Wednesday, October 04, 2006

Budak DCS dan DSS batch kita


(Gambar Nasrun @ Mat Rock DIA)

Aku harap ada diantara kengkawan kita dari kalangan course DCS dan DSS batch kita yang dapat turut serta dalam blog ni untuk melengkapkan semua exITM Pahang 85/86 satu batch dengan kita dulu. DCS, aku ada beritau pasal blog ni kat Azman (Noni) dan suruh dia hebahkan kat kengkawan yang lain. Namun setakat ni belum ada lagi tanda2 yang geng2 kita dari DCS ni muncul dalam blog ni atau menghubungi aku.

Budak DSS pulak memang aku takde kontek langsung. Jadi aku amat berharap kalau ada diantara kita yang masih mempunyai hubungan dengan kengkawan dari DCS dan DSS agar dapat menghebahkan kepada mereka tentang blog ni dan menghubungi aku dan kengkawan yang lain. Ini juga antara lain dengan tujuan agar gathering yang kita rancangkan nanti boleh merangkumi semua kursus pada masa batch kita itu.

No comments: