Thursday, November 30, 2006

A1 GP wORLd cUp mOToRsPOt




Ahad lepas saya dan family mentua saya pun buat gathering kat Litar Sepang menyaksikan A1 GP World Cup of Motorspot. Kami pergi dari pukol 9-00 pagi lagi dah ada kat sana sampai la pukol 5-00 petang. Ada banyak race sebelum A1 race seperti Petronas BMW Racing Team, Satria Neo and Proton Savy Racing Team, Mercedes Benz SLK Racing Team dan kemudian barulah last sekali A1 GP pada pukol 3-00 petang baru mula. Hujan lebat sikit mencacatkan race pada hari tu dan jangkaan nak tengok Alex Yoong yang anak pompuan aku termasuk SK terkinja-kinja bila sebut nama mamat tu, menang walaupun Alex Yoong kat petak 4 semasa permulaan, hancur berkecai. Alex Yoong cuma dapat tempat ke 7 sahaja. Walaubagaimanapun sokongan kami semua penonton pada petang tu tak berbelah bagi kepada team Malaysia dan Alex Yoong.

Bagaimanapun semua kami puashati betul hari tu seharian di Litar Sepang sesuai dengan cuti sekolah seronok gathering semua family ada ni. So kengkawan cuti sekolah ni eloklah panggil kaum keluarga, adik-beradik buat gathering, ajak makan ke, tengok wayang ramai-ramai ker dan macam-macam lagilah kerana masa nilah sesuai untuk rapatkan antara kita adik beradik, anak-anak kita dengan sepupu mereka dan kaum keluarga kita.

Itulah antara lain tujuan aku nak buat dinner gathering for family (macam dalam memo aku kat sebelah tu) antara kita maybe sometime late December nanti supaya kemesraan yang terjalin dari Mercu antara family kita itu akan stay in touch dan tidak menunggu sehingga grandgathering nanti baru nak jumpa semula. Dinner tu aku cadangkan just a simple dinner maybe kita boleh buat kat satu restoran yang sederhana dan kat sana nanti kita makan dan bayar sama-sama. Amacam

So...next kami punye family gathering kat Litar Sepang... F1 April 2007 nanti...Jom!

4 comments:

Pokcik Zam said...

g2 la pelbagaikan aktiviti bersama keluarga, keluarga akan bahagia. tp x sume blh ikut cam Kida, klas tinggi skit- golf, teater, F1, filharmonik dsb. Mana2 yg x berada cam koi, blh bawak family ikut koi ke kelong memancing tgh laut...

Anonymous said...

Wei Slumber,
Kelas tinggi memenda.... sebab tu koi tak banyak duit sebab perabis ke benda-benda camtu...awak mer banyak nyimpan....tapi takpe asalkan koi bahagia...duit bukan boleh bawak mati beb...takde kita cuba cari kot2 ada celah-celah batu..sbb ulat celah batu pun boleh hidup...kekadang family koi gathering kedai mamak je..makan roti canai...gathering jugak....hehehe

Anonymous said...

gathering kat umah jer ...wahhahaha....kakakaka.


*junmrslk*

Amir-Isa said...

bagus la tu Kida & Sk..
..Riadaah bersama family ni memang aktiviti yang sihat...
..banyak spend masa dengan kelorga ni memang bagus...family lebih rapat & akrab..
keep it up..