Friday, November 17, 2006

baBy bArU & UpsR

Slumber Jr menghubungi aku pagi tadi dan memberitahu bahawa isterinya telah selamat melahirkan anak lelaki. Slumber jugak meminta pandangan kengkawan untuk menamakan anaknya. Berat baby Slumber 4.6kg semasa di lahirkan. Tu lah berkat makan makanan Mydin, baby jadi besar. So tahniah kepada Slumber kerana memperolehi seorang lagi cahaya mata yang ke 5.

Beberapa kengkawan kita juga mempunyai anak yang menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini dan telah pun mendapat keputusannya dimana beberapa orang daripada anak2 kengkawan kita telah mendapat keputusan yang cemerlang 5A. Sekali lagi diucapkan tahniah kepada kengkawan yang anak mereka telah mendapat keputusan yang baik didalam UPSR.

Kerbau juga menelefon aku dan memberitahu bahawa maknya berada di Hospital Temerloh kerana penyakit diabetes dan sudah di rawat selama 10 hari. Keadaan maknya sudah beransur pulih. Kerbau akan menyertai kita di dalam pregathering di Kuantan nanti.

1 comment:

amir-isa said...

Nizam slumber Jr..
tahniah banyak2..so kali ni kena hantar profile berserta baby baru & isteri..(dah tak leh mengelak dah kali ni..) hehhehe..

Amir