Friday, November 10, 2006

SeNaRai naMa PeseRTa gATheRinG

Sehingga tengahari Khamis semalam hanya 10 orang yang telah membuat pembayaran untuk menyertai pregathering di Mercu Resort Kuantan pada 18 dan 19 November 2006 iaitu kira2 8 hari saja lagi. Walaubagaimanapun yang hampir pasti menyertai pregat itu nanti boleh lah disahkan sebanyak 13 orang ketika ini. Jumlah ini adalah jauh lagi dari jumlah kuota 20 keluarga yang diperlukan untuk kita menikmati pakej RM150 sekeluarga yang telah diperolehi.

Dengan keikhlasan penyumbang2 hadiah dan barangan yang melimpah ruah demi untuk menjayakan pregathering pertama setelah 21 tahun bekas2 pelajar ITM Caw. Pahang batch Julai 85 diadakan, jumlah penyertaan berbayar amatlah menyedihkan. Jika di teliti persetujuan awal yang telah saya perolehi baik secara e-mail, sms dan telefon, jumlah 13 peserta tersebut begitu jauh dari jangkaan.

Mungkin ada diantara mereka yang masih tidak dapat memberi persetujuan mempunyai beberapa masalah peribadi dan keluarga yang tidak dapat dipastikan dan kesibukan kerja dan hal-hal keluarga mungkin tidak dapat dielakkan. Kepada yang sudah selesai dengan masalah peribadi dan keluarga, segeralah mengesahkan pembayaran anda untuk menjamin tempat sehingga 12hb November 2006 ini.

Di bawah ini disenaraikan nama-nama kawan2 yang telah membuat pembayaran dan nama-nama mereka yang hampir pasti menyertai pregathering nanti :

1. Mazlan dan Mahanim @ Lan Kida/SK-DBS
2. Syed Hamid @ Walid - DIA
3. Zainordin @ Kitang - DIA
4. Raman Shakri @ Kerbau - DBS
5. Sidi @ Che Dat - DPA
6. Wan Mazlan @ Apek - DPA
7. Hairul Salleh/Shema @ Jepun/Shema -DBS
8. Wan Azhar - DIA
9. Norhisham @ Apamz - DIA
10. Norazlan @ Lan Kentei - DIA
11. Amy Jarr @ Antu - DPA
12. Azmi A. Bakar @ Bilal - DPA
13. Wan Rozain @ Niazor - DBS

Terima kasih kepada mereka yang telah membuat pembayaran dan prihatin dengan usaha-usaha kita untuk mengadakan pregathering ini. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada AJK2 tidak resmi pregathering seperti saudara Rozain, Amy Jarr, Bilal, Kitang dan Syed Hamid yang telah bertungkus lumus tidak mengira masa demi menjayakan acara pregat ini. Terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan ikhlas samada dalam bentuk wang ringgit dan hadiah2 dari Lan kentei, Slumber Jr, Bilal, Mat Dwan dan Kitang. Moga sumbangan anda mendapat ganjaran dari Allah swt.

Jika jumlah peserta masih tidak mencukupi seperti kuota 20 keluarga untuk membolehkan pakej berharga RM150 seperti yang disyaratkan oleh pihak Mercu Resort maka acara pregathering tersebut mungkin terpaksa di rombak semula. Walaubagaimanapun kita sama-sama lihat sehingga 12hb Nov 2006 nanti.

4 comments:

Anonymous said...

Kengkawan...memang tak dinafikan tarikh Pregat. kita ni diadakan di tengoh bulan & selepas 1 Syawal...tapi dgn. semangat/usaha kengkawan utk bertemu kembali dlm. mengeratkan tali silaturrahim...InsyaAllah Dia Permudahkan...Amin

Lan Kentei said...

assalamu'alaikum wbt.. tqvm 2 all the committee members who hv been working round the clock 2 ensure the succeess of the Pregat.. To those who R still 50/50, we really appreciate your participation to entitle for the "economic" package arranged by the committee members. Looking forward 2 C as many of us as possible @ the Pregat. May Allah swt make it ez on us to move forward towards the realization of our dream, that is to meet @ the Pregat.. TQ 2 all.. :-D

Anonymous said...

Assalamualaikum kengkawan semua..seronok dan terharu nengok usaha semua yang bertungkuslumus untuk menjayakan pregat ni..amat terkilan rasa hati sebab koi tak dapat hadir atas sebab peribadi.. perkara koi dah kaborkan kepada Kitang sebab2nya..Insyaallah Grandgat nanti koi akan pastikan dapat hadir kecuali antara hidup dgn mati..Man teruk.TQ

Pokcik Zam said...

mana rodong-rodong lain dari kursus DCS, DSS & DIB. anto ler wakil 1-2 org.