Monday, November 13, 2006

PrE gATHeriNG - tHE fiNaL fROntiER (siri 4) eXtenDeD paYMeNt

Alhamdulillah, semua persiapan untuk pregathering nampaknya berjalan lancar walaupun penyertaan peserta masih lagi kurang dari kuota yang di perlukan. Walaubagaimanapun AJK2 tak rasmi pregat sedang cuba sedaya upaya untuk mencukupkan kuota tersebut supaya kita dapat menikmati pakej RM150 yang ditawarkan.

Setelah berbincang dengan AJK2 maka pembayaran pregathering akan di tunda sehingga jam 12 tengahari esok 14hb November 2006. Walaupun pembayaran kepada hotel hanya akan dibuat pada 18hb November 2006 iaitu pada hari pendaftaran pregathering tetapi comfirmation jumlah bilik terpaksa dibuat dengan pihak hotel selewat2nya pada esok 14hb November 2006.

Oleh itu kerjasama dari kengkawan semua amatlah diperlukan untuk memastikan pembayaran dan pengesahan bilik dapat dibuat kepada hotel sebelum jam 12tgh esok 14 Nov 2006. Kita tidak dapat menerima pengesahan secara lisan tanpa bayaran kerana dikhuatiri pihak hotel akan mengenakan No-show charges jika kita membuat pengesahan bilik tetapi tidak dapat datang nanti. Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari Pregat, saudara Kitang (rujuk artikel Pregat-Payment)

No comments: