Friday, November 17, 2006

geNg kOnVoi kL

Setakat ni cuma Lan Kentei yang ada kontek aku untuk bersama2 pergi ke Kuantan, so aku janji dengan Lan Kentei untuk berjumpa di stesyen minyak BP selepas Tol Gombak pada pukol 9am Sabtu 18hb Nov nanti. Kengkawan yang lain takde kontek aku untuk konvoi so aku jangka mereka akan pergi sendiri. Kitang dan Roslina pula akan menunggu di R&R Temerloh pada pukol 10-30 pagi.

Bilal juga memberitahu aku bahawa dia telah memasang banner di exit Bukit Goh LPT so kepada kengkawan yang keluar di Bukit Goh untuk ke Mercu akan dapat melihat banner berkenaan pregathering kita nanti di situ.

Kerbau, Che Dat dan Sabri Cigak sudahpun berada di Kuantan kerana acara pregathering telahpun bermula pada pagi esok dengan golf 18 lubang di Astana Golf Kuantan. Hadiah untuk acara golf lumayan dan hadiah untuk hole-in one ialah sebuah motosikal Honda 250 cc. Rasa rugi jugak tak dapat menyertai tapi nak buek camno jang...

No comments: