Tuesday, November 28, 2006

suDuT cERitA (aRtiKeL sUmBanGaN KenGkaWaN) : deRMa

Bila aku buka Mydin pada 2005, aku ada juga terfikir bagaimana nak membantu org fakir dan miskin. Nak harap hulur duit gaji, aku pun tak berapa cukup sangat. Sorang teman lama bagi jalan, dia nasihat aku buat tabung plastik yang byk terdpt mcm kat KFC atau hypermarket lain. Dia kata org sekarang mewah, 1 sen, 5 sen & 10 sen duit baki bayaran tu biasanya diorang malas nak beratkan kocek. Lagipun, dia kata duit syiling tu bila aku collect nanti boleh buat duit pecah, aku gantikan dgn duit kertas. Kalau u all nak tahu,bila peniaga nak tukar duit syiling kat bank, bank caj RM5 satu kampit. Sekarang kita boleh dpt duit tukar free.

So aku pun tempah la utk 8 kaunter kasyier dan bila aku nak bayar upah buat tabung tu, tokey Cina tu tak nak duit. Dia pun derma kosnya, Alhamdulillah.

Aku letak la kat semua kaunter kasyier tabung tu dan tulis “ Akan didermakan untuk org atau badan yang memerlukan”. Memang betul, org2 kita ni tak kisah derma duit syiling diaorg apalagi duit 1sen. Ada gak yg derma RM10.

Sebulan sekali aku collect duit tu. Kadang-kala derma ke masjid untuk aktiviti agama, membaiki masjid, derma kpd ibu tunggal yg terbakar rumah dsb Ada satu masa tu aku amik nama anak-anak fakir miskin dari pengetua satu sekolah. Adalah dalam 14 orang. Nak beli makanan biasanya ia tahan tak lama. Aku panggil staf, buat allocation RM25 satu hamper dari duit derma, bubuh alat tulis, raket badminton murah, tuala, makanan ruji dsb. Masa penyerahan hamper tu aku tak pegi, tapi YDP PIBG kata ada yang menangis tersedu2 kerana selama ni tak penah ada org bg bende-bende mcm tu. Selama ni nak main badminton pun terpaksa pinjam kawan punya, kdg2 bagi kdg2 tidak. Sekarang dia org boleh main bila2.

Begitu lah aku memanjangkan derma korang. Tambah sikit duit poket aku bila perlu kemudian derma brg2 atau tunai kpd yg sepatutnya. Korang dapat pahala, aku pun dapat pahala sikit.

Moralnya, derma yg sedikit besar maknanya bagi yg sangat memerlukan. Kalau korang membeli-belah kat kedai aku, masukanlah dalam tabung tu, aku akan pastikan ia sampai kpd yg sgt memerlukan, Insya-Allah.

Artikel ini di sumbangkan oleh Slumber Jr

4 comments:

Anonymous said...

InsaAllah ... tahniah Slumber Jr anda telah berbuat sesuatu yang amat noble... Semoga Allah merahmati dan meredhai segala rezeki anda...

p/s aku pun dapat merasakan perasaan anak yatim tersebut.. menitis airmata bonda la plak..

Anonymous said...

Syabas, Slumber. Patut le rezeki ko melimpah ruah, berkat kerja-kerja amal yg ko hulurkan. Moga ianya menjadi ikutan kita semua. Sedekah, amal jariah, zakat dan kerja-kerja amal parlu menjadi sebahagian daripada kehidupan kita."Zakat membuat harta berkat"

Anonymous said...

alhamdulillah sk bangga ngan sikap perihatin kengwn sume... moga amalan slumber jr diberkati ALLAH swt.

Anonymous said...

YE..LA.. KEKADANG KITA TAK AMBIK KISAH.. PUN HAL CAMNI..KITA LEBIH RELA DUIT 1 SEN TU BERSEPAH KAT UMAH DARI NAK LETAK KAT TABUNG CAMTU..KONONNYE TAK KLAS TP 1 SEN X BAGI LEBIH DARI TU LANSUNG TIDAK..LEPAS NI..SENDIRI FIKIR DAN LAKSANAKAN..INSYAALAH