Saturday, January 20, 2007

sELamAt mENyaMbUt mAaL hiJRah 1428

Hari ini kita semua menyambut 1 Muharam 1428 yang bermakna kita semua telah meninggalkan tahun 1427H dan akan memulakan penghidupan baru dalam tahun 1428H pula. Alhamdulillah kita semua masih dapat bernafas lagi di tahun baru ini dan semoga kehidupan kita sekeluarga akan bertambah baik, bertambah ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah swt dan semoga diri kita akan menjadi manusia yang lebih cemerlang, matang dan bertambah maju dari segi rohani dan jasmani.

Dalam kita melangkah ke tahun baru ini, sewajarnyalah kita merenung kembali pencapaian hidup kita dengan memikirkan apakah selama lebih kurang 40 tahun hidup kita ini telah tercapai segala tujuan dan asal usul kejadian kita sebagai manusia yang di jadikan oleh Allah swt sebagai khalifah di muka bumi ini. Apakah sumbangan kita kepada diri kita sendiri, sumbangan kita kepada keluarga kita, sumbangan kita kepada masyarakat kita dan sumbangan kita kepada agama kita, bangsa kita dan negara kita.

Dan kini sesuai dengan langkah kita di tahun baru 1428H, kita semua di Blog ITM Pahang telah melangkah pula ke dalam suatu kehidupan komuniti bekas-bekas pelajar ITM Cawangan Pahang sebagai suatu agenda baru di dalam sejarah kehidupan kita. Dalam mengharungi komuniti baru kita di blog ini, sewajarnyalah kita memikirkan pula apakah penglibatan kita dalam komuniti ini. Apakah kita akan hanya berdiam diri, mengikut arus, menjadikan komuniti ini sebagai satu laporan harian sahaja tanpa bersuarakan pendapat, pandangan atau mengilhamkan suatu aktiviti yang dapat memberikan sumbangan kepada komuniti atau masyarakat di keliling kita. Apakah kita perlu berhijrah minda dan fikiran kita untuk menjadi lebih terbuka, lebih menglibatkan diri kita secara langsung atau kita hanya akan terus menjadi pak turut yang tak mahu menyusahkan diri sendiri atau perasaan "malas terlibat" kita yang selama 40 tahun terbenak di kepala kita akan terus menguasai kita sehingga kita mati?

Kita perlu berhijrah. Selama 40 tahun hidup kita di muka bumi ini kalau kita hanya berhijrah rumah, berhijrah pekerjaan tetapi tidak pernah berhijrah akal dan fikiran, tidak pernah berhijrah minda dan hati kita, maknanya kita hanya berhijrah fizikal sahaja dan bukan spiritual sedangkan penghijrahan spiritual itulah akan membawa lebih banyak kebaikan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. Apakah penghijrahan spiritual dalam konteks komuniti kita di dalam blog ITM Pahang ini....

Dalam konteks blog ini beberapa perkara saya rasakan perlukan penghijrahan dari kita semua. Antaranya :

1. Para Pengskodeng.
Masih ramai yang tidak mahu mengenalkan diri mereka dan hanya suka skodeng sahaja memerhatikan kawan-kawan semua berbicara atau membaca profile kawan-kawan yang disiarkan atau artikel yang disiarkan di sini. Kenapa skodengers ni tidak mahu mengenalkan diri mereka dan keluarga mereka. Malu? Adakah anda skodengers malu dengan diri anda sendiri, malu dengan isteri anda yang gemuk ker atau tak cantik ker atau dah tua sangat ker atau isteri atau suami anda terlalu cantik atau hensem sehinggakan kawan-kawan semua tak boleh tengok atau mengenali siapa pasangan anda. Anda malu ker nak kenalkan anak-anak anda? Bagus sangat ke keluarga anda sehingga anda skodengers berasakan biar kami sahaja mengenalkan keluarga kami kepada anda. Atau skodengers ini manusia yang terlalu kaya sehinggakan tak boleh dikenalkan diri mereka atau mereka ini papa kedana kerana manusia papa kedana yang tak mahu mengenalkan diri ini ialah jenis manusia hipokrit dan suka bermegah-megah kerana jika kaya sahaja baru mereka-mereka ini nak go public. Adakah kawan-kawan yang menyiarkan artikel di sini dan memberitahu bahawa mereka mempunyai pekerjaan bagus adalah manusia-manusia yang riak atau adakah kawan-kawan kita yang artikelnya mengambarkan kemiskinan dan kesusahan mereka adalah jenis manusia haprak dan di pandang rendah oleh kita di sini? Saya rasa anda skodengers yang berasakan begitu kerana bukan skodengers saya rasa tidak pernah berfikiran begitu.

