Friday, October 06, 2006

Kegiatan Amal Bulan Ramadhan


Masuk bulan Ramadhan ni, banyak la aktiviti2 amal di adakan samada oleh individu atau syarikat2 korporat dengan mengadakan majlis2 amal berbuka puasa dengan anak2 yatim, orang2 tua dan orang kurang upaya. Kebanyakan majlis2 tu kita lihat di adakan samada di hotel2 atau di rumah2 kebajikan. Dengan peruntukan yang besar dan publisiti yang luas, kebanyakan majlis2 tersebut menelan belanja yang besar dan meriah. Tak kisah lah kerana kalau dengan tujuan murni untuk berbuat amal kebajikan apa la nak dikira wang ringgit kan. Tapi adakah syarikat2 besar atau individu jutawan sahaja yang boleh mengadakan majlis seumpama itu. Dan kenapa kita lihat majlis2 seumpama itu yang penuh dengan publisiti kebanyakannya dibuat di Kuala Lumpur sahaja.

Di sini aku nak share pengalaman aku sikit dalam menganjurkan majlis seumpama itu. Tujuan aku bukan lah nak bermegah dengan menyatakan bahawa aku pernah mengadakan majlis seumpama itu. Tapi aku nak share pengalaman aku bahawa ada tempat yang lebih memerlukan majlis2 amal seumpama itu jauh di pendalaman tanpa publisiti dan sebagainya.

Aku beserta 3 orang lagi kawan aku pernah menganjurkan majlis amal seumpama ini di sebuah tempat jauh di pendalaman negeri Kedah berhampiran dengan sempadan Siam. Kalau kengkawan arif kawasan Kedah tempatnya ialah di Naka, Kuala Nerang, Kedah. Jadi kami ber4 pun berjumpa la dengan Pegawai Daerah Kuala Nerang untuk berbincang dengan lebih lanjut bagi mengadakan majlis itu. Kami bercadang untuk mengadakan majlis itu dalam satu mukim yang merangkumi 4-5 kampung.

Pada mulanya DO tu buat layan tak layan je kat kami. Dia tanya kami ni dari UMNO ka? Kami kata kami tadak parti politik. Habis tu nak projek pembangunan kat Kuala Nerang ni ke? Kami kata kami tak mau. Kami cuma nak buat majlis berbuka puasa dan menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas kepada anak2 yatim dan orang2 susah. Kami ikhlas niat tu je.

Baru lah DO tu layan kami elok. Dia kata selama ni depa yang datang nak buat derma ni banyaknya ada udang di sebalik batu. Nak kempen politik la, nak projek pembangunan la, nak tanah la. Kami kata kat DO tu kami tadak niat apa, kami nak buat amal je, kami pun usahawan kecil2an je (Aku pun kebetulan tahun tu ada la rezeki lebih sikit ). So setelah berbincang dengan DO tu setuju la bahawa majlis tersebut akan melibatkan 4 buah kampung dikawasan Kuala Nerang yang berhampiran dengan sempadan Siam, memang jauh ke pendalaman, orang Siam pun ada tapi agama Islam la.

DO tu pun assign la dia punya ADO untuk workout dengan kami bagi mengadakan majlis tu. Kami pun bincanglah tentang perbelanjaan kenduri berbuka puasa bagi penduduk 4 kampung tersebut serta jumlah anak2 yatim dan orang susah yang akan kami bagi sumbangan. ADO tu kata dia akan berhubung dengan kami kemudian setelah berbincang dengan ketua2 4 kampung tersebut.

Kami pun ingat ni belanja mesti besar jugak pasal melibatkan 4 buah kampung. Tapi takpa lah kami pun memang hajat macam tu. ADO tu pun menghubungi kami dan memberitahu jumlah anak yatim seramai 50 orang sementara ibu tunggal ada 10 orang dan 10 orang lagi orang tua yang tiada waris dan susah. Kami pun ok lah. Kami tanya pulak berapa belanja kenduri buka puasa. ADO tu kata majlis buka puasa dan sumbangan tu akan di buat di Masjid Besar Kg Perit, Kuala Nerang dan belanja nya banyak jugak dia kata...kami tanya berapa...dia kata RM1,000. Terkejut dog kami sekejap... Cukup ka belanja RM1,000 nak buat makan 4 kampung ni. ADO tu kata orang kampung kata minta banyak tu. Kami pun kata takpa la dah lagu tu.

Tarikh yang dijanjikan pun tiba lah iaitu seminggu sebelum raya. Kami pun bertolak dari Kuala Lumpur pada sebelah paginya bersama2 dengan kuih2 raya, kain pelikat, kain batik serta sumbangan pakaian yang akan diberikan kepada penduduk kampung. Petang pukol 5 kami pun bertolak lah ke Masjid Besar Kg Perit, Kuala Nerang dari Alor Star. Kami ingat sampai awal kat kampung tu sempat la pi ronda kawasan 4 buah kampung tu, cuci mata udara kampung kot ada yang jernih ka, cerah ka.... Lagi pun kami buat majlis tu sempoi je, kami pun dah pesan kat DO hari tu suroh buat sempoi2 je, bagi sumbangan anak yatim, orang susah, ibu tunggal, lepas tu buka puasa sekali, lepas tu kami chiow la. Kami pun pakai sempoi habis, T'Shirt dan songkok lipat beli kat Pekan Rabu, Loq Staq. Tapi rupa2nya sangkaan kami salah.....

Sampai je kat Kuala Nerang, kami tengok, tu dia, 3 khemah besaq sebelah Dewan kat Masjid Besar, depa siap dengan pakai baju melayu lengkap sampin. Perghhh...Macam PM depa sambut kami, tadak chance langsung nak cuci mata. Dengan ADUN YB, DO, Tok Penghulu, segala pemimpin kawasan pakat dok mai. Kami pakat dok salam dengan semua orang. Aku tengok memang susah orang2 kat situ. Ada yang mai jalan kaki, ada kereta pi ulang alik angkut depa pakai Datsun 120Y, Toyota KE macam nak roboh dah...ada naik basikal, ada naik motor kapchai buruk. Semua penduduk kat situ kebanyakannya menumpang tanah kerajaan dan bekerja kampung sahaja samada bertanam padi, menoreh getah, bercucuk tanam, memang susah hidup kat situ, dah la jauh kat pendalaman dekat sempadan Siam dekat2 ke Sadau dgn Danok nu.

Kami 4 ekoq siap kena bagi ucapan lagi kununnya suroh bagi semangat sikit kat anak2 depa yang mengaji kat sekolah tu, belajaq rajin2 besaq esok boleh contoh jadi macam kami usahawan berjaya....iskh..iskh...(depa tak tau aku ni separuh berjaya tak sampai lagi, lain la 3 ekoq member aku ni). Depa pun pakat pelik dengan aku sebab 3 ekoq member aku tu memang orang kedah, awat aku orang Pahang sesat bagi derma kat sini. Aku habaq depa, kalau nak bagi derma ni kita jangan kira tempat, mana2 kita boleh derma kat orang Islam. Ramai la makcik2 kat situ mai kat aku tanya pahang duduk tang mana, sedara depa ada kat pahang la, anak dara depa pun kerja kat pahang la....perghhh.

Lepas tu kami pun bagi sumbangan kat anak2 yatim, ibu2 tunggal dan orang2 tua siap dengan duit, kuih raya, pakaian, kain pelikat dan kain batik. Suka depa. Bila bagi kat ibu tunggal tu sempat jugak kami 4 ekoq kerling, dah orang kampung... original beauty beb. Selesai majlis tu, jadi tunggu buka puasa pulak. Aku sempat bisik dengan member aku, isk, cukup ka duit kita bagi RM1,000 ni, ramai orang ni, ada kat 1,000 orang ni, harus lauk ala kadar je, iskh malu rasanya lauk tak cukup ka apa. Maka kami dengan berdebar2nya dijemput la ke Dewan untuk majlis berbuka puasa bersama YB ADUN, DO, Tok Penghulu dan pemimpin2 lain beserta dengan orang2 kampung. Mana yang tak muat tu makan kat 3 khemah tadi. Iskh...macam mana la lauk belanja RM1,000 ni. Hangpa nak tau....

