Sunday, November 26, 2006

caDaNgaN sLuMBeR

Slumber ada hantar e-mail kat aku bagi idea untuk sumbangan artikel blog ni. Sebenarnya aku memang dari dulu lagi mintak sumbangan artikel dari korang tapi kurang sambutan. Ada 2-3 orang janji nak hantar dan buat artikel untuk blog ni pun senyap je lepas tu. Kekadang tu aku mintak komen untuk artikel pun masih kurang sambutannya. Kalau boleh setiap artikel tu sumbangkanlah sedikit komen berkaitan artikel tu barulah ada participation and communication antara writer dan pembaca. Slumber punye e-mail kat bawah ni :

Hi All

Aku cadangkan Lan buka satu sudut utk kongsi pengalaman atau cerita yg bukan berkaitan dgn biodata diri kat blog awok ni. Ramai kita2 ni ada byk pengalaman yg mgkn org lain tak penah lalui, dan ada juga yg trainer, motivator dsb. kita letakkan rencana yg formal atau x formal dari kwn2. Mungkin pengalaman dan pengetahuan ni dpt membantu kita satu hari nanti, atau memberi keinsafan.

Contohnya, pengalaman dibantu org semasa kereta flat tengah jln- tgh mlm; menghadapi pelanggan yg byk sangat masalah, pengalaman menderma (mcm Lan buat kat Kedah tu), pengalaman ditipu (kad gores, dsb), menghadapi pencuri masuk rumah, cara2 mengatasi penyakit kentut tak lawas ker, bagaimana nak dpt loan mudah utk meniaga (yg ni Lan Kentei, Zack dsb blh sumbang), kursus2 menarik yg tlh diikuti, pengalaman di negara org(Amir dll yg meninjau negara org, Man Rapu mgkn blh cerita ttg keadaan Timur Leste, Man Teroq ttg operasi PBB/joint operation), kisah kawin dua (zambran/kebau mgkn blh tolong), camne nak elak birokrasi kat pejabat kjn (ZM, Che Dat dll blh tulis).

cara2 nak masak kuih semperit yg gebu, encounter benda2 yg menakjubkan (mcm Bilal jumpa kat Bukit Putus), pengalaman scuba diving, pengalaman suami membantu menyambut bayi(Rozain ada citer?), petua awet muda (Walid/antu blh contribute), petua nak dpt anak perempuan atau lelaki (ni ramai yg pengalaman-mesti baca Nahkoda yg Hilang), meraih cinta suami atau isteri, mcmana nak tackle pompuan (lesson utk yg belum kawin), pengalaman menghadapi antara hidup & mati, camne nak buat bos sayang (SK byk tau ttg ni) dsb. Anything that we can share together...

Aku rasa cerita2 gini tentu memeriahkan blog dan kalau kena gayanya mungkin dpt menginsafi diri kita dan menyedari kekuatan Illahi. Jadi tak ler Lan sorang2 yg menulis, letih le dia. Kalau ada gambo sekali lagi bagus.

5 comments:

Gonjeng said...

Good idea...tapi mintaknya jangan ler smp merapu-rapu.Kasi censored sikit apa yg patut.

wan rozain wan said...

bravo slumber jr... satu idea yg relevan utk sume rodong, pelbagaikan bumbu tentu tambah selera pengunjung

SK said...

Wei Slumber, cakap tu insuran sikit. SK bukan kaki bodek lah..kalau SK kaki bodek dah lama SK jadi Senior VP....

Apek said...

Cadangan Slumber koi setuju bebeno...
Pengalaman rerodong, khidmat nasihat rerodong dll, idea ker... ilmu tambah b*** ker bolehlah perturun ker rerodong semua .....

slambe jr said...

SK, bukan koi kata awok bodek boss...hehehe. Tapi Boss syg sbb keje bagus. Tu yg dpt anugerah cemerlang saban tahun.