Thursday, November 23, 2006

caTaTaN peRjaLaNan pReGaTheRiNG - 2

Semalam kaunter hits mencatat kira-kira 200 hits setelah blog agak muram untuk beberapa hari mungkin kerana ada di antara kengkawan masih lagi keletihan dengan acara peragthering dan kesibukan kerja. Saya pun baru sampai ke Kuala Lumpur semalam dan setelah 3 hari blog ini terbiar kosong tanpa sebarang berita atau artikel2 baru, hari ini saya dapat menulis kembali untuk blog. So, Welcome back kengkawan dan teruskan menikmati blog dengan cerita-cerita terbaharu tentang kawan-kawan kita semua agar silatulrahim yang terjalin kembali ini akan kekal sepanjang hayat, Insyaallah.

Lapuran berkaitan pregathering yang telah diadakan di Mercu Resort Cherating, Kuantan pada 18 dan 19 November 2006 yang lalu akan saya sampaikan dalam bentuk catatan perjalanan saya bermula dari pagi 18hb November 2006 di Kuala Lumpur sehinggalah ke petang 19hb November 2006. Ianya akan disampaikan dalam beberapa segmen supaya setiap catatan aturcara yang berlangsung di Kuantan itu dapat di sampaikan secara terperinci di sini.

Saya mulakan dengan catatan perjalanan ini dari rumah saya di Taman Bukit Permai, Kuala Lumpur dimana saya sekeluarga telah bertolak ke Kuantan pada jam 8-30 pagi pada hari Sabtu 18hb November 2006. Oleh kerana sebelum itu tiada siapa yang menghubungi saya untuk mengadakan konvoi ke Kuantan kecuali Norazlan@ Lan Kentei yang telah menghubungi saya dari Ipoh dan Padil yang ada mengajak saya bersama-sama ke Kuantan.

Saya pun terus menuju ke Stesyen minyak BhP selepas Tol Gombak dan sampai di situ kira-kira jam 9-00 pagi seperti yang dijanjikan bersama Lan Kentei dan Padil. Sampai di Stesyen BhP tersebut saya lihat Hairul Salleh @ Jepun juga baru sampai di situ. So, kami bersama-sama menunggu ketibaan Lan Kentei dan Padil di situ. Keseronokan dan keghairahan menyertai pregathering dan konvoi beramai-ramai ke Kuantan tidak dapat hendak diceritakan lagi sementara menunggu kengkawan sampai. Saya dan Jepun sekeluarga bersarapan di stesyen minyak tersebut dan tidak lama kemudian Lan Kentei dan Padil serta keluarga pun tiba dan kami bersarapan bersama-sama sambil bercerita keghairahan untuk ke Kuantan.

Kira-kira jam 10-00 pagi, kami berempat pun bertolak dari stesyen BhP menuju ke Temerloh pula. Dalam perjalanan ke Temerloh, Kitang dan Syed Hamid telah menelefon dan memberitahu bahawa mereka akan menunggu kami di R&R Temerloh untuk menyertai konvoi. Mat Dwan dan Apek juga ada menghubungi dan menyatakan mereka juga dalam perjalanan dan akan menyertai kami jika sempat. Perjalanan yang panjang terasa sekejap apabila berkonvoi ramai-ramai begitu. Saya yang hanya tidur selama 1 jam setengah sahaja pada malam itu tidak langsung terasa mengantuk kerana begitu teruja dengan event yang bakal di hadiri nanti. Lan Kentei yang terpaksa memandu dari KL ke Ipoh dan balik semula ke KL pada malam sebelumnya saya lihat begitu ceria sekali (Mrs Jun LK ada berkata selalunya holiday anak-anak yang excited tapi kali ni bapaknya yang excited berlebih-lebih pulak). Seronok wer....

Kami sampai di R&R Temerloh kira-kira jam 11-15 pagi dan Syed Hamid serta Kitang telah sedia menunggu di situ. Pada mulanya Roslina DBS ingin menyertai konvoi tetapi dia telah bertolak dahulu kerana anak-anaknya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mandi laut dan kolam renang. Seronok dan teruja betul..susah nak describe the feelings masa tu...top of the world.

