Tuesday, October 03, 2006

Hidup Sesudah ITM - Bhg 3 ( Cerita Budak Pompuan )



(Gambar Anim dan 2 anak gua)

Akhirnya, setelah puas aku merayu punya rayu punya rayu, akhirnya ada jugak lah kengkawan kita yang sudi bagi info pasal budak2 pompuan batch kita ni. Terima kasih Shema atas info anda dan sini saya ceritakan kisah budak2 pompuan untuk makluman kita semua.

Shema (DBS) - Shema ni bagi info pasal budak2 pompuan kat bini aku tapi info pasal dia, dia tak cerita pun. Tapi aku rasa dia duduk kat shah alam lagikan. Kerja aku tak tau la. Kahwin dengan Khairul Salleh @ Jepun (DBS). Anak 2 orang. Nanti kalau Shema jengok kat blok boleh la beritahu kengkawan ye.

Roslina (DBS) - Roslina aku dah cerita dlm HSItm Bhg 1, tapi aku ulang balik lah. Kerja masih kat Pendaftar Syarikat Kuala Lumpur sebagai Akauntan dan sekarang bertugas sebagai Juruaudit di ROC. Anak 2 orang pompuan.

Jameah (DBS) - Jameah duduk di Kuantan dan bekerja dengan subsidiari Petronas di jabatan Human Resource. Anak 4 orang semua lelaki.

Rozmah (DBS) - Dengar ceritanya masih duduk di Jerantut.

Normah (DBS) - Normah kerja di JBA Kuantan. Anak 4 orang rasanya. Kalau nak chat dengan Normah, dia selalunya ada kat chat box.

Normazidah (DBS) - Dia ni dulu kerja di Bumiputra Commerce kat Maran, Pahang. Kahwin dan anak tak tau berapa. Dah besar dah kot.

Norliza (DBS) - Liza aku pernah jumpa masa kenduri kat kampung aku kira2 3 tahun lepas. Katanya kerja kat Maybank Temerloh dan rumah pun kat Temerloh la.

Fatonah (DBS) - Dia ni low profile dulu. Sekarang ni kerja di Mesir. Dengar dalam bidang kejururawatan. Katanya raya tahun ni dia balik kampung kat Pahang.

Siti Aminah (DPA) - Siti Minah kerja kat Hospital Segamat.

Zuraida (Golden) (DPA) - Dia la ni duduk Melaka. Kerja kat KUKTM. Ntah aku pun tak tahu apa KUKTM ni, maybe Kolej Universiti Kejuruteraan Teknologi Melaka kot. Sidi pernah jumpa Golden ni, nanti aku tanya dia ye.

Norhuda (DPA) - Dikatakan dia ni sekarang kerja di Affin Bank di Johor, tak tau la JB ke, Muar ke, Batu Pahat ke.

Faraliza (Rambo) (DPA) - Rambo sekarang ni kerja kat PSDC kat Kuantan. Lembaga Kemajuan Negeri Pahang la kot.

Arfah Zakiah (DBS) - Arfah kerja HR Manager kat Environment Malaysia S/B. Kerja dia menyelesaikan masalah2 jerubu yang melanda negara kita dari dulu lagi sampai la ni. Kerja dia antara lain buat cloud seeding dll. Anak 1 orang lelaki, duduk kat Pinggiran Subang. Kahwin dengan doktor klinik kat Ampang.

Mahanim (DBS) - Ni gua tak berapa tau sangat pasal dia bini gua...heheh. Jangan marah ye Yang. Dia ni kerja kat Great Eastern Assurance Berhad kat Menara GE, Jalan Ampang tu la, kat bahagian IT, tu yang gua teror komputer la ni. Anak 2 orang je. Anak pompuan yang sulong dah tinggi dari dia dah. Dia masih dok lagu tu jugak, maintain beb, takut gua lariiii.

Okay lah, setakat ini tu je info yang gua dapat. Apa2 hal kalau ada info tambahan atau pembetulan tolong lah beritahu gua ye. Gua harap sangat kat lu orang. Gua nak kena teh tarik kejap kat Taman Seri Gombak dengan Kudin dan Padil. Balik nanti gua sambung satu artikel lagi.

No comments: