Friday, November 17, 2006

cOunTDowN 2 pReGaTheRiNG

Assalamualaikum semua,

Sorry aku tak sempat masuk hari ini dan semalam dalam chatbox sebab kawan-kawan aku geng UMNO Johor banyak dah ada kat KL ni dan aku memang tak boleh nak lari dari diaorg ni. Perhimpunan Agung UMNO ni pun pregathering jugak sebenarnya dan kalau ada pemilihan barulah jadi Grand Gathering. So aku memang dari tengahari semalam sampai la ke dinihari Jumaat malam nanti tak lepas la nak lari dari dia org ni. Itupun sebelum ni aku try escape jugak because of our pregathering tapi Khamis dan Jumaat ni, aku memang akan sibuk dengan aktiviti dia org, so aku mintak maaf tak dapat nak tumpu untuk our pregathering sangat.

Aku ni bukan involved sangat dengan politiking dia org ni tetapi mostly yang datang tu kengkawan golfing aku, so macam-macam program la dia org ni buat. Tau la, geng2 UMNO ni bila perhimpunan 'lesen besar', 'merdeka' etc. So cuma ada beberapa perkara aku nak beritahu dan mintak tolong AJK yang berkaitan untuk uruskan.

1. Karat sekeluarga comfirm akan menghadiri pregathering dan mintak Wan Rozain booking satu lagi pakej/bilik family untuk beliau.

2. Jameah comfirm akan datang sekeluarga untuk Jamuan Makan Malam dan please include her in the head count for dinner.

3. Kitang, as per discussion n agreed by Antu, Bilal and yourself pada malam 14hb Nov lepas, kutipan tambahan RM10 sekeluarga untuk pembelian makanan BBQ dan air minuman. Kutipan seeloknya semasa pendaftaran dan pembahagian kunci bilik di Kuantan nanti. Rozain, tolong beritahu Bilal jumlah head count untuk dinner sekali cause Bilal akan beli bahan2 makanan untuk BBQ.

4. Hakim dan Adenan akan menghadiri Jamuan Makan Malam so Wan Rozain please masukkan dia org berdua untuk head count dinner.

5. Zul Sani, Halim Lucah, Anuar Mangkuk dan Anuar Pungkah hanya akan comfirm dengan aku pada pagi ni so as soon as aku dapat their comfirmation, aku akan sms Wan Rozain untuk head count for dinner kerana mereka akan menghadiri dinner sahaja.

6. Since tiada sambutan keatas Konvoi kereta samada KL atau Temerloh, so aku presumed bahawa masing2 akan bertolak sendiri ke Kuantan. So tak perlu untuk kita berkumpul di stesyen BP lah pada pagi Sabtu 18hb Nov tu.

7. Gitar session aku rasa Antu ko kena main sorang la pasal aku tak sempat langsung nak practise tapi aku akan bawak gitar dan collection kaset2 lama so boleh lah mainkan kalau ada cassete player (lagu2 dire straits, gary moore, Twisted Sister, Van den Berg, Motlet Crue etc) masa dinner tu.

9. Rozain, tolong bincang dengan Antu berapa bayaran yang patut dikenakan untuk peserta yang menghadiri dinner dan BBQ sahaja, sebab dia orang tanya dan aku tak tau berapa korang nak kenakan bayaran. Biarlah berpatutan dengan menu makanan nanti dan cover sekali untuk BBQ.

Aku memang pack program aku untuk hari ni sampai lah dinihari aku pun tak tau lah balik pukol berapa, so aku kalau larat akan bertolak pada pagi sabtu dan kalau tak larat aku maybe bertolak pada petang sabtu dari KL. Tapi aku rasa semua persiapan, AJK yang terlibat dah settlekan, so takde apa nak di bimbangkan sangat lah. Pasal MC, buku program,hadiah family, karaoke aku rasa AJK masing2 dah arrange dah, so takde masalah la kot.

So all the best to the AJK and kengkawan yang menghadiri pregathering dan insyaallah kita jumpa disana nanti. ( Mintak2lah geng Johor aku tak sambung gathering ke malam Sabtu plak..kalau tak hancus aku..tak pergi karang murka anak raja Johor beb)

2 comments:

fadzil JBJ said...

Aku nak ucapkan selamat kepada semua yang hadir pada "Pregathering" tu. Kali ni aku tak dapat joint .....insallah aku joint lain kali.

keRbau said...

Moh la kita pergi ramai2 jumpa rodong