Monday, October 02, 2006

Gathering Ex ITM Pahang Batch Kita


(Gambar Khairuddin @ Kudin DBS- tgh gunting rambut anak ke2 nya)

Dari feedback yang aku dapat dari kengkawan yang masuk dalam blog ni, ramai yang bertanyakan samada kita boleh buat gathering untuk batch kita. Almaklumlah setelah 21 tahun bertemu dan 18 tahun meninggalkan ITM tentu banyak cerita2 menarik dan perkembangan kengkawan yang kita ingin untuk tahu dan berjumpa kembali.

Setakat ini aku sendiri ada 2 kali pengalaman menganjurkan gathering ni. 1st time tahun 1994, aku anjurkan gathering untuk batch aku DBS di Shapadu Training Centre di Hulu Langat, Selangor. Nasib baik masa tu aku kerja kerajaan, jadi aku gunakanlah segala kemudahan kerajaan untuk menganjurkan gathering tu. Gathering tu aku buat 2 hari 1 malam dan tempatnya seperti aku cakap tadi siap dengan kemudahan tempat tidur dan kompleks sukan. Jadi sempatlah aku buat sukaneka, dinner, karaoke dan semua boleh tidur disitu dengan bayaran yang amat berpatutan. Seingat aku bayaran hanya RM150 satu family siap everything. Tapi dengan jumlah lebih kurang 40 orang budak kelas aku dulu ditambah dengan family masing2 adalah lebih kurang 80 orang, untuk menghubungi dan menguruskan gathering tu walaupun dengan committee seramai 6 orang, memang memerlukan komitmen dan kesungguhan yang sebenar.

Kali ke 2 aku buat gathering ialah dengan penganjuran Kejohanan Golf Ex ITM Pahang 85/86, Dinner dan Karaoke bertempat di Bukit Beruntong Golf & Country Resort, Selangor pada Julai 2004. Kali ini committee aku hanya 5 orang sahaja dan aku dah tak kerja kerajaan, jadi tak dapat nak guna kemudahan kerajaan. Alhamdulillah gathering tersebut berjaya juga dengan penyertaan untuk golf seramai 5 flight atau lebih kurang 20 orang dan non-golfer pula menyertai dalam dinner di Bukit Beruntong. Seterusnya aku adakan karaoke di News Ampang, Plaza Yaow Chuan, Ampang kat bilik VVIP dimana aku ingat yang datang untuk karaoke lebih kurang dekat 70-80 orang. Masa tu aku juga berjaya mengenakan bayaran yang amat berpatutan iaitu golfer RM100 dan non-golfer RM50 siap everything. Setiap seorang mendapat cenderamata kenangan dan hadiah untuk kejohanan golf.

Jadi, untuk menganjurkan gathering untuk semua kursus bagi batch kita disini, gua rasa memerlukan satu kerja yang amat besar samada gathering untuk dinner sahaja atau gathering dengan aktiviti2. Walaubagaimanapun, feedback kengkawan amatlah diperlukan untuk menentukan tempat dan tarikh gathering yang sesuai. Jika ingin diadakan pada tahun ini seperti yang diinginkan oleh beberapa orang kengkawan kita dalam chatbox di sebelah, saya rasa awal atau pertengahan bulan Disember 2006 adalah sesuai. Tempatnya ada beberapa cadangan samada di Kuantan atau di Kuala Lumpur. Saya serahkan kepada kengkawan untuk memberi pandangan. Saya juga inginkan sesiapa yang sukarela untuk menjadi committee dan kalau boleh lagi ramai lagi elok. Saya rasa Bilal, Hantu (Aimi Jarr) dan Syed Hamid bersedia untuk membantu.

Oleh itu saya memerlukan pandangan anda semua yang masuk ke blog ini untuk memberikan cadangan di dalam ruangan Comment di bawah dan tolong siarkan nama atau nick yang boleh dikenali ( pilih identity Others ) supaya senang kita tahu dan kumpulkan cadangan tersebut. Gathering yang akan diadakan ini bukan sahaja bertujuan untuk mempertemukan semula diantara kita kengkawan semua tapi disebalik itu ianya adalah juga peluang untuk kita membuat aktiviti amal bagi tujuan membantu kawan2 kita yang memerlukan bantuan dan sokongan dari kita semua. Semoga perancangan kita semua menjadi kenyataan berkat usaha dan kesabaran, Insyaallah.

2 comments:

walid said...

gathering ni mayb buat simple dulu...cam dinner sbil mengimbas kembali kenangan lama serta slide show....mayb utk dinner ni kat KL cantik..ada hotel yg 3 star dah cukup. Dewan utk dinner, bilik penginapan utk yg dtg dari jauh..kira2 perjumpaan batch kali ini sebagai mukadimmah. Sbb KL terletak tgh2..cadangan ikhlas...

Joe said...

tak ingat nak balik kemunting ke abg amid