Kadang-kadang ada antaranya yang masuk ke dalam ChatBox atau masuk ke dalam ruangan komen tetapi tidak mahu mengenalkan nama sebenar mereka. Apakah rasional anda berbuat demikian? Takut di kenali, takut dikutuk, takut apa lagi agaknya yer? Memang anda manusia penakut dan pengecut. Satu lagi ada yang kata kalau masuk chatbox ni macam budak-budak dan dah tua tak sedar diri nak chatting lagi atau berchatting itu suatu perkara yang menjatuhkan maruah diri. Bukan saya ada-adakan, memang pernah disuarakan kepada saya oleh sahabat kita tentang chatting ni. Sesungguhnya saya rasa manusia yang berfikiran begitu adalah manusia yang amat ketinggalan kerana di zaman sains dan teknologi ini, video conferencing, chatting conferencing, e-mail adalah suatu perkara lumrah sahaja dikalangan dunia maju dan korporat. Sememangnya kengkawan yang berfikiran begitu sengaja tiada masa, bermegah diri, takut jatuhkan maruah diri, berasa diri superior dan tidak suka bersembang untuk sekali sekala dengan sahabat demi mengukuhkan tali silatulrahim antara kita semua sedangkan inilah cara termurah untuk kita bertemu dan bertanya khabar. Nak harap suroh telefon atau sms jangan haraplah. Bak kata Abg Amid...rodong ni kalau tak masyuk, sms kita pun tak nak dijawabnya.

2. Mengilhamkan sesuatu aktiviti.
Saya dapati apabila seseorang mengilhamkan sesuatu aktiviti maka beban untuk menjalankan sesuatu aktiviti itu akan terletak di tangan pencadang aktiviti tersebut. Tiada siapa yang menawarkan diri mereka untuk membantu atau menghulurkan bantuan secara sukarela demi menjayakan aktiviti tersebut. Contoh nyata Rancangan Bilal untuk membantu mangsa banjir di Johor. Belum ada seorang pun lagi yang menyatakan kesanggupan untuk mengutip duit ker, untuk bertindak selaku pemungut pakaian untuk di sedekahkan ker, semuanya menunggu Bilal memulakannya atau tunggu dan lihat sahaja. Dan untuk diri sendiri mencadangkan sesuatu aktiviti jauh sekalilah kerana tak mahu menyusahkan diri sendiri, suatu sikap yang akan diterapkan kepada anak-anak dan cucu-cucu mereka sampai kiamat. Sebab itu orang alim pernah berkata bahawa manusia akhir zaman akan tersemai di dalam hatinya dengan sifat takut yakni takut untuk berperang dan takut untuk melakukan sesuatu yang akan menyusahkan diri dan keluarganya sedangkan perkara tersebut baik untuk masyarakatnya dan agamanya.

3. Orang-orang yang sama
Jika kita lihat hanya orang-orang yang sama berada di dalam blog ini dan hanya orang-orang yang sama lah yang beriya-iya bila ingin mengadakan sesuatu acara sedangkan bila di minta maklum balas tentang sesuatu acara yang ingin di adakan maka walau dapat atau tidak menyertai acara tersebut, suka benar dia biarkan kawan-kawan yang menganjurkan acara tersebut tertunggu-tunggu jawapan seolah-olah kawan tersebut takde kerja lain selain tunggu jawapan dia atau maklum balas darinya.

Sebenarnya kalau nak di senaraikan banyak lagi perkara-perkara yang memerlukan penghijrahan minda dan hati kita berkaitan dengan komuniti kita di blog ini sahaja, bukan nak suruh penghijrahan dengan masyarakat luar pun. Kenapa komuniti seperti MACOBA, STAROBA, SDARA dan ANSARA boleh berjaya mengeluarkan dan melahirkan komuniti yang berjaya dengan masyarakat nya sendiri dan masyarakat luarannya. Mereka berjaya kerana sikap proaktif, matang, tiada rasa takut dan pengecut dan berani mengeluarkan pandangan dan pendapat dan bersedia memikul tanggungjawab demi menyumbangkan bakti kepada komuniti sendiri, masyarakat luaran, agama, bangsa dan negara.

