Saturday, December 16, 2006

iSteRi RazaNi @ buLU DIA teNaT




Jepun telah mendapat panggilan dari Bulu DIA pada malam semalam memberitahu bahawa isterinya berada di dalam keadaan tenat di Wad ICU Hospital Serdang kerana mengidap demam denggi. Saya, SK, Jepun dan Shema telah pergi melawat Bulu dan isterinya di Hospital Serdang pada malam tadi dan kami sampai di situ lebih kurang pukol 11 malam dimana kami telah berjumpa Bulu disitu.

Menurut Bulu, keadaan isterinya adalah kritikal dan tenat bermula pada pukol 3 petang semalam. Isterinya telah dimasukkan ke Hospital Serdang pada hari Khamis setelah mengidap demam beberapa hari sebelum ini bermula pada hari Ahad lepas. Tanda-tanda denggi seperti bintik-bintik mula dikesan pada hari Rabu dan beliau telah berjumpa doktor yang mengesyorkan dimasukkan ke hospital.

Menurut Bulu lagi pada sebelah tengahari semalam keadaan isterinya sedikit sihat dan nampak beransur pulih tetapi beliau telah mendapat panggilan doktor dari Hospital Serdang yang mengatakan isterinya dalam keadaan tenat pada pukol 3-00 petang semalam sewaktu beliau pulang sebentar kerana ingin menghantar anak kecilnya balik kerumah.

Sehingga jam 1-00 pagi tadi, keadaan isterinya masih tenat lagi dimana virus denggi tersebut telah menyerang jantung, paru-paru dan buah pinggang yang menyebabkan kesemuanya tidak berfungsi dan isterinya kini berada dalam keadaan sepenuh bantuan life support. Menurut Bulu, doktor yang berjumpa dengannya telah menyatakan bahawa isterinya sudah tiada harapan lagi. Sedih melihat keadaan Bulu yang masih lagi dalam keadaan terperanjat kerana tidak menyangka keadaan akan menjadi begitu kritikal sebegini. Kaum keluarga beliau dan isterinya semuanya telah berada di hospital menziarahi isterinya di Wad ICU tersebut.

Kepada kawan-kawan semua marilah kita berdoa dan kalau berpeluang bersembahyang hajat meminta agar isteri Bulu kembali dipulihkan. Kepada kawan-kawan yang ingin menyampaikan pesanan sms kepada Bulu no. telefon beliau ialah : 012-2095272. Dan kepada kawan-kawan yang berpeluang, marilah sama-sama kita menziarahi Bulu dan isterinya di Wad ICU, Hospital Serdang kerana sekurang-kurangnya sokongan moral didalam waktu-waktu begini akan meredakan sedikit ketegangan dan memberikan kekuatan kepada Bulu dan keluarganya dalam menghadapi musibah yang melanda ini. Apa-apa berita berkaitan perkembangan isteri Bulu akan saya lapurkan dari masa ke semasa, Insyaallah.

4 comments:

Doa kami dari wellington said...

Sampaikan slm aku kepada bulu. Insyallah hopefully semuanya akan ok.

kida said...

Insyaallah aku akan sampaikan salam ko Pian...

Bila nak masuk tidur semalam aku terfikir betapa kita yang sihat ini sepatutnya mengucapkan syukur yang amat sangat sebelum kita tidur kerana kita boleh lagi masuk tidur dengan aman dan tenang sedangkan ada kawan atau insan-insan lain yang tidak dapat tidur kerana keresahan isteri, anak, keluarga yang sedang sakit atau di timpa apa saja musibah.

Bersyukurlah selalu dan marilah kita berdoa untuk Bulu semoga ditabahkan hatinya menerima kententuan ini.

kida said...

Aku ada msg kat Bulu dalam pukol 9-30 pagi tadi dan dia memberitahu keadaan isterinya masih tidak berubah. Dia ucap terima kasih kepada kengkawan yang prihatin dengan dia dan isterinya. Insyaallah aku akan update perkembangan isteri Bulu di sini dari masa ke semasa...

LaN KidA said...

Bulu sms aku tadi dalam pukol 8-00 malam beritahu keadaan isterinya tak banyak perubahan. Macam semalam jugak lah. Cuma ada tanda-tanda positif sikit.

Kengkawan semua teruskanlah mendoakan agar isteri Bulu selamat dan pulih kembali.