Thursday, November 23, 2006

nOrMaZiDaH DbS







Pada malam isnin lepas, saya dan SK bersama-sama Raman Shakri@ Kerbau DBS telah mengunjungi rumah Normazidah DBS di Kampung Sekara, Chenor, Pahang. Kunjungan saya dan SK sebelum ini adalah pada 10 tahun yang lepas kerana Normazidah akan menyambut ulangtahun ke 10 perkahwinan pada keesokan hari iaitu pada 21hb November. Pertemuan terakhir adalah kira-kira seminggu sebelum tarikh perkahwinan beliau kerana saya dan SK pada masa itu tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan beliau. Gambar di atas bertudung pink ialah Normazidah dan anak perempuannya berumur 7 tahun. Suami Normazidah pula dibelakang Raman Kerbau semasa kami menyaksikan rakaman DVD pregathering di Mercu.

Normazidah kini sudah mempunyai 2 orang cahayamata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berumur 9 tahun dan 7 tahun. Beliau kini bekerja di Bumiputera Commerce di Bera, Pahang dan rumah di Kampung Sekara adalah rumah ibunya yang kini tinggal berseorangan. Normazidah sekeluarga sebenarnya tinggal di Taman Setia Jasa (kalau tak silap) iaitu berhampiran jalan besar Temerloh-Maran sebelum Kampung Awah.

Saya, SK dan Raman Kerbau telah di jamu dengan makan malam berlaukkan daging Rusa hutan. Begitu special sekali. Normazidah gembira sekali mengetahui berkaitan blog ini dan beliau amat sedih kerana tidak dapat menghadiri pregathering di Mercu kerana masih lagi berkabung kematian neneknya pada minggu lepas. Kepada Normazidah saya dan rakan-rakan di blog mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan semoga ianya kekal bahagia sepanjang hayat.

1 comment:

Anonymous said...

zie, takziah atas pemergian nenek...

mintak gulai daging rusa semangkuk weii...