Monday, November 13, 2006

PrE gATHeriNG - tHE fiNaL fROntiER (siri 5) kL kOnvOi

Pergathering yang dirancangkan pada 18 dan 19 November 2006 di Mercu Resort Cherating cuma tinggal 4 hari saja lagi. Semua rasanya begitu teruja untuk menghadiri Pregat pertama setelah 21 tahun kita diketemukan di ITM Caw Pahang dulu. Pertama kali juga satu pregathering yang merangkumi semua kursus dapat diadakan dan walaupun penyertaan semua kursus tidak seperti yang diharapkan, diharapkan ianya tidak akan mecacatcelakan aturcara pregathering itu nanti.

Peserta dari Lembah Kelang iaitu dari Kuala Lumpur dan Shah Alam merancang untuk mengadakan konvoi ke Kuantan pada 18hb November 2006 tersebut. Perancangannya semua peserta Lembah Kelang akan berkumpul di stesyen minyak BP selepas tol Gombak kira-kira jam 9-00 pagi pada hari Sabtu 18hb Nov 2006 nanti. Walaupun perjalanan ke Kuantan di jangka mengambil masa hanya 21/2 jam atau 3 jam tetapi memandangkan ramai yang mempunyai anak2 yang masih kecil maka bertolak awal adalah lebih baik. Kita juga akan singgah di R&R Temerloh untuk Geng Konvoi Temerloh menyertai Geng Konvoi KL. Kita juga akan berhenti di R&R Gambang untuk makan tengahari sebelum kita meneruskan perjalanan ke Mercu Resort Cherating. So perjalanan tersebut mungkin akan mengambil masa selama 4 jam dan dijangka kita akan sampai di Mercu pada pukol 1 tgh.

Jadi kepada sesiapa yang ingin menyertai geng konvoi KL atau Temerloh bolehlah memberi nama anda di ruangan komen dibawah atau menelefon saya terus supaya kita tahu senarai yang akan menyertai konvoi. Kepada konvoi Temerloh sila beri nama anda kepada Kitang yang akan mengetuai Geng Konvoi Temerloh. Ada apa-apa cadangan sila nyatakan kat komen dibawah.

4 comments:

walid said...

kida.....walid join geng konvoi...hehe...mayb ngan keter gak or ngan bas....

antu said...

jalan baik2

antu said...

jalan baik2

Jepun said...

We'll be there @9am