Setelah mengeteh selama 45 minit di R&R Temerloh dan mengejutkan anak Syed Hamid yang tertidur didalam kereta sampai pintu kereta tidak boleh dibuka, barulah kami bertolak semula. Kali ini sudah ada 6 kereta dalam kumpulan konvoi ini. Mat Dwan dan Apek masih lagi dibelakang dan kami bergerak perlahan supaya mereka dapat menyertai konvoi. Sampai di R&R Gambang, Wan Azhar DIA pula telah menunggu di situ dan jam pula telah menunjukkan pukol 12-30 tengahari dan kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di situ dahulu.

Di R&R Gambang, pertemuan dengan Wan Azhar DIA begitu ceria sekali dan semuanya begitu teruja dan tak sabar-sabar lagi untuk sampai ke Mercu Resort Cherating. Kami semua makan tengahari di situ dan menunaikan sembahyang zohor atau jamak di situ.

Kira-kira jam 1-30 tengahari, barulah kami semua bergerak semula dan jangkaan untuk tiba di Mercu pada jam 1-30 tengahari telah meleset sama sekali. Lan Kentei yang terpaksa menghadir kenduri kahwin sepeupunya di Permatang Badak telah bergerak dahulu dan meninggalkan konvoi. Kami terus bergerak perlahan-lahan, menempuh hujan lebat dan panas terik mengikut laluan Lebuhraya Pantai Timur dan memasuki Lebuhraya Jabor Jerangau dan akhirnya selamat tiba ke Mercu Resort Cherating pada jam 2-30 petang tanpa sebarang halangan, alhamdulillah.

Sampai sahaja di Mercu, saya lihat Wan Rozain dan Bilal sudah sedia menunggu peserta-peserta untuk mendaftar diri di pintu masuk lobby Mercu Resort. Wan Rozain saya di fahamkan sudah berada di Mercu Resort dari jam 9-00 pagi lagi bersama keluarganya untuk memastikan segala persiapan dan perjalanan Pregathering ini dapat berjalan lancar. Begitu juga dengan Bilal sudah berada di Mercu seawal jam 12-00 tengahari lagi.

Manakala pertandingan golf anjuran Amy Jarr @ Antu sudahpun berjalan di Astana Golf bermula jam 8-00 pagi tadi dan hanya selesai pada jam 2-00 petang. Antu telah memenangi pertandingan golf yang dianjurkannya sendiri itu.

Rozi DIB pula telah menghubungi saya dari Kuantan dan memberitahu beliau sekeluarga telah datang dari Kuala Lumpur dan ingin menyertai pregathering ini. Saya beritahu beliau datanglah dan saya akan usahakan memberitahu Wan Rozain untuk mencarikan bilik untuk beliau.

Begitulah seronok dan terujanya perasaan untuk menyertai pregathering dan perasaan untuk berjumpa kawan-kawan lama tidak dapat hendak di gambarkan dan amat rugi kepada sesiapa yang tidak dapat menyertai pregathering. Keseronokan berjumpa kengkawan lama yang hampir 18 tahun tidak berjumpa sememangnya suatu pengalaman yang sukar dilupakan...

Bersambung....

5 comments:

Apek said...

Betul tu Kida....
Sebenarnya keseronokan berjumpa kengkawang lama tak dapat nak digambarkan dengan perkataan...
Hanya yang pergi sahaja dapat merasai NIKMAT NYER.....

ZacK@KiTanG said...

Kengkawan seme...koi seminggu sebelum nok gi pregat. tu dah rasa teruja...seronok nok jumpa rodong lama wer..tu pasat koi cuba gak contact kengkawan yg. lain utk. join pregat...yg. pasti macam kata Apek...hanya yg pergi shj.dpt. merasai NIKMATNYE...

walid said...

hanya yg menyertai dpt merasa nikmat nya......lebih2 lagi ngetei kat Cherating ( koi rasa Sg Ular sebenarnyer tpt kita tu)n bersembang spai pagi.....pastu trus koi terjun kolam....besttttt

LaN KidA said...

Apek,
Lain macam je bunyi perkataan NIKMAT NYER tu...jangan biarkan Apek keseorangan wer..bahayaaaa!

Apek said...

Kida.....
Aiik... bahaya mende lak wer...
Kan rodong2 ramai, mana koi berseorangan... tapi yang penting memang NIKMAT LAH masa tuu...ummphh gitu..