak. Aku terus tarik tangan Sabri… Sabri, kejap, eh..kau ye yang letak surat pink kat atas katil aku tengahari tadi. Sabri tersentak… Mana ada aku letak surat atas katil kau. Aku baru sampai ni dan aku nak pergi kelas dah ni, Lan.

Iskh..iskh..sapa pulak yang letak surat tu ye. Sabri bertanya.. surat apa Lan? Aku termenung seketika. Surat dari N… Sabri tersenyum. Betul ker Lan..Tanya Sabri… Betul..nanti kau balik kelas aku tunjuk kat kau… Ok, ok..balik kelas nanti kau tunjukkan kat aku ye, pinta Sabri.

Siapa pulak yang letak surat tu yer… dan macam mana N boleh hantar surat tu. Aku mesti jumpa N..tapi sebelum tu aku mesti tanya Sabri dulu… petang nantilah aku fikirkan.. Sabtu pagi aku mesti ada kat KL jumpa Rizie. Rindu aku lama tak jumpa Rizie semenjak aku masuk ke ITM Pahang ni.. tapi N….

Bersambung.....

4 comments:

Anonymous said...

setakat ini watak-watak didalam cerita ini adalah benar-benar wujud..so nantikanlah siri-siri selanjutnya...kemungkinan cerita ini akan dibukukan...dan berada di pasaran.... Tungguuuuu

Anonymous said...

cerita2 dalam NBI ni semuanya cerita sebelum aku jumpa SK yer...SK tak masuk picture lagi dalam cerita ni...

Anonymous said...

aii.... awal2 dah wat 'disclaimer notes' nampak...

Pokcik Zam said...

peh ni SK lak kena keluarkan kisah cinta dia sebelum kida..