Monday, November 06, 2006

tiMaH OpERatiOn/teH taRiK rOManTik




Pada hari Jumaat lepas, aku, wife aku dan Jepun serta wifenya Shema telah pergi melawat Fatimah DBS isteri kepada Mohideen senior kita. Fatimah baru sahaja menjalani pembedahan kerana kanser pada hari Rabu lepas di Sunway Medical Centre. Fatimah berada dalam keadaan stabil dan beransur-ansur pulih dan sempat melayan kami berempat pada malam itu.Berada di sisi katilnya, suaminya Mohideen dan ketiga2 anaknya. Kami tak dapat merakamkan gambar Fatimah pada hari itu tetapi Mohideen menyatakan rasa terima kasih dengan keperihatinan kawan-kawan yang memberi sokongan moral kepada isterinya baik dengan ucapan sms dan panggilan telefon. Di harap Fatimah akan segera sembuh.

Selepas menziarah Fatimah pada malam itu kami berempat sempat lagi menikmati teh tarik di sebuah Restoran berhadapan Subang Jaya Medical Centre. Banyak perkara disembangkan pada malam itu terutama berkaitan blog ini. Semasa bersembang dengan Jepun serta wifenya Shema, Adenan DBS yang berada di Temerloh telah menelefon aku dan menyatakan dia akan berusaha untuk memberitahu kengkawan yang berada di Temerloh untuk bersama-sama menghadiri Majlis Pregathering di Kuantan nanti. Beliau memberitahu bahawa Razali @ Totet DBS kini berada di Temerloh menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Begitu juga dengan Mohd Othman @ Mat Brengsek DBS juga berada di Temerloh. Adenan akan cuba menghubungi mereka berdua supaya dapat dikumpulkan semua bekas pelajar ITM Pahang batch kita yang berada di Temerloh.

Sessi teh tarik romantik suami isteri itu telah berakhir pada jam 2-00 pagi.

1 comment:

Anonymous said...

denan cekap.., tak sia-sia koi tauliahkan awok sijil P.I .. segera dapatkan toteq dan mat brenseq ... jgn kasi lari..heheheh