Sunday, November 26, 2006

caTaTaN peRjaLaNan pReGaTheRiNG - 4

Jamuan Makan Malam yang ditunggu-tunggu telah bermula pada pukol 7-45 malam. Semua peserta pregat telah berkumpul di Dewan Mercu menikmati makan malam secara buffet dengan sajian makanan nasi putih berlaukkan kari daging, ayam masak merah, ikan pari asam, sayur-sayur dan kerabu. Sungguh menyelerakan.

Keluarga Lan Kentei datang dengan sedondon baju berjenama Polo, keluarga Shema dan Jepun dengan sedondon berbaju merah (penyokong Liverpool) tetapi yang paling istimewa sekali ialah keluarga Che Dat dengan berbaju batik sedondon. Seperti kata Che Dat, pakaian yang istimewa adalah bersesuaian dengan event yang istimewa. Begitu juga dengan Roslina DBS yang telah menempah khas pakaian untuk dinner pada malam itu. Syabas untuk keluarga Che Dat dan Roslina yang telah menunjukkan appreciation yang luar biasa untuk Jamuan Makan Malam tersebut. Sepatutnya teladan sebegini harus dicontohi oleh kita semua kerana menghadiri sesuatu event walaupun dalam keadaan casual tetapi appreciation to the event adalah penting. Menghadiri sesuatu event eloklah berpakaian yang sesuai tidak dengan hanya datang berselipar dan memakai baju tidur sahaja walaupun event tersebut dihadiri oleh kengkawan rapat kita sahaja.

Sambil semua peserta menikmati makan malam, kehadiran peserta-peserta dari Kuantan yang menghadiri Jamuan sahaja seperti Faraliza, Jameah, Joe Malady, Rashidi(Mat Taib) telah tiba dari masa ke semasa dan ketibaan mereka disambut dengan penuh keriangan dan usikan dari kawan-kawan yang ada di dalam Dewan Mercu. Hakim dan Adenan telah tiba lewat sedikit dan diberi tepukan gemuruh oleh peserta-peserta. Tapi yang paling istimewa dan terakhir tiba pada malam itu ialah Sarip DPA dengan isterinya yang telah diberi sambutan gegak gempita oleh semua peserta. Saya sendiri sebenarnya sudah 18 tahun tidak berjumpa dengan Sarip dan kehadiran beliau amatlah dinanti-nantikan.

Acara-acara pentas telah dimulakan dengan pengenalan diri peserta dan keluarga dimana setiap peserta bersama keluarga diminta naik ke pentas untuk mengenalkan diri dan keluarga masing-masing. Berbagai-bagai usikan dari kawan-kawan terdengar semasa setiap keluarga mengenalkan diri masing-masing. Selepas itu acara pakaian beragam kanak-kanak telah dijalankan dan pemenangnya ialah anak kepada Wan Rozain. Acara karaoke pula telah dijalankan selepas itu dimana peserta-peserta pregat telah menunjukkan kehandalan berkaraoke di atas pentas.

Sambil acara-acara tersebut dijalankan peserta-peserta turut menikmati BBQ yang dibakar sendiri bergilir-gilir oleh peserta di tepi kolam renang. Semua peserta nampak begitu ceria sekali dan semuanya tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dan bersembang bertanyakan khabar di samping mengenalkan family masing-masing. Acara sembang-sembang ini berakhir kira-kira pukol 4-30 pagi pada malam itu.

Esoknya, peserta akan menikmati sarapan dan mengadakan sedikit perbincangan yang akan saya siarkan dalam segmen yang lain serta menikmati makan tengahari sebelum bersurai.

Bersambung....

4 comments:

wan rozain wan said...

koi penat sangat mlm tu, masa mmg terlalu singkat dirasakan, tak sempat nak bertanya panjang-lebar dgn rodong, koi rasa frust sgnt sbb sibuk dgn family lagi.. perrgh

Jepun said...

Guys.. good to see you all again, after almost 18 years apart.

Lan Kentei said...

Alhamdulillahhh Syukurrr... Everythg went on just fine.. Mmg worth waiting for the Pregat all these while & when it came true, Allah swt knows how great & how wonderful it was to be back with all RERODONGS right from the arrival until the departure; back home respectively.. Good & glad to note that every1 was safe & sound back fm the Pregat.. To all RERODONGS, pls try your best to attend the upcoming GRAND GATHERING scheduled soon.. Pls contribute your ideas and whatever you think is worth sharing with all our RERODONGS to mark another meaningful moment in our life; THE GRAND GATHERING of BEBUDAK ITM PHG.. Welllllll... think & plan ahead fm NOW!!! The MORE, the MERRIER... Let our new generations, who are our children, continue the bondage/ family ties that we have created, eventhough we are no longer "physically in existence"( dah abis umur la tuu..) within this BLOG that have been wonderfully created by bro LAN KIDA & his beloved SK.. By all means, contribute to this BLOG for our own & our children's benefit.. Tak gggituuu werrr?? (cakak omputehh la sekali skalerr.. yakkkk....) Heh2.. :-D

slambe jr said...

baguh & tahniah pada seme yg dpt g gathering. Lan, awok cakak omputeh memang pawe..omputeh jumpe awok pun mesti tunduk hormat