Thursday, October 05, 2006

Genap Seminggu Blog ni




( Gambar Azmi A. Bakar @ Bilal DPA)


Tadi, selepas berbuka puasa Apamz msg kat aku menerusi handphone, dia kata sambutan ice blended dia di luar dugaan hari ni. Katanya maybe salah satu sebab pasal aku iklankan dalam blog ni. Alhamdulillah, katanya ada kengkawan Kuantan yang datang berjumpanya hari ni dan membeli kat dia. Tapi ada sesetengah tu budak pompuan DBS ke atau DPA dia tak berapa ingat. Apamz kata lagi terima kasih kepada kengkawan yang mengunjunginya.

Aku harap kengkawan tak akan bertandang ke tempat Apamz kali ni sahaja. Teruskanlah bila ada kelapangan. Kepada kengkawan aku juga ucapkan terima kasih dengan prihatin anda semua. Semuga niat suci kita akan terus mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah swt di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Alhamdulillah juga dah genap seminggu blog ni di lancarkan dan kauter hit terus meningkat dari hari ke hari. Saat ini kaunter menunjukkan 754 hits. Aku di fahamkan menerusi e-mail, hari ini Kla-Kla @ Shamsul Amri (DBS) serta Wan Rozain (DBS) telah menyertai kita didalam blog ni. Alhamdulillah teruskan memberitahu kawan2 kita yang mungkin masih lagi tidak mengetahui tentang kewujudan blog ni terutama dari kalangan DCS dan DSS. Teruskan lah menatap blog ni hari2 kerana terdapat berbagai cerita2 menarik yang dapat disampaikan disini. Aku pun dah tambahkan columm jadual waktu solat untuk kemudahan kengkawan.

Tak lupa juga aku nak ulang sekali lagi, terutama bagi yang baru menyertai blog ni, sila klik kat archieve kerana banyak lagi artikel2 terdahulu yang aku dah postkan. Kalau nak tengok gambar Hantu, Puis, Arash, Padil, Kerbau, Sidi dan Mat Rock korang baca artikel Aktiviti Golf dan klik kat photo bucket kat bawah artikel tu. Terima kasih kerana sokongan anda semua.

2 comments:

wakid said...

salam...so mmg Yang Maha Esa maha mengetahui akan keihklasan kita semua...jualan apamz ari semlm memberangsangkan....diharap mudahan..trus begitu....KEEP ON ROLLIN APAMZ

Mat Dwan said...

Salam Semua,

Mat Dwan mengucapkan selamat berpuasa, perangai yang kureng baik dulu tinggalkan aje la...dan selamat berhari raya... Eid Mubaraq, semoga hari-hari yang mendatang lebih ceria, lebih bererti, lebih ibadah dan yang paling penting lebih baik dari semalam.

ROCK TERUS ROCK