Oleh itu marilah kita semua komuniti bekas pelajar ITM Pahang yang berada di dalam blog ini termasuk diri saya sendiri berhijrah minda dan hati kita, fizikal dan spritual kita kepada sumbangan dan penglibatan yang lebih bermakna lagi kepada komuniti kita, keluar dari kepompong skodeng yang membelenggu kita, tampil dengan lebih terbuka tanpa rasa takut dan rendah diri, bersedia membantu dan memikul tanggungjawab secara sukarela tanpa perlu disuroh dan di ajak serta membuang segala sifat-sifat buruk seperti malas terlibat, takut di kutuk, malu, tak nak menyusahkan diri sendiri serta bermacam sifat-sifat buruk lagi dalam menuju perkara-perkara kebaikan dan kebajikan.

8 comments:

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah sume. SK sokong sesangat dengan ISI kandungan artikel ni (bukan sebab kida yang tulis yea).
Memang SK rasa besar hati dengan keperihatinan kengkwn. Tapi setakat perihatin aje tak tercapai gak ojektifnya. Kan lebih manis kalau ada yang sudi menawarkan diri untuk membantu dari sekadar memberitau apa yang akan diberi sebagai bantuan. Contohnye wak dagu mengatakan beliau sedia menguruskan pasal donation duit. Jadi sesapa yang ingin membuat donation tu boleh berurusan dengan wak dagu. Eh sape pulak wak dagu ni? tak pernah pulak perkenalkan diri. Ni lagi satu masaalah!

Jadi tak adalah orang yang memberi idea saja yang buat sume. Kalau nak war-warkan apa bantuan yang perlu, buat satu artikel ringkas beri pada kida untuk disiarkan dalam blog. Jadi tak adalah my darling kida aje yang tercari-cari cerita pasal kengkawan (camlah kida ni paparazzi!). nanti takut blog ni jadi blog peribadi plak balik-balik citer kida kesana kemari *wink*

Bila tengok balik komen artikel banjir yang lepas, SK boleh tau sape aje kengkwn kita yang sudi membantu. Mana kengkawan yang lain ni? *garu paler* Seperti yang tertulis dalam artikel ini, kita boleh tengok yang participate dalam blog ni adalah orang yang sama aje. Jadi SK berterima kasih sesangat pada kengkwan ini yang selalu singgah dan letak komen samada dalam chat box atau ruangan komen (bukan wat lintas lansung jer *jeling pada kaki skodeng*). Juga pada kengkawan yang beri artikel untuk disiarkan tidak kurang yang menghantar email pada kida untuk perkenalkan diri. Jadi pada kengkawan yang participate ni terima kasih SK ucapkan kerana sudi memanjangkan ukhuwah.

Yang sedia menjadi committee kecil
SK aka anim

Pokcik Zam said...

Betul sesangat khutbah Kida & SK sempena Maal Hijrah ni.

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah 1428...Satu takzirah yang menarik di bulan yang penuh dengan peristiwa tersendiri...Renung-renung & Fikir-fikirkan...(termasuk la diri aku sendiri!)

Yg sedia menjadi Committee Besar, The Reds Army!

Anonymous said...

Kida/Bilal..kalu dapat bantu beberapa keluarga pun dah kira alhamdulilah...tapi kalu ramai kengkawan yg participate,lagi ramai mangsa/keluarga yg boleh kita bantu..
Kengkawan...benda ni kita kena buat cepat...kecik2 lama2 jadik bukit,yg penting kita kena mulakan!
Masing2 kena proactive...
Untuk sumbangan wang tunai atau cek,kalu kengkawan x keberatan termasuk Wak Dagu,aku sanggup jadi The Reds Army...particular nama & acc. no akan Kida publishkan...
Mudah2an niat murni kita ini dapat dijayakan seadanya...
Sesungguhnya kita merancang,hanya Dia yang menentukannya...

Lan Kentei said...

Assalamu'alaikum wbt kpd semua.. Salam Ma'al Hijah juga drp kami sefmly.. Alhmdllhh.. Dpjgkn umur, dmurahkn rezeki & dkurniakn kesihatan yg begitu baik kpd kita semua, maka melangkah kita setahun lagi ke thn 1428H.. Begitu besarnya rahmat Allah swt.. Begitu agung segala ciptaanNya yg mmg jelas, TIADA TANDINGANnya.. Maka lahirlah persoalan2 spt... MENGAPAKAH KITA MASIH TERLALU SOMBONG & ANGKUH kpdNYA..MENGAPAKAH KITA MASIH RIAK akan atas segala kurniaanNYA kpd kita.. APAKAH KITA LUPA KPD "DIA", PENCIPTA kita?? Yg mencipta siang & malam?? Yg mencipta akan segala yg wujud?? Berfikirlahhh... Renung2kanlahhhh... Alhmdllhhh.. Syukurrrr... Syabas kpd semua yg tlh melakukn hijrah "akal & fikiran".. Syabas juga kpd semua yg membantu rakan2 & sesiapa shj di dlm melakukn hijrah "akal & fikiran".. Ianya bknlah sesuatu yg mudahhhh.. Memerlukn Spiritual & Physical yg kuat & berterusan.. Syabas juga kpd semua yg sedang berusaha utk melakukn penghijrahan "akal & fikiran".. Semuga berjaya & terus berjaya..
Jika selama ini kita hanya menuruti akan kehendak otak kita yg di sebelah kiri shj, yg hanya menganalisis perkara2 routine shj, yg membuatkn kita berbelah bahagi utk mencuba perkara2 baru yg sebenarnya boleh kita lakukan jika kita penuh Iltizam & berusaha bersungguh2 melakukannya.. Maka ada baiknya bersempena dgn Ma'al Hijrah 1428 ini, kita hijrahkn otak kita dgn mengimbangi penggunaan kedua2 otak kiri & kanan, supaya kita tidak sekadar menganalisa & berakhir dgn CUKUPLAH DGN APA2 YG "BIASA".. CUKUPLAH DGN APA2 YG "TERBUKTI SELAMAT".. "Analysis that end up with Paralysis..." Wake up!! Transform ourselves to be the CHANGE AGENT, at least to ourselves & to our fmly first.. Subsequently, upgrade our skill to become the change agent to others as well.. A change agent who work TOWARDS BETTERMENT.. A POSITIVE Change Agent.. It is never too late than NOT TO START AT ALL.. Move towards "KAIZEN" aka "CONTINUOUS IMPROVEMENT"..
Ahlan Wasahlan 1428..

Amir-Isa said...

Assalammualaikum.
Salam Ma'al Hijrah to all...
Selamat menyambut Maal Hijrah..semoga kita melakukan 'penghijrahan' hidup dari baik kepada yang lebih baik. Migration is one of the requirement in our religion which require us to sacrifice for change, sacrifice in a whole aspect of our daily life, economic, politic, culture and society. Besides, Maal Hijrah also mean changes from bad to good side and can be said as starting point and evaluate inner-self on self achievement.

While it's important for us to plan for our careers, families and education, it necessary to think even longer term. We need to plan for this world and for the everlasting Life. That means planning how we can better
connect to Allah this year, through our prayers, relationships with our
family, friends and wider community, economic contributions to good causes within the Muslim community and to the broader community, as well as how
we can offer more of our skills and talents for the betterment of
humanity as a whole.

Don't let this year end with you looking back and asking, "where did it go?" as you once again feel another 12 months has passed with no positive change forward.
Plan today for an incredible tomorrow... Insha'allah.

Jazakhairan kathira, massalamah.

Amir Isa

Anonymous said...

aduh.... mcm ku rasa ruangan ini seperti di kuliah suboh BTN.
SK, Klu tak silap saya, Wak Dagu tu budak DPIM batch Jan 96. Dia skrg kerja Manager Estate di Sumatera, Indonesia. Last sekali saya terjumpa dia n keluarga pada tahun 2005 masa sdg bercuti di Bukit Bendera P.Pinang. Dia skrg memang dah kaya raya.

Mizi

Anonymous said...

SK,
sori, bukan DPIM batch 96, dia DPIM batch 86.

Mizi