Thursday, November 09, 2006

PrE gATHeriNG - tHE fiNaL fROntiER (siri 3)

Sambutan pregathering jika diukur dari segi maklumbalas nyata menggalakkan tetapi dari segi bayaran masih kurang lagi. Di harap kengkawan yang telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri pregathering dapat membuat pembayaran secepat mungkin kepada Bendahari Pregat saudara Kitang.

Selain itu ada juga kengkawan yang bertanya jika menghadiri pregat tanpa bermalam berapakah bayarannya. Sebenarnya pregathering ini adalah suatu acara menemukan semula kengkawan yang telah terpisah selama 18 tahun dan pertemuan ini bukan sekadar untuk bertemu semula kawan2 kita itu tetapi juga untuk mengenali lebih dekat antara keluarga kita semua. Oleh itu dengan menyertai kawan2 baik yang datang dari jauh atau dekat bersama-sama memeriahkan sepenuhnya acara pregat itu nanti di rasakan akan lebih bermakna lagi dan lebih merapatkan lagi antara kita semua sekeluarga.

Lagipun dengan quota 20 bilik dengan pakej harga RM150 yang masih belum tercapai lagi amatlah diharapkan kerjasama rakan2 yang berkemampuan untuk turut serta tidak kiralah jika beliau berada di Kuantan, Temerloh dll. Usahlah dikira jika duduk di Kuantan maka tak perlu aku menginap di situ, cukuplah sekadar aku pergi dinner sahaja dan bertemu macam tu sahaja. Rasanya pertemuan sebegitu akan habis di situ sahaja kerana kemesraan yang terjalin kembali bukanlah kemesraan bersifat kekeluargaan dan saling mengambil berat. Itu cuma pertemuan untuk mengenang sejarah silam sahaja.

Walaubagaimanapun jika ada diantara saudara/i yang tidak boleh bermalam juga disitu, maka terpulanglah kepada saudara/i. Bayaran untuk pakej tanpa 1 bilik tidur iaitu untuk dinner,BBQ, breakfast dan lunch adalah RM110 sementara jika dinner dan BBQ sahaja RM76. Pembayaran boleh lah dibuat kepada Bendahari Pregat saudara Kitang.

No comments: