Wednesday, November 29, 2006

siAPa SaNGka - aRTikeL SumBaNgaN AwiN

Bukan awak panggil saya? Tanya aku sambil mengerutkan dahi. Bukannn....maaf Awin... saya tak sihat badan...kata NA lemah sambil berbaring di atas katilnya. Oh ..cam tue..tapi tadi N kata awak nak jumpa saya? Kataku tak nak mengalah. Tak...saya rasa awak dah dimainkan diorang kot? Kata NA lagi.

Tiba-tiba aku dengar ketukan bertalu-talu dari luar pintu bilik NA yang aku pasti tidak dikunci pun oleh sesiapa. Bukak...bukak...bukak pintu!!!! Aku jadi terkedu dan terperanjat yang amat sangat mendengarkan jeritan suara yang aku pasti kenal..macam si N.

Ketika aku menghampiri pintu bilik NA, tiba-tiba terjongol muka si N sambil melambai-lambaikan tangan ke arah seseorang. Ko tengok..ko tengok ..betul tak aku cakap kat korang! Dia nak potong line ko!...kata si N dengan nyaringnya.

Ketika aku menjenguk keluar pintu..aku terlihat Z yang memandang sinis kepada aku. Z....ko silap Z...aku tak tahu menahu tentang nie! Kataku pada Z. Ketika menoleh ke dalam, aku terlihat NA terpisat-pisat bangun dengan lemahnya dari katil. Sejurus kemudian aku terpandang muka si N....mencebik ke arahku.

Apa nie N? Ko cuba nak perangkap aku dengan NA nie apasal? Tadi ko kata kat aku NA nak jumpa konon! Apa nie N? Apa ko dapat buat cam kat aku nie? Hehehehe...si N gelak sakan. Suka hati aku laaa...Aku suka kat ko...ko tak nak layan! Kata si N sambil menguis-nguis misainya yang tak seberapa dengan jari. Habis..kalau aku tak suka kat ko sekali pun..kenapa ko perangkap aku dengan NA macam nie? Ko tau bukan Z sukakan NA? Tak mungkin aku nak potong line dia pulaks? Aku dan Z kawan baik. Aku tahu isi hatinya. Tak tergamak aku....kataku lagi. Ya....N apasal ko buat cite cam nie..kata NA lemah sambil menghampiri N.

Ko jangan bimbang NA..kata si N. Aku tau ko memang tak minat kat Z pun! Dengan dia nie ..aku tak tahu laa...kata si N sambil tersengih-sengih. Memang sengaja aku reka cite nie supaya dia pecah-belah dengan kawan-kawan dia....kata si N sambil tersenyum sumbing. N...ko memang kurang ajar...kataku sambil berlari meninggalkan mereka berdua di situ.

Sejak dari hari itu, hubungan aku dan kawan-kawan rapatku dah menjadi renggang. Aku dituduh perampas..kawan makan kawan!!! Sampaikan budak-budak lelaki lain pun pandang aku serong! Tensionnyer...Allah saja yang tahu masa itu. Tapi aku tetap sabar dan cuba menjernihkan keadaan supaya hubungan aku dan kawan-kawan kembali mesra. Aku yakin Allah tetap di pihak yang benar.

Akhirnya, berkat kesabaran aku, hubungan aku kembali mesra dengan kawan-kawan. Dan yang pasti aku tidak berpacaran dengan si NA pun. Dengan si N? Lagilah aku jauhkan diri. Siapa sangka dengan lagak machonya..si N tu ada hati kat aku. Hahahahahaaa.....Oh ya, aku sering di suakan dengan lagu KNIFE nyanyian kumpulan Rockwell oleh kawan-kawan ketika isu itu hangat diperkatakan di kampus

3 comments:

slambe jr said...

Ni cam citer novel..SK kena explain sikit atau tlg buat sinopsis.

LaN KidA said...

Cerita ni cerita pendek atau ada siri?...kalau takde sambungan bagilah hint sikit atau ceritakanlah kesudahannya barulah cerita ni tak tergantung mcm tu saja.

awin86 said...

ini bukan novel atau cerita bersiri...inilah cerita pendek dari awin aka coretan kehidupan sebagai renungan bersama...rasanya kida atau sk lebih arif bidang ini. tak perlu mukadimmah atau kesimpulan cerita...just secebis kisah kehidupan insan yang bergelar manusia