Thursday, November 30, 2006

aDik RozaiN disaHkaN meNDaPat kaNSeR

Aku tertanya-tanya jugak kenapa agaknya Rozain banyak hari dah tak masuk kat chat box. Rupa-rupanya Rozain dalam kesedihan kerana adiknya telah disahkan mendapat kanser payudara dan akan menjalani pembedahan. Harap kawan-kawan semua dapat mendoakan agar adiknya akan selamat menjalani pembedahan dan sembuh sepenuhnya. Kalau ada kengkawan yang mempunyai petua-petua atau pengalaman untuk share berkaitan penyakit sebegini masukkanlah didalam ruangan komen untuk kita kongsi bersama.

11 comments:

Anonymous said...

Kami sekeluarga mendoakan agar beliau segera sembut dan menjalani kehidupan harian seperti biasa..

Pada Niazor, banyak-banyakkan bersabar dan ingatlah bahawa segala ketentuan datang dari Allah dan yang pasti Allah tidak akan lupa dengan janji-janjiNya.

Anonymous said...

Niazor...diharap adik awok tabah menghadapi dugaan hidup...
Apa yang penting sokongan kuat keluarga...dapat meringankan beban yang ditanggung... koi sekeluarga mendoakan semoga beliau bersabar & cepat sembuh.

Anonymous said...

NiaZor, Betul kata Mat Dwan tu.Pada Disember 2003 dulu ada kita pun ada buat operation Alhamdulillah minor sebab dpt kesan awal..Doktor diagnos pregnant luar rahim. Fikir-fikir agaknya Allah nak uji sbb apa, sebelum tu lps lahir anak ke 3 makan mcm-mcm ubat kononnya x nak pregnant dulu lg. So akhirnya kena buang satu fallopian tube. Mula tu nyesal tak sudah-sudah tapi ambik +ve ..org kata susah dah nak dpt anak tp dapat jugalah anak ke empat. Kita bukan orang yang layak bg nasihat tp pada kawan-kawan bersyukurlah selagi ada rezeki ..lg kalau sakit sikit-sikit pergi la buat check up sbb bila umur dah banyak ni mcm-mcm la penyakit mari..kita disuruh berusaha walaupun Allah juga yg menentu segalanya.

awin86 said...

buat niazor dan adik,

harap bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini. mungkin Allah nak menguji kita di atas kesilapan masa lalu......mungkin bukan kita ....mungkin bukan dia...mungkin juga orang lain.
macam awin kata...sesiapa nak cuba berubat kampung, bolehlah hubungi awin tapi syaratnya kalau boleh sebelum apa-apa rawatan dari hospital. sekadar medical check-up tak mengapa.....insyaallah.

Anonymous said...

Rozain...kami sekeluarga mendoakan yang terbaik buat adik...segala yang berlaku ada HikmahNya yang kita tidak ketahui...Mudah2an segalanya berjalan lancar.

Pokcik Zam said...

Niazor, apa lagi yg blh dibuat melainkan kita sentiasa berdoa. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Semoga tabah..

Anonymous said...

Adik Niazor & seluruh keluarga...

Dugaan Allah sentiasa ada, tabah & cekal menghadapinya. InsyaAllah, buatla dulu pembedahan dan teruskan dengan rawatan2 selanjutnya. Kami doakan yang terbaik utk adik awok & family.

Anonymous said...

tabah n kuatkan semangat......
ofismate koi pun kena camtu....nasib baik detect awal..tp still go for operation gak n follow up checkup..n skrg still happy as usual...jgn rasa tertekan n keterlaluan memikirkan nya...as told by my fren herself.
anyway walid sefamili mendoakan keselamatan n kesejahteraan hidup setrusnye...

Anonymous said...

SK sekeluarga doakan moga adik niazor tabah dengan ujian dari ALLAH. Moga adik niazor cepat sembuh.

Anonymous said...

terima kasih di atas doa dari kekawan sume, ibu n ayah keberatan utk menjalani pembedahan tersebut, sekarang dlm persimpangan delima.. adik dlm keadaan tertekan, hanya bantuan berupa sokongan emosi dapat diberikan.

Lan Kentei said...

To NiazoR & family..Bersabar & bertawakkallah kpd Allah swt.. Berdoa & teruskan berusaha.. I'Allah DIA akan makbulkan.. Kengkwn,kita sama2 doakan utk NiazoR & familynya..
Semuga adik NiazoR kembali sihat seperti sediakala.. aminnnnnn..
fm us: Lan Kentei & family..