Sunday, December 10, 2006

NostALgia bUdAK ITm - ePisOD 7 (edisi belum edit)

Sebuah kereta Mazda 323 hatchback berwarna maroon berhenti betul-betul di depan Seven Eleven di depan Hentian Puduraya. Jam sudah menunjukkan pukol 7-30 pagi. Rizie dalam hatiku.. dan aku terus melangkah kearah kereta tersebut.

Lan.. dia bersalam dan mencium tanganku. Hai Rizie…aku melemparkan senyuman kearahnya. Kita pergi breakfast ye babe… ajak Rizie. Aku anggukkan kepala. Aku lihat Rizie mengenakan jeans Levis dan T’shirt round neck bewarna putih juga dengan jenama Levis. Cantik. 2 bulan aku tak tengok Rizie, aku lihat badannya kurus sedikit. Rambutnya masih terurai panjang sehingga ke bahu.

Kami berhenti sarapan di sebuah gerai di Bukit Bintang. Aku memesan segelas kopi O dan sepinggan nasi lemak dan Rizie pun begitu juga.

Lan..so how’s your life kat Kuantan. Banyak awek ye?….hehehe. Aku pun ketawa juga. Takdelah…Gua kat Kuantan heavy metal babe..aku beritahu Rizie. Geng gua semuanya heavy metal tak mainlah cintan-cintun and jiwang-jiwang ni…betul babe…

Jumpa Achid tak?… Rizie bertanyakan samada aku ada berjumpa Syed Ismail budak Kg Sega Raub, member sekolah kami masa di Ipoh. Syed Ismail ni memang member kamcing aku masa kat Ipoh. Aku ada 4 orang yang satu geng dengan aku masa kat Ipoh. Achid ( Syed Ismail) jadi senior gua lah babe..satu course jugak DBS tapi Achid batch Januari 1985. Gua ada jumpa dia dan dia pun tanya gua ada jumpa lu tak babe..gua beritahu dia gua nak jumpa lu hari ini kat KL…lagipun Achid lah yang hantar gua kat stesyen bas Kuantan tadi pakai motor gua. Dia kirim salam…

Achid masih dengan Sharifah lagi ke? Tanya Rizie. Ntah lah babe..gua ada tanya dia kata masih dengan Sharifah budak kelas kita dulu tu masa kat Ipoh. ( Achid akhirnya kahwin jugak dengan Sharifah lepas ITM )

So..awak takkan takde peminat kat ITM Kuantan…ala masa kat Ipoh dulu macam-macam awak..dengan kakak angkat seniorlah..adik angkatlah… ingat tak masa kita kat Ipoh dulu..girlfriend awak dari KL bawak kek birthday awak all the way from KL just to celebrate with you… bengang betul kita kat awak masa tu.. Rizie cuba menyoalsiasat aku ni dalam hatiku.

Takdelah babe… Gua kan heavy metal gua cakap lu kat Kuantan. Member gua semuanya budak-budak kepala gila-gila… siap kutuk-kutuk lagi kalau nampak couple-couple ni…betul babe. Gua pun join dia orang sebab gua boleh main gitar. Gua pun masuk ITM dah berhenti dengan band gua kat Temerloh…kesian member band gua kat sana. Tak taulah camne dia orang nak cari satu kepala ganti gua untuk buat show kat area Temerloh tu. Dulu gua dapat jugak duit bila iring artis-artis yang datang kat Padang Besar Temerloh buat pertunjukkan pentas kat situ.

Babe…bila awak fly balik? Fly mana?… Kita pergi Amsterdam lagi 3 hari..then stay kat London about 4 days then to Zurich about 3 days..then balik KL balik.. 10 hari lah awak kita kat Europe… Lamanya babe…mati keringlah gua kat Kuantan babe. Awak stay KL sampai esok malam yer…pinta Rizie..coz Isnin kita balik rumah mak kita kat Hulu Kelang then Selasa kita fly balik… bolehlah awak..boleh kan..kan..kan…

Bersambung.....

4 comments:

mat dwan said...

kidA, achid nie hostelmate gua masa dia form 5 gua form 3 (sama ngan karad) kepala giler... tapi spm result ok gaks.

LaN KidA said...

Achid nilah salah seorang member kamcing aku sebelum masuk ITM..sehidup sematinye...tapi lepas ITM aku hilang kontek terus dengan dia...bini dia tu classmate aku jugak masa kat Ipoh...

mat dwan said...

mamat tu kelakar giler... ponteng kelas slalu.. tapi masuk itm dah jadik 'mpp' pulak.. dah insaf kot...

kida said...

aku dulu kelas xpress setahun sebab tulah aku boleh SPM sama dgn Achid..aku SPM umur 16 tahun