Daging bakar, Ikan Talapia Bakar, Ikan Kembung bakar, Ayam Masak Gulai, Ayam Goreng, Sayur Umbut Kelapa, Sayur Pucuk labu dengan labu, Ulam segala bapak ulam pun ada,Kuihmuih 10 jenis dan yang paling istimewa sekali Susu Kerbau dan Susu Kambing...Perghhhh. Aku ingatkan kot kat meja VIP je lauk lagu tu, aku pi tengok lepas tu kat khemah pun lauk macam tu. Sebelum sembahyang maghrib tu aku sempat bisik kat ADO, macam mana dengan RM1,000 depa boleh buat kenduri lagu ni? ADO tu kata memang kat sini orang susah, duit begitu berharga kepada mereka, tapi depa boleh adakan semua tu kerana kat kampung sayur pi cari kat hujung kampung, daging, ikan dan ayam depa pi beli kat Siam sebab tu la murah. ADO tu siap kata lagi, macam tak percaya kan....

Jadi, kesimpulan nya kat sini, aku nak beritahu kengkawan bahawa bukan syarikat korporat sahaja yang boleh mengadakan majlis2 amal seumpama itu. Sebenarnya majlis2 seumpama ini amatlah diperlukan lebih2 lagi di kawasan2 pendalaman dan rata2 masyarakatnya hidup kais pagi makan pagi. Merekalah sebenarnya yang memerlukan bantuan dan sumbangan yang ikhlas, bukannya publisiti, bukannya majlis2 derma di hotel2 besar. Mereka tak perlukan semua tu, mereka amat berbesar hati kiranya kita dapat mengingati mereka dan menghulurkan sumbangan yang terdaya kepada mereka.

Buat pengetahuan semua, aku dan member aku 3 ekoq tu berkongsi mengadakan majlis tu dan kami cuma menghabiskan lebih kurang RM2,000 seorang sahaja bagi menjayakan majlis tersebut. Tapi dengan sambutan dan keriangan yang terpancar di hati anak2 yatim, orang2 tua dan ibu tunggal sewaktu kita bersedekah kepada mereka, lapang rasanya hati kita. Bayangkanlah dengan makanan dan sambutan yang diadakan dengan kehadiran sebanyak itu kalau ianya diadakan di Hotel2 di Kuala Lumpur. Jadi kenapa perlu ianya dibuat di hotel, mahukan publisiti, mahukan kemeriahan bersama2 artis2....

Nun jauh di pendalaman dimana anak2 yang tidak beribu dan berbapa, ibu2 tunggal yang kehilangan suami dan terpaksa menanggung keluarga, orang2 tua yang hidupnya keseorangan, merekalah yang perlu diberi perhatian sebenarnya, merekalah yang memerlukan sumbangan dan keprihatinan kita.

Mungkin pada bulan puasa akan datang, batch ITM Pahang kita ini boleh berkongsi dan menjalankan kegiatan2 amal seumpama ini atau mungkin kita2 seramai 4-5 orang jika mempunyai rezeki yang lebih boleh mengadakan majlis2 sebegini nun jauh di pendalaman negeri Pahang atau di mana sahaja yang kita fikirkan sesuai...Insyaallah

3 comments:

Anonymous said...

Satu pengalaman yang menarik dan kalau b oleh gathering kita akan datang akan diseitkan juga program seumpama itu insyaAllah.. akan aku usahakan.. Bilal

Anonymous said...

Ada tak sesiapa yang tahu pasal Dee (DBS) junior, staff KWSP, dengar khabar dia mengalami kemalangan jalanraya. Tolong sesiap siasat kes ini... Mat Dwan

Anonymous said...

Haji Dee, terlibat dengan kemalangan kira2 2 bulan yang lepas tapi tak berapa serius dan ok dah. Masa Hj Dee accident tu, Mudzaffar pun accident jugak kat Kuantan, tapi kereta dia je la yang teruk, dia alright macam tu la, tanya Joe tak percaya...