Friday, November 24, 2006

sELaMaT maJu jAyA maT DwaN & keNTei

Hari ini merupakan hari terakhir Mat Dwan berkhidmat dengan PHN Industry iaitu anak syarikat Proton Holdings. Setelah cuba berjinak-jinak dalam perniagaan secara sambilan sebelum ini, Mat Dwan mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan dengan mengambil keputusan berhenti kerja. So, hari ini adalah hari terakhir beliau berkhidmat di pejabatnya di PHN.

Kepada Mat Dwan, saya ingin mendoa dan mengucapkan selamat maju jaya dalam bidang baru yang anda ceburi, bidang yang menjanjikan suka duka, pahit getir, kepuasan dan kebebasan yang mana dengan berkat ketabahan dan ketekunan akan pasti membuahkan hasil yang dihajatkan, Insyaallah. Khabarnya Mat Dwan akan menerajui sebuah syarikat dalam bidang pengeluaran wire harness bersama rakan kongsinya di Shah Alam.

Untuk pengetahuan kengkawan juga Lan Kentei juga baru memulakan khidmat dengan CIMB pada 15hb November 2006 yang lalu meninggalkan Kumpulan Maybank setelah berkhidmat di sana selama 16 tahun. Selamat maju jaya Lan Kentei.

6 comments:

sk @ anim said...

All the Best to you Mat Dwan & Lan Kentei...

Moga Allah permudahkan perjalanan hidup kamu...

mat dwan said...

Thanx to you guys... Already chatted with kidA b4, there are so many feeling lies inside..., Aku kerja ngan Proton start from 1989 until 1993. After that i was asked to developed and joined one of the other subsiadiary Proton Parts Centre Sdn Bhd. Paling lama aku kat PPCSB, sempat gaks gi UK and China. Then aku got tired of all that, moved to PHN Industry Sdn Bhd, a metal stamping and dies maker. After quite sometimes, i believed its time to call it a day... Dapat offer ni pun sebab kengkawan. But i always conferred myself that this is not an easy things to do, almost 30 families lies under my decisions. I have to work hard and even harder than b4. Lastly, i hope you guys are always be there...coz we do need frens all the time.. tq …

Apek said...

Mat Dwan koi & kengkawang mendoakan selamat berjaya....
Moga2 awok akan menjadi usahawan yang berjaya..... kami sentiasa mendoakan anda....

Amir-Isa said...

Mat Dwan...
..bagus la tu ikut sunnah nabi berniaga..right move, right decision.
Good luck and all the best to you..Rememmber, sky is the limit..

Bro-in-Arms,
Amir

slambe jr said...

dgn paper qualification, experience dan mgt skill yg awok ada, koi percaya awok blh buat. berniaga ni fardhu kifayah, juga dpt membantu org2 menumpang cari rezeki kat kilang awak tu. all the best..

wan rozain wan said...

to Mat Dwan aka Asta Lavista n Lan Kentei.. syabas, InsyaAllah berkat ketekunan dan kerja bersungguh-sungguh akan membuahkan hasil. Usaha tangga kejayaan. All the best