Saturday, November 18, 2006

sELamaT daTaNG kE PreGaTheRiNG

Hari yang ditunggu telahpun tiba. Selamat datang ke Pregathering Bekas-bekas Pelajar ITM Cawangan Pahang batch Julai 85 di Mercu Resort Cherating, Kuantan. Melalui Lebuhraya Pantai Timur susur keluar melalui persimpangan Bukit Goh, anda akan melihat kain rentang berkenaan Pregathering ini menyambut kedatangan anda semua.

Teruskan perjalanan anda ke Cherating dan anda akan sampai ke Mercu Resort Cherating dimana kita semua akan berkumpul mulai jam 1-00 tengahari nanti untuk membuat pendaftaran bilik dan keluarga masing2. Disinilah nanti kita akan bertemu semula dengan kawan-kawan yang telah terpisah selama 18 tahun dan pertemuan ini bukan lagi seperti pertemuan dahulu dimana 21 tahun dahulu kita dipertemukan dengan baju batik biru bersaorangan.

Setelah 21 tahun diketemukan, kini pertemuan ini ditemani dengan isteri atau suami dan disertai pula oleh anak-anak kita semua yang tentunya merupakan titik pertemuan bersejarah kerana masing-masing dapat melihat apa yang telah terjadi kepada kawan2 yang telah terpisah sekian lama.

So kepada kengkawan yang masih tidak tiba di Kuantan atau masih terfikir2 samada untuk menyertai pregathering ini, ayuhlah ke Kuantan sekarang bab kata Elvis Presley.. 'It's now or never' dan berketemu semula dengan sahabat2 lama... Ayuh!

No comments: