Monday, October 16, 2006

Slumber Junior DPA - Delima, Roomate & Kapcai

Selambe Junior atau Nizam ni member kita dari DPA, budak baik, pendiam dan low profile sikit.. Dulu aku pernah jumpa dia kat Ampang, lama dah kira2 5 tahun lepas, katanya kerja kat Shah Alam...lepas tu aku tak dengar dah cerita dia. Tapi alhamdulillah dia dapat tahu pasal blog ni dan masuk hari Sabtu lepas. Dia sekarang buka kedai kat Nilai dan dah jadi orang Nogori...masuk suku..bernikah dah pasal dia kata kat aku bini dia ada datang shopping kat kedai dia... Artikel kat bawah ni disumbangkan oleh Slumber Jr untuk mengimbau kenangan dia masa kat ITM dulu....

Delima, Room-mate & Kapcai
by Slambe Jr

Aku nak rewind balik kisah aku masa final year kat ITM Shah Alam dulu. Semester 5 aku dok kat Delima 5. Masa tu dok ngan class mate. Ditakdirkan kawan kita ni layan “smoke in the water, the fire in the sky…”. Serba salah aku di buatnya. Kalau dia layan bende tu, ajak kawan dia sekali peh tu “fire in the sky” jadi jerubu. Penuh satu bilik, bau semacam je..kalah curut.

Poning kepala den. Pehtu bila dia nak operasi lagi, aku tau dah. Ada geng dia sorang datang dan keluarkan semua peralatannya yang dibuat sendiri dari bawah katil. Masa tu, aku kuar bilik pegi bilik TV ke, bilik rodong lain ke. Takut gak kalau warden datang, ngan aku-aku sekali kena tendang.

Selama satu semester aku dok pening ngan rodong sorang ni. Tak kira masa nak exam ke masa biasa ke, masa aku nak tido ke, dia layan semacam jer. Tanya best fren aku camne nak buat. Aku takut gak nanti dikata join sama. Last2 jumpalah Lecturer Law, Pn Zakiah mengadu. Tapi nama rodong ni tak dibagitau langsung. Puas dia desak, tak bagi gak sebab kesian kang kena buang..dah ler final year. Cuma minta lecturer tu cover aku in case bilik aku kena serbu. Satu semester di Delima, aku dalam dilemma…

Semester 6 masih dok D5 tapi sebilik ngan budak DIB dari Sabah. Dia ni memang asalnya dari ITM Melaka, Adib namanya. Kali ni okay ler tak de masalah sangat. Cuma bila dia study kus semangat sampai ke pagi. Aku kul 10pm tutup mata dah. Susah gak tido terang benderang ni, nak tak nak tido berkelubung.

Masa Sem 5 & 6 aku bawak kapcai versi awal tahun 1970an. Masa tu aku ingat kapcai aku paling antik di ITM. Kadang2 start minta kawan2 tolong tolakkan. Ada gak sesekali Adib, Mulyadi, Arash dan lain-lain tumpang ke kuliah. Nak naik bukit Delima masa pegi bukan main merengek kapcai tu. Selalu lumba ngan kapcai Bilal, tapi dia versi baru makan asap aku. Kalau balik, masa daki Bukit kat Seroja tu, kena main gear satu jer, takpun tak lepas beb. Keistimewaan kapcai ni ialah takde orang pun sudi nak pinjam. Dua peristiwa yang paling aku ingat tentang kapcai ni, pertama Mulyadi tumpang balik dari school. Naik bukit Kenanga takleh pegi. Tekan gear 1 kat atas bukit tu, kapcai melompat. Terjatuh dan terduduk Mulyadi atas jalan raya. Kesian dia. Peh tu tak berapa nak tumpang dah.

Peristiwa kedua Adib room mate tumpang. Masa tu baru lepas hujan. Tayar lak botak. Kona kat D2, takleh control. Habis aku cedera diheret jalanraya. Masa tu seminggu nak habis final exam. Datang exam pakai selipar terhincut2. Peh tu masuk praktikal kat Kastam Johor masih belum pulih, jalan senget sebelah sampai kakak kastam tu tanya kat kawan aku.. “dia ni cacat sejak kecik ke?”

Tu la kenangan dolu-dolu nak kongsi nostalgia nak rodong2. Kapcai tu CF6454 masih ada kat kampong anak sedara guna pegi sekolah.

4 comments:

LaN kiDa said...

Aku tengok gambar tag kat leher slumber tu tag Mydin...ko kerja Mydin ker slumber...atau Mydin kerja dengan awok?....manalah tau kan....

asta lavista said...

aku kalu ngan selamber mmg banyak kenangan... masa itm banyak gaks la, tapi yang banyak lagi masa form 5... tu yang aku terdengar-dengar je suara sengau dia... ada ke depa main 'Star-Wars dlam bilik kecik' hheheeh... name glamer beliau masa tu 'Kadok' (bukan kadok naik junjung ek'
asta lavista

LaN kiDa said...

Mat Dwan...bila ko ni cerita pasal ko plak...bukan payah panjang2..buat mcm slumber pun ok dah...panjang karang jenuh kutu membaca plak

slambe jr said...

kalu tau nama Kadok ni musti Mat Dwan ngan sorang lg je tau. Sebenornya Kadok & Slumber ni aku warisi dari Senior, abg aku tuh. Mat Dwan ni masa Form5 memang rock abis...rambut punk, Metallica, Scorpion,dll mainan dia. Suka buat tulisan blok.