Friday, October 13, 2006

Cadangan Bilal Untuk Pregathering

E-mail ini telah dikirimkan oleh Bilal kepada aku untuk mendapatkan pandangan dari kengkawan semua berkaitan pregathering yang dicadangkan. Pregathering ini dicadangkan dibuat pada Ahad 19hb November 2006. Sila beri komen anda di bawah.

Askm.Berikut dinyatakan cadangan secara kasar dan feel free to provide feedback atau ada cadangan lain yang lebih baik.

Objektif.

1. Mengadakan perjumpaan awal untuk membincangkan Gathering -Grand Re-union UITM Pahang Batch 85 Kuantan
2. Perjumpaan hari raya
3. Perjumpaan yang simple - just 3 to 4 hrs.

Lokasi.

1. Temerloh
2. Maran.

Event.

1. According to pelan asal, aku sekadar ingin mencadangkan gathering yang simple just 3 to 4 hours or half day kerana ia tidak melibatkan kos yang besar. Setiap di antara kita sumbangkan beberapa menu contohnya Kida sekeluarga - Mee Goreng, Syed hamid - lemang, Bilal- rendang, Rozain, serunding, yang lain-lain kuih dan minuman .

2. Gathering seumpama ini hanya perlukan 2 canoopy dan beberapa meja serta kerusi ( lebih-lebih RM400 dan kita boleh share.

3. Tak perlu bermalam kerana pre-gathering seumpama ini very costly dan kita simpan budget berkenaan untuk grand re-union.

4. Lagipun, 18 atau 19 tu masih lagi pertengahan syawal dan hujung minggu pulak tu pasti ada diantara mereka yang tak dapat bermalam atas tujuan agenda masing-masing.

5. Tiada big event seperti golf, bowling dan apa saja kerana event tu kita simpan untuk grand re-union agar lebih menarik dan lebih ummphh.

6. Aku cadangkan hari Ahad 19 hb.agar kita tidak pinggirkan apamz.. pasti dia tersangat ingin untuk hadir. Dan jika program ini hanya setengah hari pd hari hari ahad, ia tak membebankan sesiapa mahupun mereka bekerja dan ada anak bersekolah keesokkan harinya.

7. Bab catering tu kalau Rahman kerbau nak sumbang adalah dialu-alukan tapi actual catering kita boleh deal ngan dia pada hari Grand re-union. Dan jika rahman ada bisness pd hari tu jika kita buat berhampiran ngan tempat dia, dia boleh lari kejap dan joint kita berbanding apamz jika kita nak buat hari sabtu.

8. Apabila semua dah bersembang dan dah kenyang.. baru lah kita brain storm pasal our main event - grand re-union.

Amacam.. itu cadangan aku sahaja.. kot-kot ada cadangan yang lebih baik adalah dialu-alukan.

Bilal

5 comments:

niazor said...

koi jual kuih-muih spt kerepek, maruku & kuih-kuih kering, jadinya koi bawa kuih ajelah, serunding tu berat sikit

walid said...

bilal,
tarikh tu ok
tpt : temerloh ( exact location terpulang)
lain2 agenda...orait

niazor said...

tarikh tu koi rasa budak sekolah dah cuti..minta bantuan Raman Sakri, tempat bleh tanya Raman sbb dia kena angkut makanan nanti

Kida said...

Walid...betul jugak tempat tu nak buat kat mana ye.... Nak buat rumah ayah aku...ayah aku baru pindah...rumah pun tak berapa siap lagi....Aku rasa kat Kelab Golf Maran sesuai sikit la....kat dia punye chalet tu...

Anonymous said...

Dicadangkan intake Januari turut serta