Monday, November 27, 2006

suDuT cERitA (aRtiKeL sUmBanGaN KenGkaWaN) : iNsaN mULia

Kisah terjadi kat aku penghujung tahun 1997. Masa tu aku balik kampung naik kereta Proton lama dari Ampang ke Temerluh. Aku bertolak dari Ampang lepas Maghrib bersama isteri dan 2 orang anak aku yang masih kecil.

Nak dijadikan cerita kereta rosak dan tak boleh dihidupkan di kawasan antara
Genting Sempah dan Bukit Tinggi. Kiri hutan kanan hutan. Gelap, sejuk dan bunyi binatang hutan menyeramkan bulu roma. Aku keluar kereta untuk check enjin. Tapi aku ni, macam ramai orang boleh drive jer, nak baiki langsung tak tahu. Malang bertimpa2 bila hujan renyai mulai turun. Kereta lalu lalang pulak kurang. Tahan kereta orang tak sapa nak berhenti, maklumlah tengah hutan. Tambah malang lagi handphone tak de line. Anak mula menangis kelaparan, bekalan susu dah habis. Jam dah menunjukkan 10.30pm, dah lebih 2 jam aku tersadai. Polis Bantuan lebuhraya pun tak ada yg lalu.

Macam2 bermain dalam fikiran juga bercelaru, namun hati sentiasa berdoa semoga Allah membantu hamba Nya ini. Just imagine, di kawasan hutan gelap gelita, we were so helpless.

Aku masih ke hulu ke hilir di luar kereta mengharap ihsan orang. Tak berapa lama selepas tu ada satu lori pengangkut kereta ( yg bawak byk kereta kat belakang tu) berhenti. Drivernya org India bertanya masalah, aku kata enjin kereta tak boleh hidup. Dia kata tak pe, kebetulan ada satu lot kosong kat belakang. Jadi kami tolak kereta ke lot tu.

Aku stay dalam kereta, isteri dan anak aku tumpang kat tempat duduk kelindan lori. Nak menitis air mata masa tu kerana ada juga yang sudi membantu dan bantuan sampai bila aku sangat memerlukan. Aku sampai Temerluh lewat tengah malam. Driver tu tolong tolak ke tepi bengkel dan aku telepon ayah untuk ambik kami dari situ.

Setelah memikirkan kejadian tersebut, aku sangat bersyukur kepada Allah yang sentiasa menolong hamba-Nya. Ada juga insan mulia, tanpa mengira warna kulit atau agama yang sudi membantu org dalam kesusahan. Bukan senang org zaman sekarang nak membantu org lain. Yang aku agak terkilan sehingga sekarang ialah aku tak sempat bertanya nama, telefon & alamat driver tersebut untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi..

Moral dari pengalaman ini; kita perlu sentiasa membantu orang lain, Allah akan membalas lebih lagi. Jangan lupa Tuhan kalau kita tak mahu Dia lupakan kita. Sesungguhnya masih ada insan yg mulia di atas muka bumi ini..

Artikel ini telah disumbangkan oleh Slumber Jr.

5 comments:

Anonymous said...

Slumber Jr,
Citer awok memang menusuk....
Rerodong nak juga dengor pengalaman awok meneckle bini awok ker... pengalaman awok mula bisness ker.... pulok ok tak????

Pokcik Zam said...

asyik2 aku. ngka org kena participate sama (anto artikel)nak meriahkan blog ni. klu aku jer nnt jadi blog slumber wey. tp aku akan tulis sikit2 bila senang..

Anonymous said...

sape anonymous ni? harap sesape yg letak comment ni clik kat other pastu letak nama ye..sk garu papler sampai tudung pun nak tercabut memikir sapekah anonymous..

tapi tuk article sl jr.. ni mmg ramai insan mulia kat luar sana :)

Anonymous said...

Sl jr, koi rasa driver lori tu koi selalu jumpa kat Pekan, dia ada ambik juga kereta dari Pekan bawa ke KL. klu tak silap le..
Ambil iktibar dari kisah nabi dimana anjing kehausan dipadang pasir pun diberi minum dan insan yg mulia itu menerima ganjaran dari Allah s.w.t. Hendaknya kita umat Islam, lebih mempunyai sifat-sifat yg murni sebegini. Amin.

Anonymous said...

Itulah Slumber Jr,... kadang2 itu terjadi atas kifarah diri kita. Mana tahu, suatu masa dahulu kita pernah buat jahat kat orang ke..? Mulut ke dok mengutuk mengumpat orang yang tak berdosa ke..? Jadi, eloklah menjadi pengajaran sebagai kita semua di masa hadapan...Mudah-mudahan semua kita tergolong dari orang yang diredhai Allah. Amin.