Tuesday, October 17, 2006

Pasal Gambar kat Blog

Assalamualaikum,

Aku cuma nak beritahu kat kengkawan semua kalau hantar gambar kat aku untuk siarkan dalam blog ni, kalau boleh tolonglah cari gambar yang kecik sikit saiz nya yakni megabytenya. Jangan lah satu gambar tu sampai 1.3Mb. Letih aku nak kecikkan dia nak bagi masuk kat blog ni. Boleh tu boleh nak siar gambar2 yang besar2 ni...tapi korang tau la aku ni bukan ada masa dan rajin sesangat. Cara nak kecikkan gambar ni takde lah susah sangat masa korang tangkap gambar tu. Korang setkanlah resolution dia bagi kecik 1280 x 960, tu pun dah boleh muat satu muka PC tu...tak payahlah pergi resolution sampai 3072 x 2074, tu yang jadi satu gambar sampai 1.3 mb, lagipun tak jimat memory card korang. Kalau pakai resolution 1280 x 960, habis kuat ko punye satu keping gambar dalam 350kb sahaja. Jimat memory card, boleh ambik banyak gambar. Bagi gambar2 yang dah korang ambik, korang kecikkanlah sikit saiz dia kat Paint ke atau kat Photo Editor ke ye...

Sebab tu lah gambar2 yang aku siarkan kecik2 je. Tapi aku akan usaha cari masa untuk kumpulkan gambar2 tu dan letakkan kat dalam satu photo bucket dengan saiz dia yang sebenar. Cuma aku nak beritahu kengkawan tu la sebabnya gambar2 yang aku bubuh kat sebelah artikel tu gambar kecik2 je...

Tapi kalau dah takde gambar kecik tu, hantar je la gambar apa yang ada ye. Pandai2 la aku nanti. So harap dengan penjelasan ni kengkawan semua clear ye....

2 comments:

Pokcik Zam said...

Mcm Lan kata tu, mana2 yg amik gambo ngan digital camera, load kat PC. Pegi kat gambo tu klik kanan, 'open with' guna Paint. Peh tu save balik atas nama file baru. Dgn cara tu size gambo tu jadi kecik dgn banyaknye..ajaib kan? Senang la nak email peh2.

Anonymous said...

Tima kacih Slumber pasal tolong bagi jelas lagi.... Sbb itu gambo slumber senang je koi download dan clear je